backup og meta

Hepatitis C dan Pemindahan Hati

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/07/2021

    Hepatitis C dan Pemindahan Hati

    Pesakit yang menghidap hepatitis C mungkin perlu melakukan pemindahan organ jika mereka mengalami jangkitan yang kronik. Hati ibarat pahlawan dalam tubuh manusia.

    Ia mempunyai pelbagai fungsi penting termasuk menapis toksin daripada pernafasan dan makanan, menyimpan gula dan vitamin sebagai tenaga yang diperlukan tubuh dan membantu sistem imun bagi mencegah jangkitan.

    Jadi , sudah tentu anda tidak mampu hidup tanpanya dan hepatitis C boleh mengancam kesihatan hati anda.

    Kegagalan hati akibat hepatitis C adalah salah satu sebab utama pemindahan organ dilakukan. Tanpa rawatan, kebanyakan orang yang menghidap hepatitis C kekal dijangkiti dan jangkitan yang berterusan dikenali hepatitis C kronik.

    Jangkitan hepatitis C kronik menyebabkan keradangan hati berterusan yang membawa kepada parut (fibrosis). Apabila fibrosis berkembang, parut secara beransur-ansur menggantikan tisu yang sihat.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa daripada 100 orang yang dijangkiti hepatitis C, kira-kira 60 hingga 70 orang akan mengalami penyakit hati kronik khususnya, hepatitis dan fibrosis. 5 hingga 20 orang akan mengalami sirosis dalam tempoh 20 hingga 30 tahun. Dianggarkan 1 hingga 5 daripada 100 orang menghidap hepatitis C kronik akan mati akibat sirosis atau kanser hati akibat daripada jangkitan.

    Apa itu pemindahan hati?

    Pemindahan organ melibatkan penggantian hati yang sakit yang tidak lagi berfungsi dengan normal dengan semua atau sebahagian daripada hati yang sihat dari penderma.

    Transplantasi Orthotopic adalah teknik yang paling biasa digunakan. Ia melibatkan penyingkiran hati yang dijangkiti dan menggantikan organ yang didermakan di lokasi yang sama seperti organ yang dikeluarkan.

    Bagaimana pemindahan hati dilakukan?

    pemindahan hati

    Pemindahan organ adalah operasi panjang dan kompleks yang boleh mengambil masa antara 4 hingga 18 jam, bergantung kepada keperluan seseorang pesakit dan faktor lain.

    Biasanya, satu pasukan pakar bedah dan pakar anestesiologi disokong oleh jururawat pemindahan, dikehendaki menyelesaikan pembedahan. P

    embedahan ini sangat kompleks kerana ia memerlukan pembuangan hati yang sakit dan menyambung semula organ yang didermakan ke saluran darah, tisu perut dan hati. Selain itu, untuk pemindahan hati berfungsi, penyesuaian mesti dibuat antara penerima dan penderma hati.

    Kebanyakan pemindahan hati terutamanya pada orang dewasa melibatkan penggunaan seluruh hati yang didermakan oleh penderma yang sudah mati. Manakala pemindahan hati kanak-kanak boleh menggunakan sebahagian daripada hati orang dewasa.

    Pemindahan hati penderma hidup (LDLT) menjadi kebiasaan dalam kalangan ibu bapa akibat kesukaran mendapat penderma. Dalam LDLT, sebahagian dari hati yang sihat iaitu kira-kira 20 peratus dikeluarkan daripada penderma hidup dan dimasukkan ke dalam tubuh penerima sebaik sahaja bahagian yang dijangkiti dibuang.

    Oleh kerana keupayaan luar biasa hati untuk membiak semula, hati penderma dan bahagian hati yang dipindahkan ke penerima berkembang kepada saiz yang penuh dalam masa beberapa minggu.

    Penjagaan hati baru

    pemindahan hati

    Untuk mengekalkan kualiti hidup, anda harus mengelakkan jangkitan, mengikuti prosedur anti penolakan (antirejection), dan mengubah gaya hidup anda.

    Pasukan perubatan anda akan mengesyorkan cara terbaik untuk melakukannya. Pastikan untuk teruskan temujanji susulan dengan pasukan pemindahan dan doktor supaya mereka boleh memantau kecekapan hati baru anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan