backup og meta

4 Cara Mudah Cegah Ulser Kaki Akibat Diabetes! Kena Pakai Kasut Sesuai?

4 Cara Mudah Cegah Ulser Kaki Akibat Diabetes! Kena Pakai Kasut Sesuai?

Umum sudah tahu bahawa penyakit kencing manis boleh bawa banyak jenis komplikasi bahaya dan antara yang jadi mimpi ngeri buat pesakit adalah ulser kaki. Justeru, setiap pesakit harus mengambil berat penjagaan kaki diabetes.

Ini kerana kondisi itu biasa dan boleh terjadi kepada penderita kencing manis sama ada mereka sedar atau tidak sekali gus meningkatkan risiko kaki tidak dapat diselamatkan.

Persoalannya, apa dan bagaimana untuk elak ulser kaki serta bagaimana penjagaan kaki diabetes ini? Jom teruskan membaca!

Penjagaan kaki diabetes: Apa itu ulser kaki?

Untuk pengetahuan anda semua, ia merupakan kondisi di mana ulser mula muncul pada kaki pesakit kencing manis akibat daripada luka yang lambat atau tidak dirawat.

Ia adalah antara komplikasi berbahaya yang mungkin akan berlaku jika kadar gula dalam darah penderita diabetes itu terlalu tinggi serta tidak terkawal (hiperglikemia).

Apa yang jadi kebimbangan di sini adalah ia biasa dan boleh terjadi tanpa anda sedar kerana individu dengan diabetes cenderung tidak rasa sakit pada kaki jika ada luka.

Angkara kerosakan saraf neuropati diabetik, kebanyakan kes ulser kaki terjadi akibat luka pada kaki yang terbiar kerana mereka tidak tahu atau perasan tentang penjagaan kaki diabetes.

Jika dibiarkan begitu sahaja, maka ulser ini mungkin tidak lagi mampu untuk sembuh sendiri selain tinggi risiko mendapat jangkitan dan seterusnya kaki perlu dipotong (amputasi).

penjagaan kaki diabetes

Bagaimana penjagaan kaki diabetes dan cara cegah ulser kaki?

Disebabkan itu pula, pesakit kencing manis wajar untuk mengambil inisiatif yang perlu dalam usaha penjagaan kaki diabetes dan mencegah ulser daripada berlaku dan menyelamatkan kaki anda.

Berikut adalah antara petua yang anda boleh cuba amalkan untuk cegah kondisi ini daripada berlaku:

#1. Elak melakukan aktiviti yang lasak

Tidak dinafikan bahawa aktiviti fizikal seperti bersukan atau bersenam juga adalah cara untuk mengawal kadar gula dalam darah anda namun anda perlu berwaspada.

Ini kerana ada banyak jenis aktiviti lasak yang mungkin boleh meningkatkan risiko untuk tubuh badan anda mengalami kecederaan terutamanya pada bahagian kaki.

Contohnya, ketika anda bermain bola sepak, futsal atau lain-lain olahraga yang sudah pasti akan beri tekanan pada kaki lebih-lebih lagi dengan kasut yang tidak sesuai.

Disebabkan itu juga, anda harus lebih bijak untuk memilih aktiviti fizikal yang kurang lasak lagi sihat seperti yoga, tai chi, zumba dan sebagainya agar kurang risiko.

Dengan ini, maka anda mampu mengelak daripada berlaku sebarang kecederaan berupa lecet atau luka yang seterusnya mungkin boleh bawa kepada masalah ulser pada kaki.

#2. Penjagaan kaki diabetes, sentiasa pakai kasut yang sesuai

penjagaan kaki diabetes

Perkara paling utama adalah kasut yang anda pakai itu mesti sesuai dari segi saiz kerana ia tidak boleh terlalu ketat atau terlalu longgar atau kesan buruk akan datang.

Memandangkan panjang dan lebar kaki anda itu mungkin akan berubah seiring usia, maka sila ukur saiz kaki anda setiap kali ingin membeli dan memakai kasut yang baru.

Sebenarnya, saiz kasut yang paling sesuai adalah apabila ia ada jarak sekurang-kurangnya setengah inci daripada kaki anda kerana kasut tidak boleh melekat pada kaki.

Begitu juga jika anda pakai sarung kaki. Sila pastikan stoking yang anda gunakan itu sentiasa bersih, kering serta sesuai saiznya agar darah dapat terus mengalir dengan baik.

Dengan ini, maka anda mampu mengelak tekanan daripada kasut yang membuat kulit kaki melecet sekali gus mengurangkan risiko luka dan seterusnya ulser pada kaki.

#3. Kerap periksa kaki dari masa ke masa

Pakar menyarankan penjagaan kaki diabetes adalah agar anda kerap periksa kaki dari masa ke masa untuk lihat jika ada sebarang luka, lecet, nanah atau sebarang keabnormalan lain pada kaki anda.

Ini terutamanya jika anda ada penyakit kencing manis kerana daripada kecederaan yang serba kecil itulah mungkin akan jadi punca kepada masalah ulser kaki.

Oleh itu, anda perlu periksa kaki sekurang-kurangnya sekali sehari untuk melihat sebarang tanda jangkitan, kemerahan atau kebengkakan pada sekitar kawasan kaki.

penjagaan kaki diabetes

#4. Rawat kondisi diabetes yang dialami

Akhir sekali, sebenarnya ulser kaki adalah bermula daripada penyakit itu sendiri. Ia sekali gus menunjukkan bahawa anda perlu rawat kondisi ini terlebih dahulu dan menitikberatkan penjagaan kaki diabetes.

Caranya, sila rawat, jaga dan kawal kadar gula dalam darah tubuh badan anda itu daripada menjadi terlalu tinggi dengan mengamalkan diet dan gaya hidup yang lebih sihat.

Jika anda ada sebarang masalah atau komplikasi berkaitan penyakit ini, maka sila segera berjumpa doktor untuk berkomunikasi dan mendapatkan konsultasi sebelum terlambat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetic foot ulcer, https://dermnetnz.org/topics/diabetic-foot-ulcer, Accessed Nov 2 2021.
  2. Preventing Diabetic Foot Ulcers, https://nyulangone.org/conditions/diabetic-foot-ulcers-in-adults/prevention, Accessed Nov 2 2021.
  3. Diabetic Foot Ulcers: Prevention, Diagnosis and Classification,
    https://www.aafp.org/afp/1998/0315/p1325.html, Accessed Nov 2 2021.
  4. Frequently Asked Questions: Diabetic Foot Ulcers, https://www.uofmhealth.org/conditions-treatments/podiatry-foot-care/frequently-asked-questions-diabetic-foot-ulcers, Accessed Nov 2 2021.
  5. Foot Ulcers, https://www.diabetes.co.uk/diabetes-complications/diabetic-foot-ulcers.html, Accessed Nov 2 2021.

Versi Terbaru

20/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Selalu Rasa Kebas Pada Tangan Dan Kaki? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Tanda Diabetes!

Kaki Kebas Ada Kaitan Dengan Kencing Manis? Jangan Pandang Remeh!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan