backup og meta

Jangan Terkejut! Zakar Boleh Putus Akibat Jangkitan, Tapi Ada Solusinya: Implan Penis!

Jangan Terkejut! Zakar Boleh Putus Akibat Jangkitan, Tapi Ada Solusinya: Implan Penis!

Nasib malang menimpa seorang lelaki British, Malcolm MacDonald, yang mengalami masalah zakar putus akibat daripada jangkitan perineum yang teruk.

Walau bagaimanapun, kini, dia tidaklah begitu sedih susulan peristiwa tersebut memandangkan seorang Pakar Andrologi, Profesor David Ralph mencipta zakar bionik untuk dirinya.

Ralph pernah digelar ‘penis master’ selepas beliau berjaya mencipta zakar untuk seorang lelaki 45 tahun bernama Andrew Wardle yang dilahirkan tanpa alat sulit tersebut.

Ia merupakan satu kecacatan kelahiran yang berlaku pada 1 dalam 20 juta bayi lelaki.

Namun, adakah zakar bionik tersebut boleh memberikan fungsi yang sama dengan zakar yang pernah dimiliki oleh Wardle suatu ketika dahulu?

Anu lelaki mati akibat sepsis, komplikasi bagi jangkitan perineum

Pada tahun 2014, Malcolm terkejut kerana jangkitan perineum kronik yang dialaminya menjadi semakin serius sehingga menyebabkan masalah sepsis.

Keadaan ini membuatkan jari tangan, jari kaki dan zakar lelaki tersebut bertukar menjadi hitam.

Lebih parah lagi, alat kemaluannya gagal diselamatkan dan putus meskipun testis Malcolm masih elok bergantungan di posisi asalnya.

Setelah peristiwa tersebut berlaku, Malcolm bergegas ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor namun apa yang dibuat adalah mereka menyalut ‘lebihan zakar’ seperti sosej yang dibaluti oleh roti.

Selama dua tahun Malcolm perlu hidup tanpa zakar dan dia hilang minat untuk bersosial, minum alkohol secara berlebihan dan tidak berjumpa dengan rakan mahupun ahli keluarga.

Sehinggalah suatu hari, berita berkenaan dengan kejayaan Profesor David Ralph mencipta dan memasang zakar bionik pada pesakit sampai ke pengetahuannya.

Keadaan ini memberikan harapan kepada Malcolm untuk hidup seperti lelaki normal yang lain.

Apa yang lebih menggembirakan lagi adalah dia menerima dana untuk prosedur tersebut memandangkan ciptaan Profesor Ralph itu dikatakan bukan sahaja mampu memberikan fungsi seks, malah kebolehan untuk kencing seperti biasa.

Zakar bionik tersebut dicipta daripada lengan kiri Malcolm dan dia telah meminta agar ditambah dua inci pada kepanjangan zakar tersebut.

Dengan kepakaran Profesor Ralph, beliau mencipta anu lelaki yang dilengkapi dengan uretra dan pam bagi membantu fungsi ereksi pada zakar bionik tersebut.

Kini, zakar beliau sudah tumbuh dengan baik pada tangan kiri Malcolm. 

Dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk menjalani prosedur implan yang telah ditangguhkan awal tahun 2020 akibat wabak virus korona baharu.

Implan zakar dan ciptaan zakar bionik; tidak sejarang seperti yang anda sangka

anu lelaki

Pada tahun 2015, satu kajian telah dibuat, melibatkan 1.7 juta lelaki yang didiagnosis dengan masalah mati pucuk di antara tahun 2001 hingga 2010.

Mereka menggunakan perkhidmatan insurans kesihatan persekutuan, Medicare bagi menjalani rawatan.

Dianggarkan kira-kira 53,000 lelaki menjalani prosedur implan penis seperti apa yang dilalui oleh Malcolm.

Melalui kajian tersebut, jelas menunjukkan prosedur tersebut tidaklah sejarang seperti apa yang kita sangka.

Cuma, mungkin kes seperti Malcolm jarang dialami oleh pesakit lain.

Prosedur implan zakar kebiasaannya dijalankan bagi membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk termasuklah mereka yang sudah membuang prostat akibat kanser prostat.

Ia boleh membantu anda untuk mengembalikan fungsi zakar seperti ereksi, namun prosesnya agak mekanikal dan ia tidak terangsang dengan sebarang rangsangan seksual.

Proses implan tersebut tidak membantu lelaki untuk mencapai orgasme atau mengalami ejakulasi.

Sekiranya anda tidak boleh mencapai orgasme berikutan penyakit yang dialami sudah menjadi semakin teruk, zakar bionik tersebut tidak boleh membaiki fungsi yang telahpun rosak.

Ia hanya boleh membantu zakar untuk mengalami ereksi bagi menjalinkan hubungan seksual dengan pasangan.

Risiko prosedur pembedahan yang perlu anda ketahui

jangkitan perineum

Sama seperti pembedahan yang lain, prosedur implan anu lelaki juga mempunyai risikonya yang tersendiri.

Doktor akan membincangkan hal yang berikut sebelum anda membuat keputusan untuk meneruskan rawatan ataupun tidak:

  1. Risiko
  2. Kebaikan
  3. Rawatan alternatif, jika ada
  4. Jenis implan
  5. Prosedur yang disarankan
  6. Ramalan selepas pembedahan

Setelah perbincangan selesai, anda akan diperiksa oleh doktor untuk memastikan tahap kesihatan anda berada pada paras yang optimum sebelum ditolak masuk ke dalam bilik bedah.

Anda juga perlu patuh kepada beberapa arahan seperti:

  1. Jangan makan atau minum beberapa jam sebelum pembedahan.
  2. Tinggalkan barangan berharga di rumah.
  3. Cukur dan bersihkan kemaluan. 
  4. Pastikan ada individu lain yang boleh menemani/memandu anda untuk pulang ke rumah kelak, jika dibenarkan.

Prosedur pembedahan kebiasaannya mengambil masa 1 hingga 2 jam. Selepas pembedahan anda mungkin akan dinasihatkan untuk:

  1. Tunggu 4 hingga 6 minggu selepas implan zakar jika anda ingin menyambung aktiviti seksual.
  2. Pastikan zakar baharu anda sentiasa menghala ke arah pusat. Ia bagi mengelakkannya daripada membengkok ke bawah.
  3. Penjagaan jahitan dan bila ia perlu ditanggalkan.
  4. Tempoh masa rehat dan bila anda boleh menyambung kerja, senaman atau aktiviti fizikal yang lain.
  5. Arahan penggunaan implan.

Konklusi

Prosedur implan zakar boleh membantu lelaki yang mengalami masalah kesihatan tertentu untuk menjalani kehidupan seksual.

Walaupun ia bukanlah satu prosedur yang lazim, ia juga bukanlah satu prosedur yang jarang dilakukan.

Jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan dengan alat seksual dan ingin mendapatkan nasihat berkenaan dengannya, rujuk doktor perubatan yang bertauliah untuk tindakan lanjut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Trends in the Utilization of Penile Prostheses in the Treatment of Erectile Dysfunction in the United States. (https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/jsm.12921). Diakses pada 5 November 2020.
  2. Effects of penile implant surgery on ejaculation and orgasm. (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/4068047/). Diakses pada 5 November 2020.
  3. Penile implants. (https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/penile-implants/about/pac-20384916). Diakses pada 5 November 2020.
  4. Penile prosthesis surgery in the management of erectile dysfunction. (https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2090598X13000508). Diakses pada 5 November 2020.
  5. Man who lost penis to blood infection has new one built on his arm. (https://nypost.com/2020/07/31/man-who-lost-penis-to-blood-infection-has-new-one-built-on-his-arm/). Diakses pada 5 November 2020.

Versi Terbaru

12/07/2022

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis Pada Kemaluan!

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 12/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan