Selepas latihan
Walaupun selepas mengambil senaman intensiti sederhana, anda masih perlu menyemak paras glukosa darah anda dengan kerap kerana bagi pesakit diabetes jenis 1, tahap glukosa darah boleh menurun walaupun 48 jam setelah tamat senaman.
Kelebihan melakukan senaman
- Menguatkan tulang dan otot;
- Mengurangkan risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser;
- Memperbaiki koordinasi, keseimbangan, kekuatan, dan ketahanan;
- Boleh meningkatkan tahap tenaga anda;
- Membantu insulin bekerja dengan lebih baik di dalam badan, yang membantu tahap gula dalam darah berada dalam lingkungan yang sihat;
- Membakar kalori, yang membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat – melegakan ketegangan dan tekanan, melegakan anda, dan meningkatkan mood anda;
- Mengajar anda tentang kerja berpasukan, persaingan, dan keberanian.
Mengubah gaya hidup anda dengan lebih banyak senaman mungkin sukar bagi sesetengah individu pada peringkat permulaan. Tetapi kebanyakan individu menyatakan bahawa apabila mereka mula merasai manfaatnya, mereka akan terus menyukai senaman tersebut. Walaubagaimanapun, disebabkan masalah keselamatan, anda harus berjumpa dengan doktor untuk mengetahui pelan senaman yang paling sesuai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen