backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Periksa 15 Tanda Ini! Kalau Ada Salah Satu, Anda Mungkin Alami Narsisistik Tanpa Sedar

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/12/2023

    Periksa 15 Tanda Ini! Kalau Ada Salah Satu, Anda Mungkin Alami Narsisistik Tanpa Sedar

    Pernahkah anda mengenali seseorang individu narsisistik? Apakah maksud narsisistik yang sebenarnya? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

    Apakah maksud narsisistik atau gangguan personaliti narsisistik?

    Gangguan personaliti narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.

    Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain.

    Jadi, maksud narsisistik boleh dikatakan mereka ini mempunyai sifat keyakinan yang terlalu ekstrem.

    Namun, di sebaliknya, mereka mempunyai harga diri yang sangat mudah terlerai hanya disebabkan sedikit kritikan daripada orang lain.

    Orang ramai akan melihat individu narsisistik ini seperti seorang yang mementingkan diri sendiri sahaja dan biasanya tidak ramai orang yang gemar bersama mereka.

    Individu narsisistik juga hanya mengambil tahu mengenai dirinya sahaja dan tidak jemu-jemu mahukan pujian daripada orang lain.

    Gangguan personaliti seperti ini sering menyebabkan masalah dalam hubungan bersama pasangan dan juga ahli keluarga.

    Maksud narsisistik: Apakah punca yang menyebabkannya?

    maksud narsisistik

    Tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah yang menjadi punca sebenar kepada kewujudan gangguan ini.

    Namun, para penyelidik percaya bahawa ia berlaku disebabkan oleh beberapa gabungan faktor-faktor di bawah ini:

    • Mengalami trauma atau peristiwa silam semasa zaman kanak-kanak
    • Hubungan pada peringkat awal dengan ahli keluarga, rakan dan juga saudara-mara
    • Faktor genetik keluarga
    • Sifat peribadi seseorang
    • Kritikan secara melampau yang dilalui semasa zaman kanak-kanak
    • Faktor neurobiologi

    Faktor risiko

    Terdapat beberapa faktor risiko yang membolehkan seseorang itu mengalami gangguan narsisistik.

    Menurut kajian, orang lelaki lebih mudah mengalami gangguan personaliti ini berbanding wanita.

    Gangguan ini juga mudah berlaku seawal umur kanak-kanak.

    Walaupun ada kanak-kanak yang mungkin menunjukkan ciri atau gaya seseorang narsisistik, namun tidak semestinya ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.

    Ini kerana ciri itu kadangkala adalah sifat yang biasa wujud sewaktu zaman kanak-kanak sahaja.

    Selain itu, ibu bapa yang bersifat terlalu melindungi anak-anak atau mengabaikannya juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi individu narsisistik. 

    Ciri-ciri yang menggambarkan maksud narsisistik pada seseorang individu

    Seseorang individu yang mempunyai sifat narsisistik ini amat mudah untuk dikenali. Ini kerana, terdapat beberapa perkara atau ciri yang sangat jelas, yang membezakan dirinya dengan orang lain.

    Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsisistik. 

    • Berasa diri sendiri lebih penting
    • Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
    • Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja
    • Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain
    • Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu
    • Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi
    • Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain
    • Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain
    • Ingin diiktiraf atau dikenali ramai
    • Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain
    • Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

    Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja. Namun, ada juga beberapa kelemahan mengenai individu yang mempunyai gangguan ini. Antaranya ialah:

    • Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara
    • Sukar mengawal emosi dan perasaan
    • Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya
    • Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya

    Kesan apabila seseorang itu mempunyai sikap narsisistik

    maksud narsisistik

    Terdapat beberapa kesan atau komplikasi yang boleh berlaku sekiranya sesseorang itu terus mempunyai sifat narsisistik ini.

    Antara kesan yang boleh dialami ialah:

    Perlukah berjumpa doktor jika mengalami gangguan ini?

    Kebanyakan individu narsisistik tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan.

    Dengan itu, mereka tidak mendapatkan rawatan atau pertolongan daripada pakar psikologi atau mendapatkan khidmat kaunseling.

    Jadi, jika anda sudah memahami maksud narsisistik dan sedar mengalami gangguan ini, anda boleh dapatkan bantuan profesional bagi mengurangkannya atau mengawalnya.

    Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan juga terapi bagi membantu diri anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan