backup og meta

Zakar Gagal Ereksi Dengan Baik? Ini 9 Cara Perbaiki Ketegangan Tanpa Guna Ubat!

Zakar Gagal Ereksi Dengan Baik? Ini 9 Cara Perbaiki Ketegangan Tanpa Guna Ubat!

Lelaki yang ada masalah zakar tak tegang, pasti akan hilang keyakinan dan kemampuan untuk berhubungan intim terutamanya jika sudah berkahwin.

Pun begitu, tahukah anda terdapat beberapa cara lain yang mungkin boleh kuatkan ereksi zakar tanpa sebarang ubatan? Jom teruskan membaca untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Zakar tak tegang, tanda mati pucuk!

Sekiranya anda mengalami masalah zakar tidak keras waktu pagi atau pada bila-bila walaupun sudah dirangsang secara seksual, anda berkemungkinan menghidap masalah mati pucuk.

Jom ketahui kategori jenis mati pucuk:

  • Zakar masih boleh tegang namun bukan setiap masa
  • Zakar masih boleh tegang namun tidak bertahan lama
  • Zakar langsung tidak boleh tegang

Pilihan yang paling baik tentu sahaja dengan berjumpa doktor atau mengambil ubatan seperti sildenafil dan lain-lain. Selain itu, mungkin wujud juga cara lain untuk atasi zakar tak tegang.

zakar tak tegang
Masalah disfungsi erektil pada lelaki.

Apa perlu buat jika zakar tak tegang?

Sebenarnya, ada beberapa cara mengatasi masalah zakar cepat kendur termasuklah:

Jika zakar sukar tegang #1. Berkomunikasi dengan pasangan anda

Langkah pertama, anda perlu berkomunikasi dengan pasangan anda tentang kondisi yang dialami agar mereka faham dan terima kelemahan anda di ranjang.

Biarkan mereka tahu bahawa ia bukanlah kesalahan mereka namun merupakan keadaan kesihatan yang sebenarnya boleh diselesaikan jika betul caranya.

Jika zakar sukar tegang #2. Mencuba sesuatu yang baru di ranjang

Kemudian, anda dan pasangan mungkin boleh bercadang untuk mencuba sesuatu yang baru di ranjang bagi menyemarakkan kamar tidur dengan cara:

  • Bereksperimen dengan posisi hubungan intim Selain posisi yang biasa, anda berdua juga mungkin boleh cuba posisi lain yang lebih mengghairahkan
  • Bermain watak – Adalah tidak salah untuk menyelitkan unsur karakter atau drama yang mungkin boleh meningkatkan libido anda atau pasangan
  • Alat permainan seksual – Pelbagai alatan seperti cincin zakar, vibrator, dildo dan sebagainya juga adalah antara ikhtiar yang baik
  • Aktiviti seksual lain – Tidak semestinya penetrasi zakar ke dalam faraj, aktiviti seperti hubungan oral dan lain-lain juga mampu memuaskan anda mahupun pasangan
  • Titik sensual tepat – Tubuh badan individu mempunyai titik sensual tersendiri yang jika dirangsang, boleh menaikkan nafsu syahwat
zakar tak tegang
Hubungan terjejas akibat masalah lelaki.

#3. Banyakkan mengambil buah, sayur & kekacang

Semestinya merupakan aspek penting dalam diet seharian, kumpulan makanan ini mampu memperbaiki aliran darah ke tubuh badan termasuk zakar.

Jika aliran darah ke zakar lebih baik, maka ereksi zakar juga boleh jadi lebih kuat serta sihat. Oleh itu, tambahkan makanan ini ke dalam diet.

#4. Kurangkan mengambil makanan berlemak, bergoreng & diproses

Menurut pelbagai kajian, diet di atas boleh meningkatkan risiko terhadap kondisi-kondisi berkaitan kesihatan tubuh badan termasuk keupayaan seksual.

Selain menjejaskan keupayaan ereksi zakar, ia juga boleh jadi punca penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan lain-lain yang berbahaya.

#5. Jika zakar tak tegang, amalkan diet mediterranean

Buat anda yang tertanya-tanya diet apa yang sesuai jika zakar sukar tegang, anda mungkin boleh cuba diet mediterranean yang memberikan manfaat seperti berikut:

#6. Kurangkan mengambil minuman beralkohol

Alkohol memang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan secara umumnya, selain ia turut dikaitkan dengan disfungsi seksual bagi lelaki serta wanita.

Jadi, sila kurangkan mengambil alkohol dalam usaha mendapatkan ereksi zakar yang lebih baik.

#7. Banyakkan mengambil minuman berkafein

Jika diambil dalam kuantiti dan kualiti yang tepat, kafein boleh memperbaiki aliran darah dan merelakskan otot zakar bagi ereksi yang kuat dan sihat.

Jadi, sila masukkan kafein dalam diet anda sebagai antara petua tegang lama.

zakar
Tingkatkan aliran darah ke zakar secara semula jadi.

#8. Jika zakar tak tegang, bersenam 20 minit sehari

Gaya hidup sedentari yang tidak aktif merupakan salah satu daripada faktor risiko yang boleh menyebabkan zakar tak tegang.

Senaman selama 20 minit sehari dipercayai boleh membantu mengawal peredaran darah dan berat badan – 2 faktor penting jika zakar sukar tegang.

Cuma, anda mungkin perlu mengelakkan aktiviti seperti berbasikal terlalu lama kerana ia dikatakan boleh mengakibatkan masalah mati pucuk.

#9. Cuba kawal stres dan tidur dengan cukup

Akhir sekali, anda juga harus cuba kawal tekanan dengan baik kerana mati pucuk juga sebenarnya boleh berpunca akibat masalah psikologi seperti stres.

Caranya, sila dapatkan tidur lebih berkualiti dan berkuantiti yang juga merupakan salah satu cara terbaik dalam usaha merawat masalah zakar tak tegang selain mengambil krim keraskan zakar.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Erectile Dysfunction (ED), https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/e/erectile-dysfunction-(ed), Accessed Sep 27 2021.
  2. The no-drug approach to erectile dysfunction, https://www.health.harvard.edu/mens-health/the-no-drug-approach-to-erectile-dysfunction, Accessed Sep 27 2021.
  3. Erectile dysfunction. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/diagnosis-treatment/drc-20355782. Accessed Sep 27 2021.
  4. Erectile Dysfunction (ED). https://familydoctor.org/condition/erectile-dysfunction/. Accessed Sep 27 2021.
  5. Treating Erectile Dysfunction: 5 Options Beyond ED Pills. https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2021/jun/treating-erectile-dysfunction-5-options-beyond-ed-pills/. Accessed Sep 27 2021.

Versi Terbaru

24/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

10 Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Ereksi Lemah, Tiada Lagi 'Tewas' Awal!

Wahai Lelaki, Ambil 8 Suplemen Ini Jika Anda Ingin Tingkat Kebolehan Capai Ereksi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan