Kebanyakan kaum Adam mungkin akan fikir apabila zakar keluar cecair putih lelaki, ia adalah satu perkara yang normal disebabkan itu salur untuk air kencing dan lain-lain cecair.
Pun begitu, bagaimana pula jika cecair itu bertekstur pekat dan berwarna pelik yang tidak sama dengan ketiga-tiga cecair di atas tadi? Jaga-jaga! Ia mungkin petanda wujud bahaya.
Dalam kebanyakan kes jarang berlaku, ia adalah angkara jangkitan. Jom teruskan baca artikel!
Adakah normal cecair putih lelaki keluar dari zakar?
Umumnya, zakar adalah alat sulit lelaki yang berfungsi untuk mengendalikan sistem perkumuhan serta pembiakan, maka tidak hairan jika ada cecair yang keluar dari situ.
Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, ia masih lagi normal jika cecair yang keluar itu adalah:
- Air kencing – Cecair yang diproses oleh buah pinggang, mengandungi sisa cecair daripada makanan atau minuman yang diambil
- Air mani – Cecair yang mengandungi sperma lelaki dan boleh disenyawakan dengan telur wanita untuk dijadikan embrio
- Air mazi – Cecair yang tidak mengandungi sperma lelaki yang sihat dan akan keluar semasa praklimaks atau praejakulasi
- Air wadi – Cecair yang tidak mengandungi sperma lelaki yang sihat dan akan keluar selepas kencing atau angkat barang berat
Sekiranya cecair putih lelaki keluar dari zakar tergolong dalam kategori di atas ini, maka anda tidak perlu rasa risau kerana ia sangat normal dan menandakan bahawa anda adalah lelaki yang sihat.
Apa yang mungkin anda perlu buat selepas ia keluar adalah dengan cara cuci zakar dengan baik dan bersih serta mandi wajib jika perlu bagi lelaki yang beragama Islam.
Jangkitan punca zakar keluar cecair putih lelaki?
Wajib sebagai seorang lelaki untuk mengenali jenis-jenis cecair yang keluar dari alat sulit anda sama ada ia air kencing atau lain-lain cecair yang dinyatakan di atas tadi.
Namun jika cecair itu agak aneh seperti bertekstur sangat pekat dan berwarna kekuningan, kehijauan, kecoklatan atau lutsinar yang pelik, ia mungkin petanda jangkitan.
Ia juga mungkin berpunca akibat daripada jangkitan penyakit kelamin (STD) seperti yang berikut:
#1. Penyakit gonorea
Gonorea adalah sejenis penyakit kelamin yang berpunca daripada jangkitan bakteria bernama Neisseria gonorrhoeae dan boleh merebak dari individu ke individu lain.
Bakteria ini biasa tersebar melalui hubungan seksual tidak sihat termasuk seks oral, anal atau vaginal akibat berganti pasangan atau bersenggama tanpa kontraseptif.
Antara gejala penyakit ini adalah keluarnya cecair bertekstur pekat dan berwarna pelik seperti kuning, hijau, krim berserta nanah yang sakit ketika buang air kecil.
Ia juga akan menyebabkan kemerahan, kebengkakan dan kesakitan pada sekitar hujung lubang zakar selain mengakibatkan lelaki lebih kerap ke tandas untuk kencing.
#2. Penyakit klamidia
Klamidia adalah sejenis penyakit kelamin yang berpunca daripada jangkitan bakteria bernama Chlamydia trachomatis dan juga merebak dari individu ke individu lain.
Bakteria ini kadangkala tidak tersebar melalui hubungan seksual namun lebih mudah tertular daripada perkongsian barang peribadi, air atau sekadar ciuman dan pelukan.
Kebanyakan individu tidak tahu jika diri mereka ada penyakit ini kerana tiada gejala yang khusus sehingga beberapa ketika selepas terjangkit selain zakar keluar cecaicecair putih lelaki yang aneh.
Pun begitu, anda mungkin akan perasan simptom yang biasa seperti rasa panas atau gatal di sekitar bahagian hujung lubang zakar terutama ketika membuang air kecil.
Punca zakar keluar cecair putih lelaki #3. Trikomoniasis
Trikomoniasis adalah sejenis penyakit kelamin yang berpunca daripada jangkitan parasit bernama Trichomonas vaginalis yang akan merebak melalui hubungan seksual.
Meskipun ia lebih popular dan tinggi risiko terhadap golongan wanita, namun itu tidak bermaksud bahawa kaum lelaki akan terlepas kerana ia turut menjangkiti kedua-dua jantina.
Kebiasaannya, simptom penyakit jangkitan kelamin ini akan muncul selepas sebulan anda dijangkiti:
- Sering buang air kecil
- Bengkak pada hujung zakar
- Rasa sakit dan gatal ketika kencing
- Zakar keluar cecair pekat dan jernih
Apa yang lebih membimbangkan adalah penyakit ini turut boleh menyebabkan pelbagai kesan lain lebih serius seperti salur kencing tersumbat atau ketidaksuburan pada lelaki.
Lelaki, jangan ambil mudah perkara ini!
Realitinya, ramai lelaki yang gemar ambil mudah dan tidak peduli jika zakar keluar cecair kerana mereka beranggapan bahawa ia normal. Ya, namun anda perlu lebih teliti.
Dalam erti kata lebih mudah, perhatikan cecair tersebut dari aspek tekstur dan warna. Jika anda lihat ia agak aneh, maka sila segera jumpa doktor untuk diagnosis.