backup og meta

Suami Lemah Syahwat Batin? Kembalikan Kehangatan Di Ranjang Dengan 4 Rawatan Ini!

Suami Lemah Syahwat Batin? Kembalikan Kehangatan Di Ranjang Dengan 4 Rawatan Ini!

Lemah tenaga batin atau turut digelar rendah libido ternyata menimpa ramai lelaki dan amat penting untuk memahami rawatan lemah tenaga batin yang boleh dilakukan!

Namun malangnya, hanya segelintir yang berani menyuarakan masalah dihadapi dek kerana rasa malu. 

Jadi, apa punca-punca di sebalik lemah tenaga batin dalam kalangan lelaki? Teruskan pembacaan ya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Masalah libido rendah

rawatan lemah tenaga batin

Libido rendah? Apa ertinya? Libido rendah membawa maksud penurunan rangsangan seks yang boleh mengganggu aktiviti di ranjang.

Walaupun hal ini berupaya timbulkan ketegangan dalam hubungan, keraguan dan rasa bersalah terhadap pasangan, namun ia sebenarnya dapat ditangani jika penyebabnya diketahui.

Perlu kalian faham, libido rendah tidak boleh dikelirukan dengan mati pucuk (ED), walaupun kedua-dua kondisi boleh terjadi serentak.

Komunikasi dan kejujuran amat diperlukan untuk pasangan mengatasinya, dan dalam masa sama mengenal pasti kemungkinan pemicunya.

Rawatan lemah tenaga batin boleh berbeza-beza, yang mungkin melibatkan psikoterapi, penggantian hormon, perubahan gaya hidup, atau penyesuaian ubat-ubatan tertentu.

Rawatan lemah tenaga batin: Fahami puncanya dahulu

Lemah syahwat batin kadangkala boleh disebabkan oleh 1 faktor tetapi ia lebih sering berkaitan dengan pelbagai faktor lain, yang setiap satunya menyumbang dengan cara tersendiri.

  1. Hormon testosteron rendah: Paras testeron rendah, juga boleh dipanggil ‘rendah T’ adalah normal bagi golongan berusia. Tapi, penurunan testosteron dalam kalangan orang muda boleh menjadi indikasi kepada penyakit kronik; tekanan darah tinggi, diabetes jenis 2, dan penyakit jantung.
  2. Kesan sampingan ubat-ubatan: Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan libido yang rendah pada lelaki. Beberapa jenis ubat berisiko memicu lemah syahwat batin antaranya; anticonvulsants, antidepresi, antipsikotik, beta-blockers, benzodiazepines dan statins.
  3. Depresi/kemurungan: Depresi bukan sahaja boleh menyebabkan masalah lemah batin, tetapi turut membuatkan keadaan yang sukar menjadi lebih teruk! Ubat antidepresi dapat merawat kemurungan, tapi ia berisiko menjejaskan rangsangan seksual.
  4. Mempunyai penyakit kronik: Tahap kesakitan dan keletihan yang tinggi disebabkan oleh penyakit kronik yang dihadapi boleh menjadi punca lemah tenaga batin.
  5. Stres atau alami kesulitan tidur: Stres yang berpanjangan boleh menjejaskan mood untuk bersama. Tekanan turut dikaitkan dengan insomnia dan masalah tidur lain, yang boleh meningkatkan risiko keletihan dan membuat anda kurang berminat dengan seks.
  6. Gaya hidup tidak sihat: Terdapat gaya hidup tertentu yang boleh memicu libido rendah pada lelaki seperti banyak minum arak, merokok, obes serta bersenam terlalu sikit atau berlebihan.

Baca juga:

Apakah antara simptom lemah tenaga batin?

Sebelum anda mengetahui mengenai rawatan lemah tenaga batin, jom kita fahami antara gejala yang boleh terjadi.

Berdasarkan iklan-iklan yang dipamerkan di media sosial atau sesetengah laman sesawang, anda mungkin percaya antara tanda lemah tenaga batin adalah merasa letih atau moody, kan?

Hakikatnya, gejala libido rendah lebih sekadar itu! Tanpa mengambil faktor usia, simptom-simptomnya merangkumi:

Rawatan lemah tenaga batin yang boleh dilakukan

Bergantung pada penyebabnya, kemungkinan rawatan lemah tenaga batin yang boleh dilakukan merangkumi:

rawatan lemah tenaga batin

Doktor anda juga mungkin bakal mengesyorkan terapi jika faktor psikologi menjadi puncanya.

Dalam kebanyakan kes, masalah libido rendah merujuk kepada keinginan untuk berintiman dengan pasangan, namun tidak semestinya secara seksual.

Justeru hal ini akan dibincangkan bersama ahli terapi, sama ada secara bersendirian atau bersama dengan pasangan anda.

Di samping itu, sekiranya pemicu lemah syahwat batin adalah kemurungan, ubat antidepresi dapat membantu!

Pun begitu, anda masih perlu berwaspada kerana sesetengah kesan sampingan ubat antidepresi berupaya merendahkan libido.

Bagaimana dengan masalah lemah tenaga batin dan rawatan mudah yang mungkin pernah dilihat di media sosial dan majalah, seperti pil biru, Viagra?

Untuk pengetahuan pembaca, ubat ini sebenarnya tidak meningkatkan libido! Pil ini hanya membantu kalian mendapat dan mengekalkan ereksi saat bersenggama.

rawatan lemah tenaga batin

Konklusi

Dapat kita lihat, libido yang rendah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor merangkumi fizikal, emosi, atau psikologi.

Jika ia menjejaskan hubungan anda, elakkan menyalahkan diri sendiri atau pasangan secara langsung.

Sebaliknya, lakukan komunikasi yang terbuka dan jujur ​​dengan pasangan untuk berkongsi tentang isu yang dihadapi.

Selain itu, dapatkan bantuan perubatan profesional daripada doktor dan pakar berdekatan anda!

Akhir kata, sila peka dengan badan anda dan maklumkan doktor dengan sebarang perubahan atau sensasi yang dialami.

Jangan abaikan masalah rawatan lemah tenaga batin perlu dilakukan berdasarkan cadangan pakar.

Lebih cepat tindakan diambil, lebih cepat masalah libido yang rendah dapat diatasi!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Decreased Libido.https://urology.ucsf.edu/patient-care/adult-non-cancer/male-sexual-and-reproductive-health/decreased-libido. Accessed Jun 24, 2021.
  2. Testosterone therapy. http://www.mayoclinic.org/healthy-living/sexual-health/in-depth/testosterone-therapy/art-20045728. Accessed Jun 24, 2021.
  3. Hypogonadism. http://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/low-testosterone-(hypogonadism)?article=132. Accessed Jun 24, 2021.
  4. Men health. https://www.hormone.org/diseases-and-conditions/mens-health/decreased-libido. Accessed Jun 24, 2021.
  5. Loss of labido.https://www.nhs.uk/conditions/loss-of-libido. Accessed Jun 24, 2021.

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Semakin Meningkat Usia, Semakin Menurun Testosteron, Kena Ambil Suplemen Ke?

Suami Salahkan Isteri Tak Menarik, Sebab Tu 'Adik' Lembik? Ini Mitos & Fakta Mati Pucuk


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan