Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/05/2020

Anda mengalami sakit perut sehingga muntah-muntah? Itu mungkin simptom keracunan makanan. Jom ketahui cara merawat keracunan makanan

Simptom keracunan makanan

Masalah keracunan makanan berlaku apabila seseorang individu itu mengambil makanan yang tercemar oleh bakteria.

Ia boleh berlaku disebabkan proses penyediaan makanan yang tidak bersih.

Kebanyakan kes keracunan makanan berlaku disebabkan salah 1 daripada 3 punca utama ini, iaitu bakteria, parasit atau virus mahupun toksin yang dihasilkan ketiga-tiga punca ini.

Simptom keracunan makanan adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada puncanya. Tetapi biasanya simptom akan bermula selepas beberapa hari mengambil makanan tercemar. 

Selalunya masalah ini dikategorikan sebagai kes ringan dan tidak memerlukan cara merawat keracunan makanan yang khusus. 

Walau bagaimanapun, sesetengah individu perlu mendapatkan rawatan di hospital jika keadaan menjadi serius seperti kehilangan banyak air akibat kerap muntah dan cirit-birit sepanjang hari. 

Antara simptom keracunan makanan yang biasa dialami adalah seperti:

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit 
  • Demam
  • Kesakitan pada bahagian perut
  • Sakit kepala

Jadi adakah terdapat cara merawat keracunan makanan? Sudah tentulah ada. Teruskan membaca perkongsian artikel ini, okay?

simptom keracunan makanan

Cara merawat keracunan makanan

Kaedah merawat masalah keracunan makanan yang dialami terbahagi kepada 2:

  • Makanan yang perlu diambil
  • Makanan yang perlu dielak

Cara merawat keracunan makanan melalui pemakanan

Selepas mengalami keracunan makanan, matlamat utama makanan yang diambil selepas itu haruslah mudah dihadam dan membantu proses pemulihan sistem gastrousus.

Antara makanan yang sesuai untuk diambil adalah seperti:

  • Pisang
  • Bubur nasi
  • Roti bakar

3 jenis makanan itu dikatakan dapat membantu proses pemulihan kerana rasanya yang tidak begitu kuat serta tinggi kandungan kanji.

Secara tidak langsung ia mengurangkan masalah cirit-birit yang dialami.

Makanan yang tinggi kandungan kalium seperti pisang juga membantu bagi menggantikan sel elektrolit yang hilang.

Makanan lain yang boleh dicuba seperti:

Semakin lama kesakitan akibat keracunan makanan itu dialami, maka semakin banyak protein yang diperlukan untuk proses pemulihan dan pencegahan kerosakan otot akibat tiada makanan dan kalori yang mencukupi.

Bagi menggantikan kehilangan air dalam badan yang banyak, anda mungkin disarankan untuk mengambilan garam hidrasi oral (ORS).

Ia adalah campuran garam khas yang mengandungi elektrolit utama dan berfungsi mengekalkan cecair dalam badan. 

5 Makanan perlu dielak sebagai cara merawat keracunan makanan 

Mengalami keracunan makanan adalah 1 keadaan yang menyebabkan kerengsaan pada perut dan usus.

Kesannya, selepas mengalami keracunan, anda akan dinasihatkan untuk mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan kesakitan pada perut.

Antara jenis makanan yang perlu dielakkan adalah seperti:

  1. Produk tenusu

Jenis makanan seperti keju, aiskrim dan yogurt. Ini kerana makanan tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut. 

elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

  1. Makanan berlemak tinggi

Makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng atau sebarang makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi adalah tidak bagus kerana ia boleh memburukkan lagi masalah cirit-birit yang dialami.

  1. Makanan pedas

Sudah tentu makanan yang pedas bukan pilihan yang baik untuk perut yang sedang sakit. Sekiranya anda memakan makanan seperti ini, masalah sakit perut yang dialami akan semakin serius.

  1. Makanan menyebabkan kembung

Makanan tinggi kandungan karbohidrat yang ditapai. Pakar pemakanan menggelarkannya sebagai FODMAP. 

Ini kerana makanan daripada jenis ini boleh menyebabkan perut kembung bagi individu yang mengalami sindrom usus besar (IBS).

Antara makanan dalam FODMAP termasuk:

  1. Minuman perlu dielakkan

Kesan apabila anda kerap muntah dan cirit-birit, adalah anda akan kehilangan air yang banyak dalam badan. Ia pastinya akan membuatkan anda berasa letih.

Mesti anda terfikir untuk mengambil minuman tenaga bagi mengembalikan semula tenaga anda, bukan?

Walau bagaimanapun, Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) tidak menggalakkan pengambilan minuman tenaga kerana ia tidak dihasilkan untuk mengatasi masalah kehilangan tenaga disebabkan cirit-birit.

Sebaliknya, minuman yang tinggi kandungan gula ini hanya akan memburukkan lagi masalah berkaitan usus dan menyebabkan cirit-birit menjadi lebih teruk.

Hindari juga pengambilan air yang tinggi kandungan kafein seperti kopi atau minuman karbonat.

Rawatan doktor

Langkah-langkah di atas adalah cara merawat keracunan makanan tanpa perlu berjumpa doktor.

Namun jika keadaan semakin teruk, anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan perubatan dengan segera.

elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

Dapatkan rawatan doktor sekiranya anda mengalami simptom seperti:

  • Kekeringan pada bahagian mulut atau kehausan melampau
  • Tidak kencing atau air kencing berwarna pekat
  • Denyutan jantung yang laju
  • Tekanan darah rendah
  • Berasa lemah badan
  • Pening kepala terutamanya apabila bangun dari tidur
  • Mengalami kekeliruan
  • Penglihatan kabur
  • Cirit-birit lebih daripada 3 hari
  • Demam panas melebihi 39℃
  • Muntah secara berterusan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Susah Nak Dapat Stok Hand Sanitizer? Boleh Buat Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Saja

Jika ketiadaan air, gel pembersih tangan adalah pengganti untuk mencegah wabak COVID-19. Tetapi stok sukar didapati di kedai, macam mana? Jom buat sendiri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 23/03/2020

JANGAN Bergantung Pada Hand Sanitizer Saja Untuk Basmi COVID-19, Ini Risiko Anda Tak Sedar!

Ramai orang gemar memakai cecair pencuci tangan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat banyak keburukan hand sanitizer yang tersembunyi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 01/03/2020

Sah! COVID-19 Boleh Tersebar Melalui CIRIT-BIRIT, Bukan Hanya Batuk & Bersin?

Ramai tahu bahawa wabak coronavirus boleh tersebar melalui bersin dan batuk. Tapi sebenarnya ada satu lagi ciri ciri COVID19 yang kita tidak sedar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 20/02/2020

AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

Orang tua yang mengalami jangkitan COVID-19 mudah untuk mendapat komplikasi pneumonia berbanding dengan orang muda. Mengapa ia begitu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 11/02/2020

Artikel lain untuk anda

pinggan viral

Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020
buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020
topeng muka

Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/05/2020
ubat sakit perut cirit birit

Kerap Ke Tandas Selepas Berbuka Puasa? Ini 9 Penawar Cirit Birit ‘Confirm’ Baik Jika Diamalkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/05/2020