Kesan gula tinggi dalam darah bukan hanya melibatkan komplikasi biasa sahaja, tetapi ia juga boleh beri kesan kepada sistem penghadaman. Kenali gastroparesis, gangguan saluran pencernaan kesan gula tinggi dalam badan.
Kesan gula tinggi dalam darah bukan hanya melibatkan komplikasi biasa sahaja, tetapi ia juga boleh beri kesan kepada sistem penghadaman. Kenali gastroparesis, gangguan saluran pencernaan kesan gula tinggi dalam badan.

Mungkin penghidap diabetes sendiri tidak pernah mendengar apakah itu gastroparesis.
Tahukah anda, paras gula darah yang tinggi sebenarnya boleh menyebabkan penyakit ini.
Gastroparesis merupakan satu gangguan terhadap sistem pencernaan tubuh, di mana makanan yang dimakan kekal berada di dalam perut untuk satu tempoh masa yang lama.
Hal ini berlaku kerana saraf yang menggerakkan makanan melalui saluran pencernaan sudah mengalami kerosakan.
Ini menjadikan otot tidak dapat berfungsi dengan baik.

Gastroparesis yang merupakan kesan gula tinggi dalam badan ini boleh menunjukkan beberapa tanda atau simptom.
Antara simptom utamanya ialah:
Kesan gula dalam darah yang terlalu tinggi dan kronik adalah kerosakan kepada salur darah kecil dan juga saraf.
Apabila ia melibatkan saraf vagus yang mengawal pergerakan persitalsis perut, ia akan menyebabkan makanan kekal dalam perut lebih lama dan mengakibatkan simptom-simptom gastroparesis.
Mereka yang mempunyai diabetes merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan gula tinggi dalam badan seperti ini.
Ini kerana penyakit diabetes itu sendiri menjadi punca kepada kerosakan saraf yang berada di dalam perut.
Selain itu, terdapat juga beberapa penyakit lain yang turut menyebabkan gastroparesis. Antaranya ialah:
Selain itu, pembedahan esofagus atau pembedahan perut juga boleh menyebabkan gangguan ini.
Begitu juga dengan kesan ubat-ubatan tertentu yang menyebabkan pencernaan makanan menjadi lebih perlahan.

Apabila makanan yang kita makan tidak dicerna dalam tempoh yang sepatutnya, ia boleh menyebabkan rasa kenyang atau kembung perut.
Bagi mereka yang menghidap diabetes, gastroparesis boleh menyebabkan masalah besar memandangkan makanan yang tidak dicerna ini boleh menyebabkan kesukaran mengawal paras gula.
Gangguan gastroparesis menyebabkan proses pencernaan agak sukar untuk dikesan dan menyebabkan bacaan gula darah menjadi berubah-ubah.
Selain itu, makanan yang berada terlalu lama di dalam perut akan mengalami penapaian dan menyebabkan pertumbuhan bakteria di dalam perut.
Makanan yang berada dalam perut terlalu lama juga boleh mengeras dan membentuk pepejal yang disebut sebagai ‘bezoar’.
Jika bezoar ini terbentuk, ia boleh menyekat perut dan menghalang makanan daripada bergerak ke kawasan usus kecil.
Jika anda hadir berjumpa dengan doktor, doktor akan melakukan beberapa ujian untuk mengesahkan kesan gula tinggi dalam darah dan keadaan anda.
Antara ujian tersebut ialah:
Terdapat beberapa langkah dan juga rawatan yang boleh anda lakukan jika mengalami gangguan ini.
Pertama sekali adalah membuat perubahan kepada diet atau pemakanan anda.
Ramai individu boleh mengawal gastroparesis melalui perubahan pelan pemakanan.
Antara tip yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan kesan gula tinggi dalam darah ialah:

Sesetengah penghidap gastroparesis juga mungkin perlu mengambil ubat-ubatan untuk merangsang otot perut.
Ada juga beberapa jenis ubatan yang boleh digunakan untuk mengawal rasa loya dan muntah-muntah.
Kesan gula tinggi dalam darah ini sememangnya boleh menyebabkan gastroparesis.
Oleh itu, cuba ikuti tip pemakanan yang telah dinyatakan di atas bagi membantu anda mengawal masalah gastroparesis ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
30/05/2024
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz