backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/05/2021

    Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

    Mungkin masih ramai individu terutamanya lelaki di luar sana yang belum tahu apa itu sista epididimis atau lebih dikenali sebagai spermatokel.

    Sesuai dengan namanya, ia adalah antara masalah berbahaya berkaitan dengan testis dan sperma kaum Adam.

    Jika dibiarkan, akan berlaku pelbagai komplikasi kesihatan yang membimbangkan seperti hernia atau tumor.

    Justeru marilah kita sama-sama ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

    Apa itu sista epididimis?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi penyakit ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, sista epididimis atau spermatokel ini adalah satu keadaan di mana epididimis (tiub bergelung di bahagian belakang yang menyimpan dan membawa sperma) mempunyai sista berisi cecair.

    Ia akan mengakibatkan munculnya benjolan pada testis yang mungkin tidak akan mendatangkan rasa sakit.

    Kondisi ini juga boleh berlaku kepada semua peringkat umur lelaki namun tidak menyebabkan ketidaksuburan.

    Pun begitu, ia tidak bermakna anda hanya perlu membiarkannya sahaja tanpa berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan ya?

    zakar kecil

    Sekiranya anda khuatir diri menghidapi spermatokel, sila perhatikan simptom-simptom di bawah ini:

    • Benjolan sebesar kacang tanah pada testis
    • Rasa sakit pada skrotum
    • Rasa senak pada skrotum
    • Skrotum berubah warna menjadi kemerahan
    • Bahagian bawah zakar terasa tertekan
    • Epididimis menjadi lembut atau bengkak
    • Testis menjadi lembut, bengkak atau mengeras
    • Sakit di bahagian pangkal paha, punggung dan perut

    Jika ada salah satu atau kesemua simptom di atas ini pada anda, jangan bertangguh atau berlengah untuk berjumpa doktor segera ya!

    Apa punca sista epididimis?

    Sehingga kini, punca spermatokel ini masih tidak dapat dipastikan sepenuhnya.

    Pun begitu, ramai pakar menyatakan bahawa ia mungkin disebabkan oleh penyumbatan pada epididimis ekoran cecair dan sperma tidak dapat dikeluarkan.

    Selain itu, ia mungkin didasari oleh faktor risiko lain iaitu lelaki tersebut berusia dalam lingkungan 20 ke 50 tahun.

    Kajian mengatakan bahawa 3 daripada 10 lelaki berisiko akan menghidapi sista epididimis sekali seumur hidup.

    Apa yang perlu dibuat jika terkena penyakit ini?

    Sesuai dengan saranan artikel ini, kaum Adam tidak boleh sesekali membiarkan spermatokel begitu sahaja dengan harapan ia akan sembuh dengan sendiri.

    Meskipun kita semua sudah sedia maklum bahawa ia adalah satu keadaan kesihatan yang ringan, biasa dan tidak berbahaya, namun anda masih perlu berjumpa doktor.

    Ini bertujuan untuk mendapatkan diagnosis untuk mengelakkan ia menimbulkan masalah skrotum yang lebih serius seperti tumor atau hernia.

    apa itu hernia angin pasang

    Cara pakar mendiagnosis penyakit ini adalah dengan memeriksa bahagian belakang testis untuk melihat dan menentukan sama ada terdapat benjolan yang menghalang cahaya atau tidak.

    Sekiranya cahaya itu terbias ke sisi yang lain, ini mungkin membuktikan bahawa benjolan yang terdapat pada testis anda itu benar-benar mempunyai sista ekoran sifatnya yang menghalang cahaya.

    Selain itu, pemeriksaan ultrabunyi juga boleh dilakukan – lebih cepat dan tepat untuk menentukan sama ada benjolan itu adalah sista atau sesuatu yang lebih serius.

    Selepas itu, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar urologi untuk pemantauan sista terbabit.

    Apa kaedah rawatan spermatokel yang utama?

    Ya, mungkin benar kondisi ini tidak begitu berbahaya namun ia tidak wajar dibiarkan ekoran risiko komplikasi lain.

    Sekiranya ia tidak menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan yang akut, maka rawatan mungkin akan ditangguh terlebih dahulu.

    Ini kerana sista epididimis atau spermatokel mungkin akan surut sendiri ekoran tubuh badan menyerap cecair secara semula jadi.

    Pun begitu, doktor mungkin akan segera menyarankan anda melakukan rawatan lanjutan untuk mengelakkan masalah lain timbul.

    Justeru kaedah pembedahan adalah yang terbaik untuk meminimumkan risiko ketidaksuburan lelaki ekoran kemampuan sperma untuk bergerak daripada testis ke zakar terbantut.

    testis

    Sebelum prosedur dijalankan, anda akan diberikan anestitik am (ubat bius) bagi membuat anda tertidur sepanjang pembedahan dijalankan.

    Ataupun anda juga mungkin diberi anestitik tulang belakang yakni pembedahan dilakukan secara separa sedar sepanjang prosedur ini.

    Pakar bedah kemudiannya akan membuat hirisan di skrotum untuk membuang atau memisahkan sista dari epididimis dan testis.

    Kemudiannya, skrotum akan dijahit dan antibiotik diberikan agar anda terlindung daripada sebarang jangkitan.

    Ia bukan masalah yang ringan ya wahai lelaki!

    Kesimpulannya, lelaki perlu tahu bahawa ia bukanlah satu masalah yang wajar dipandang remeh.

    Selepas melakukan prosedur pembedahan pembuangan sista ini, testis mungkin akan bengkak dan lebam selama beberapa hari.

    Ada kemungkinan spermatokel ini untuk muncul semula tetapi risikonya adalah lebih kecil berbanding dengan kaedah rawatan lain.

    Disebabkan itu, adalah penting untuk anda berkonsultasi dengan doktor sebelum dan selepas prosedur ini dijalankan agar anda dapat membuat pilihan yang terbaik.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenainya, sila berhubung dengan doktor berdekatan anda ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan