home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Boleh Ke Pesakit Diabetes Berpuasa? Ketahui Komplikasi Yang Mungkin Berlaku

Boleh Ke Pesakit Diabetes Berpuasa? Ketahui Komplikasi Yang Mungkin Berlaku

Puasa bererti menahan lapar dan dahaga untuk tempoh tertentu. Jadi apakah risiko puasa bagi pesakit diabetes? Adakah terdapat komplikasi kesihatan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Risiko puasa bagi pesakit diabetes

Apabila kita berpuasa, kira-kira lapan jam selepas kali terakhir makan, badan akan mula menggunakan simpanan tenaga untuk memastikan tahap gula dalam darah normal.

Bagi kebanyakan orang, perkara ini tidak membahayakan.

Tetapi jika anda mengalami diabetes (kencing manis), terutamanya jika anda mengambil ubat tablet atau insulin, anda menghadapi risiko hipoglisemia iaitu kadar gula dalam darah terlalu rendah.

Berpuasa boleh meningkatkan risiko hipoglisemia dan dehidrasi.

Selain itu, anda juga mungkin berdepan risiko tahap gula dalam darah yang tinggi atau hiperglisemia berikutan makan berlebihan sebelum dan selepas berpuasa; sewaktu sahur dan berbuka.

Hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi semuanya sangat berbahaya bagi pesakit diabetes.

komplikasi kesihatan

Puasa bagi pesakit diabetes, bolehkah?

Kajian mendapati bahawa 43 peratus daripada pesakit diabetes jenis 1 dan 79 peratus daripada pesakit diabetes jenis 2 daripada 13 negara Muslim berpuasa semasa Ramadan.

Kemampuan dan kelonggaran berpuasa atau tidak bergantung kepada keadaan kesihatan anda. Bagi sesetengah orang yang menghidap diabetes, berpuasa mungkin berbahaya atau menyebabkan masalah kesihatan.

Mereka yang mempunyai diabetes boleh dikecualikan daripada berpuasa, terutamanya jika mempunyai komplikasi kesihatan tertentu seperti kerosakan pada buah pinggang.

Jika anda memilih untuk berpuasa, pastikan anda berbincang dengan doktor anda tentang langkah yang patut diambil bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Doktor anda mungkin mengarahkan agar:

  • Jika anda mengambil insulin, anda akan memerlukan kurang insulin sebelum permulaan puasa
  • Jenis insulin juga mungkin perlu berubah dari jenis biasa anda
  • Insulin pra-campuran tidak disyorkan semasa berpuasa
  • Sebelum memulakan puasa, anda harus mengambil lebih banyak makanan yang diserap secara perlahan (GI rendah), seperti nasi basmati dan kacang dhal, dalam hidangan anda, bersama buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Periksa tahap gula dalam darah anda lebih kerap daripada biasanya
  • Apabila anda berbuka, mulakan dengan sedikit makanan sahaja, dan elakkan hanya makan makanan manis atau berlemak
  • Pastikan anda tidak terlepas sahur pada hari berpuasa
  • Sewaktu berbuka, pastikan anda minum banyak cecair bebas gula dan tanpa kafein untuk mengelakkan dehidrasi

puasa bagi pesakit diabetes

Utamakan keselamatan

Tidak makan ketika mengambil insulin atau ubat-ubatan diabetes yang lain yang mengidap diabetes dapat meningkatkan risiko hipoglikemia (glukosa darah rendah).

Kajian mengenai orang yang menghidap diabetes yang berpuasa pada bulan Ramadan mendapati bahawa risiko dimasukkan ke hospital untuk hipoglikemia meningkat sebanyak 4.7 kali ganda pada pesakit diabetes jenis 1 dan 7.5 kali ganda pada mereka yang mempunyai jenis 2.

Oleh itu, antara perkara paling penting yang perlu diketahui pesakit diabetes ialah bila mereka patut berbuka puasa jika keadaan tidak lagi mengizinkan mereka berpuasa.

Pakar mengesyorkan untuk segera berbuka puasa jika berlaku hipoglisemia (biasanya ditakrifkan sebagai tahap glukosa darah kurang daripada 70 mg / dl) berlaku.

Dalam keadaan tersebut, anda perlu segera berbuka dengan makanan atau minuman yang mengandungi karbohidrat. Ketahui tanda-tanda hipoglisemia seperti banyak berpeluh, muka pucat, cepat marah, lapar, mengantuk dan kurang koordinasi diri.

Anda juga harus segera berbuka dan mendapatkan bantuan perubatan jika kadar glukosa darah melebihi 300 mg / dl. Ketahui tanda-tanda hiperglisemia termasuklah mulut kering, haus, lemah badan, sakit kepala, penglihatan kabur dan kerap kencing.

Sekalipun anda terpaksa berbuka kerana komplikasi kesihatan, jangan bersedih.

Pilihlah untuk mengutamakan kesihatan anda kerana puasa di bulan Ramadan bukanlah untuk menjejaskan kesihatan, sebaliknya agar anda belajar mensyukuri segala nikmat yang anda miliki termasuklah nikmat sihat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/managing-your-diabetes/ramadan. Accessed 15 May 2018.

http://www.diabetesforecast.org/2014/10-oct/safe-fasting-with-diabetes.html.  Accessed 15 May 2018.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2909082/

Can I fast with diabetes during Ramadan?

Practical Guide to Diabetes Management in Ramadan

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 13/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x