backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Tak Semua Sakit Kepala Itu Sebab Migrain, Tapi Ini Petanda Kepala Berdenyut Anda Itu Bahaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/12/2023

    Tak Semua Sakit Kepala Itu Sebab Migrain, Tapi Ini Petanda Kepala Berdenyut Anda Itu Bahaya!

    “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Petikan iklan yang sering disebut apabila berdepan dengan situasi yang memenatkan minda. Namun, apa beza antara sakit kepala biasa dan migrain? Bagaimana tanda migrain yang boleh dikenal pasti?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Masalah Neurologikal, sila dapatkannya di sini. 

    Sakit kepala berdenyut vs migrain

    Sakit kepala adalah satu simptom biasa yang sering dialami kebanyakan individu, apatah lagi apabila selalu berdepan dengan tekanan.

    Tetapi bukan semua sakit kepala adalah kesakitan biasa. Sesetengah rasa sakit pada bahagian kepala itu adalah disebabkan migrain. Tetapi apakah perbezaannya?

    Migrain atau dikenali sebagai Vascular Heahache bukanlah satu penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

    Walau bagaimanapun, kesakitan yang dirasai disebabkan migrain adalah sangat menyakitkan dan mampu membuatkan aktiviti seharian individu terjejas. 

    Sakit kepala jenis migrain ini menjejaskan sehingga 12 peratus daripada populasi umum. Ia lebih kerap menyerang individu wanita berbanding lelaki, dengan 17 peratus serangan kepada individu wanita dan hanya 6 peratus kepada individu lelaki setiap tahun.

    Jenis sakit kepala

    Umumnya, terdapat 10 jenis kesakitan yang boleh dialami, iaitu:

    1. Ketegangan – dicetuskan oleh tekanan yang dihadapi.
    2. Migrain – digambarkan sebagai rasa sakit yang berdenyut kuat pada bahagian dalam kepala dan biasanya terjadi pada sebelah bahagian kepala.
    3. Cluster – mungkin alami rasa seperti terbakar atau kesakitan yang teramat pada bahagian belakang atau sekitar mata. Mungkin muncul rasa berdenyut yang berterusan.
    4. Harian kronik – mengalami sakit ini selama 15 hari atau lebih daripada sebulan.
    5. Sinus atau alahan – rasa sakit yang mendalam dan berterusan pada bahagian tulang hidung, dahi dan bahagian depan kepala. Berlaku apabila, rongga pada bahagian kepala – sinus – alami keradangan.
    6. Selepas trauma – sakit kepala selepas trauma ini berlaku sekitar 2 ke 3 hari akibat kecederaan kepala.
    7. Senaman – berlaku ketika anda sedang bergerak aktif,  sama ada senaman atau melakukan hubungan seksual.
    8. Hormon – kebiasaannya dialami oleh wanita kerana perubahan hormon.
    9. Kafein – individu yang alami migrain akibat penggunaan kafein.
    10. Rebound – turut dikenali sebagai sakit kepala akibat pengambilan ubatan berlebihan.

    Tanda migrain

    Sakit yang berpunca daripada migrain adalah bersifat episodik. Kesakitan berdenyut yang dirasai hanyalah pada bahagian tertentu kepala, sama ada sebelah kanan, kiri atau belakang.

    Adakalanya ia mungkin bermula pada sebelah bahagian sahaja dan akhirnya melarat kepada kedua-dua belah bahagian kepala.

    Secara umumnya, migrain biasanya disertai dengan simptom seperti rasa loya dan muntah. Tanda migrain yang boleh dikenal pasti adalah wujudnya rasa sensitif terhadap cahaya dan juga bunyi.

    Sesetengah individu yang mengalami migrain turut akan menghadapi gejala cirit-birit. 

    tanda migrain

    Pencetus tanda migrain

    Ingin tahu bagaimana migrain berlaku?

    Secara teorinya, neurovaskular menggambarkan migrain sebagai proses neurogenik. Ini terutamanya  perubahan sekunder dalam cerebral perfusion yang berkaitan dengan keradangan neurogenik steril.

    Dalam teori ini, migrain adalah proses neurogenik utama dengan perubahan sekunder dalam perfusi serebrum (cerebral perfusion).

    Mempunyai sejarah keluarga dengan masalah migrain boleh menjadi faktor paling utama peningkatan kecenderungan untuk anda mengalaminya.

    Sakit berpunca daripada migrain ini berlaku disebabkan beberapa keadaan spesifik.

    Berikut adalah beberapa perkara yang boleh mengakibatkan tanda migrain, seperti:

    Cara mengatasi tanda migrain

    Pengambilan ubatan seperti paracetamol atau ubat penahan sakit setiap kali diserang tanda migrain adalah tidak bagus.

    Malahan penggunaan ubatan secara berterusan dan kerap boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil medication overuse headache (MOH). Jadi sebaiknya elakkan daripada bergantung sepenuhnya kepada ubat penahan sakit. 

    Terdapat beberapa kaedah tanpa ubatan boleh dilakukan bagi mengurangkan kecenderungan mengalami tanda migrain, iaitu:

    • Mengenal pasti faktor pencetus dan menghindarinya
    • Menjaga aspek pemakanan dan memperbanyakkan minum air kosong
    • Mendapatkan rehat yang secukupnya dan berkualiti
    • Melakukan aktiviti fizikal dan bersenam secara berkala

    tanda migrain

    Konklusinya 

    Sakit kepala disebabkan migrain ini boleh dicegah atau dikurangkan daripada berlaku. Kuncinya, anda harus mengamalkan gaya hidup sihat dan seimbang. Jadi kalau tidak mahu migrain, jagalah diri anda sebaiknya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan