backup og meta

Risau Bawah Mata Kanan Bergerak Tanpa Henti? Ini 8 Punca Sebenarnya!

Risau Bawah Mata Kanan Bergerak Tanpa Henti? Ini 8 Punca Sebenarnya!

Ketika sedang leka melakukan sesuatu, tiba-tiba bawah mata kanan bergerak tanpa henti, pastinya perkara ini boleh mengganggu anda!

Selain menjengkelkan, mata berkedip juga boleh mengundang fitnah! Lebih-lebih lagi apabila mata anda berkedip saat berbual dengan suami orang, silap gaya boleh buat gaduh pula…

Pun begitu, apa sebenarnya penyebab bawah mata kanan berdenyut? Adakah ia normal atau merupakan tanda masalah kesihatan?

Ikuti perbincangan ini dengan lebih lanjut!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Mata di sini.

Mata berkedip sebelah kiri @ kanan, apa puncanya?

Ada yang mengatakan, andai mata kiri berkelip, ia tanda musibah bakal berlaku. Manakala, jika mata berkedip sebelah kanan pula adalah petunjuk untuk perkara baik.

Karut semua ini, jangan terlalu percaya ya! Ini kerana menurut Dr. Mark Blecher, Pakar Bedah Mata dan Pengarah Penjagaan Mata Primer Hospital Wills Eye, keadaan mata ini sangat biasa berlaku.

Apabila bawah mata kanan bergerak, otot kelopak mata anda (dikenali sebagai orbicularis oculi) sedang alami kekejangan, jelas Dr. Blecher.

Ia boleh berlaku beberapa kali berturut-turut dan kemudian terhenti sendiri. Bagi sesetengah individu pula, ia boleh berlaku lagi pada hari yang sama.

Keadaan bawah mata kanan bergerak boleh berlaku sama ada pada salah satu mata (kanan atau kiri), dikenal pasti oleh doktor sebagai eye twitch atau nama saintifiknya, blepharospasm.

Pakar berpendapat ia boleh dikaitkan dengan:

bawah mata kanan bergerak

Twitching biasanya tidak menyakitkan, tidak berbahaya, dan akan hilang dengan sendirinya.

Bagaimana jika bawah mata kanan bergerak dan tidak berhenti berkedip?

Sesetengah individu boleh mengalami kekejangan mata sepanjang hari. Ia mungkin berlangsung selama berhari-hari, berminggu, atau bahkan berbulan-bulan!

Kadangkala, mata twitching tanpa henti boleh menjadi tanda kepada masalah yang lebih serius, seperti:

  • Blepharitis (kelopak mata yang meradang)
  • Mata kering
  • Kepekaan cahaya
  • Pink eye

Jarang sekali keadaan ini menjadi tanda gangguan otak atau saraf, seperti:

Di samping itu, ia boleh terjadi akibat kesan sampingan ubat-ubatan tertentu.

Ubat-ubatan yang merawat psikosis dan epilepsi; antara yang memberikan kesan mata berkedip.

Bawah mata kanan berdenyut, bagaimana cara merawatnya?

Dalam kebanyakan kes, twitching yang tidak parah akan hilang dengan sendirinya.

Pastikan anda memperoleh rehat yang secukupnya di samping mengurangkan pengambilan alkohol, tembakau, dan kafein.

bawah mata kanan bergerak

Sekiranya mata kering menjadi pemicunya, cuba pakai air mata tiruan yang boleh dibeli di farmasi. Ia biasanya boleh meredakan kegatalan ringan.

Setakat ini, doktor belum menemui penawar untuk blepharospasm, tetapi beberapa pilihan rawatan dapat mengawal keparahannya.

Antara rawatan yang paling kerap digunakan adalah toksin botulinum (Botox, Dysport, Xeomin). Ia turut sering digunakan untuk kondisi kekejangan hemifasial.

Kekejangan hemifasi jarang berlaku. Ia melibatkan kedua-dua otot di sekitar mulut dan kelopak mata, biasanya hanya mempengaruhi satu sisi wajah.

Cara rawatan toksin botulinum dilakukan, doktor akan menyuntik sejumlah kecil larutan ke dalam otot mata untuk meredakan kekejangan.

Kesannya pula boleh bertahan selama beberapa bulan sebelum perlahan-lahan menghilang dan anda bakal memerlukan rawatan berulang.

Bagi kes yang ringan, doktor mungkin akan mencadangkan ubatan seperti:

  • Clonazepam
  • Lorazepam
  • Trihexyphenidyl hidroklorida

Ubat-ubatan ini biasanya hanya memberikan kelegaan bersifat jangka pendek.

Rawatan alternatif termasuk:

Pun begitu, kajian saintifik masih belum membuktikan keberkesanan rawatan ini.

Sekiranya pilihan rawatan di atas gagal, doktor mungkin akan mencadangkan pembedahan.

Dalam prosedur yang disebut sebagai myectomy, pakar bedah akan membuang sebahagian otot dan saraf di sekitar kelopak mata anda.

Pembedahan juga dapat melegakan tekanan arteri pada saraf wajah yang menyebabkan kekejangan hemifasial.

Hasilnya bersifat kekal, tetapi sama seperti pembedahan yang lain, kemungkinan untuk mengalami komplikasi masih ada.

Jadi, jika anda ada mengalami masalah bawah mata kanan bergerak atau berkedip (twitching) tanpa henti, dapatkan pemeriksaan dengan pakar.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eye twitching. https://www.mayoclinic.org/symptoms/eye-twitching/basics/causes/sym-20050838. Accessed Feb 9, 2021.
  2. Eye twitching. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/e/eye-twitching.html#:~:text=Occasional%20eye%20twitches%20are%20common,symptoms%20of%20eye%20twitching%20worse. Accessed Feb 9, 2021.
  3. How To Stop Eye Twitching. https://www.aao.org/eye-health/tips-prevention/how-to-stop-eye-twitching. Accessed Feb 9, 2021.
  4. What Is an Eyelid Spasm or Twitching Eyelid?. https://www.aao.org/eye-health/diseases/eyelid-spasm-twitch. Accessed Feb 9, 2021.
  5. Eyelid Spasms (Eye Twitching or Eye Twitch). https://www.umkelloggeye.org/conditions-treatments/eyelid-spasms-eye-twitching-or-eye-twitch. Accessed Feb 9, 2021.
  6. Twitching eyes and muscles. https://www.nhs.uk/conditions/twitching-eyes-and-muscles/. Accessed Feb 9, 2021.

Versi Terbaru

08/12/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

Stresnya Sekatil Dengan Pendengkur, Nak Tidur Pun Susah! Apa Kata Anda Cuba 5 Tip Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 08/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan