Lelaki Paling Ramai Buta Warna, Tapi Jangan Risau! Ada Cermin Mata Khas Untuk Si Rabun Warna

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apakah yang sering terlintas di fikiran anda mengenai golongan rabun warna? Kita mungkin membayangkan mereka ini hanya boleh melihat warna hitam dan putih sahaja seperti di kaca TV pada zaman dahulu.

Sebenarnya tanggapan ini adalah salah, kerana individu sebegini masih boleh mengenal pasti warna tetapi perbezaan warnanya sahaja yang berlainan dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.

Masalah rabun warna bergantung kepada tahap keseriusan buta warna seseorang.

Kekurangan penglihatan warna bermaksud anda tidak dapat melihat kedalaman atau kekayaan pada sesuatu warna tertentu.

Apa itu buta warna?

Berdasarkan kajian oleh American Optometric Association, rabun warna adalah perkara biasa, terutama dalam kalangan lelaki.

Sebanyak 8% lelaki mengalami masalah ini dan 0.5% bagi golongan wanita yang turut mempunyai masalah penglihatan ini.

Perkara ini seringkali diwarisi, tetapi juga boleh diperolehi kerana ia boleh berlaku jika mata menjadi rosak akibat kecederaan atau mempunyai penyakit-penyakit lain yang mempengaruhi penglihatan.

Ubat-ubatan dan faktor penuaan tertentu juga boleh menyumbang terhadap masalah kebutaan warna ini.

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, bermakna anda melihat warna dengan cara yang berbeza daripada kebanyakan orang.

Selalunya, individu sebegini sukar untuk membuat perbezaan antara warna-warna tertentu.

Biasanya, tidak ada penawar bagi mereka yang mempunyai masalah ini, tetapi cermin mata dan kanta lekap khas mungkin dapat membantu.

Kebanyakan individu yang memakai alat bantuan ini boleh menyesuaikan diri dan tidak menghadapi sebarang masalah dengan aktiviti seharian.

Faktor-faktor rabun warna

  • Kongenital/sejak lahir: Ini bermakna, masalah ini telah ada pada kanak-kanak disebabkan oleh pembawaan genetik daripada keturunan
  • Penyebab lain disebabkan faktor perolehan seperti penyakit¬†yang dihidapi: Seperti kencing manis, faktor penuaaan (Age related Macular Degenaration), glaukoma, katarak, kecederaan mata dan juga¬†kesan sampingan sesetengah ubat seperti ubat bagi penyakit artritis rheumatoid dan ubat bagi penyakit Tuberculosis (TB)

Jenis dan tahap keseriusan buta warna berbeza mengikut individu. Ada individu yang tidak dapat mengecam sebarang warna.

Namun, ada pula yang tidak dapat mengecam warna merah dan hijau dan ada juga yang tidak mengenali biru dan kuning.

Jenis rabun ini yang kerap dijumpai adalah mereka yang mempunyai rabun terhadap warna merah dan hijau.

Bagaimana cermin mata rabun warna ini berfungsi?

Rabun warna disebabkan genetik kebiasaannya berpunca daripada ketiadaan, atau masalah dalam fungsi pada satu atau lebih daripada tiga jenis fotoreseptor cone detectors warna di retina.

Orang yang sukar mengesan cahaya hijau (deuteranomaly) atau cahaya merah (protanomaly) mengalami pertindihan antara beberapa panjang gelombang cahaya yang ditafsirkan oleh otak sebagai warna merah atau hijau.

Dengan kewujudan cermin mata yang direka khas untuk mereka yang mempunyai masalah rabun, mampu memberikan jalan penyelesaian terhadap mereka yang menghidap masalah ini.

Menurut Dr. Ivan Schwab, MD, Profesor Oftalmologi di University of California, cermin mata rabun warna dibuat dengan mineral tertentu untuk menyerap dan menyaring beberapa panjang gelombang antara warna hijau dan merah yang boleh mengelirukan otak.

Dengan pertindihan warna yang kurang, otak akan dapat isyarat yang lebih jelas untuk membantu membezakan warna.

Cermin mata rabun warna ini tidak akan mengubah persepsi warna bagi orang yang kekurangannya disebabkan oleh ketiadaan fotoreseptor warna merah atau hijau sepenuhnya.

Namun, anda harus faham bahawa cermin mata ini tidak mengubah suai fotoreseptor, saraf optik atau korteks visual seseorang untuk memperbaiki masalah ini.

Persepsi warna memerlukan satu set lengkap peralatan yang berfungsi dengan optimum, dan cermin mata tidak akan menggantikan atau memperbaiki mekanisme yang hilang atau pecah.

Dr. Schwab menjelaskan bahawa cermin mata tersebut akan dapat mengubah apa yang dilihat oleh orang yang memakainya, meningkatkan perbezaan antara merah dan hijau.

Tetapi pengalaman pemakaiannya akan menjadi berbeza-beza di antara individu.

Adakah cermin mata rabun warna boleh membantu?

Cermin mata ini membantu dalam meningkatkan penglihatan warna bagi orang yang menghadapi masalah rabun ini terutamanya bagi warna merah dan hijau yang sering terjadi.

Tetapi seberapa baik cermin mata pembetulan rabun warna benar-benar berfungsi?

Masalah rabun yang diwarisi ini juga disebut sebagai kekurangan penglihatan warna, tidak ada penawarnya sehingga ke hari ini.

Tetapi bagi sesetengah orang dengan masalah rabun warna merah-hijau yang lebih ringan, cermin mata pembetulan warna yang dirumus khas ini mampu meningkatkan kontras antara beberapa warna.

Hasilnya berbeza-beza bergantung pada jenis dan tahap kekurangan penglihatan warna seseorang individu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir, Bahaya! Apa Alasan Di Sebaliknya?

Kita sering mendengar mengenai bahaya petir yang melibatkan kejadian individu disambar petir semasa menggunakan telefon bimbit. Mengapa ia terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 11/12/2020 . 3 minit bacaan

BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Mata, Masalah Mata Lain 29/10/2020 . 3 minit bacaan

Mata Tiba-Tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

Pernahkah anda mengalami gangguan penglihatan secara tiba-tiba sehingga membuatkan anda tertanya-tanya penyebab kebutaan itu belaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kecacatan Penglihatan, Kesihatan Mata 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Tak Nak Mata Rabun Sebab Banyak Lihat Skrin? Ikut Peraturan 20-20-20 Jaga Deria Penglihatan!

Meluangkan masa yang lama di hadapan skrin telah menjadi isu besar bagi orang ramai hari ini kerana ia mampu menyebabkan masalah ketegangan mata.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Mata, Penjagaan Mata 07/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pembedahan kantung mata

Wajah Nampak Tua Jika Ada Masalah Kantung Mata, Macam Mana Nak Hilangkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 3 minit bacaan
senaman mata yoga mata

Mata Penat Asyik Hadap Laptop? Cuba Senaman Yoga Mata, Bagus Untuk Penglihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
jam tidur

Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peringkat Usia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
warna mata dan penglihatan

Suka Lihat Orang Bermata Biru? Ambil Tahu Kaitan Antara Warna Mata & Penglihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan