Yang Selalu Diabaikan: Menyahut Keperluan Sokongan untuk Diabetes Jenis 1 di Asia Tenggara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Muna, anak 3 tahun yang ceria dan becok mula menunjukkan masalah yang merisaukan kedua ibu bapanya. Dia perlu menukar lampin hampir setiap 2-3 jam, menjadi kerap dahaga, lapar dan lesu. Kejadian ketoasidosis mengejut dan rawatan kecemasan di hospital mendedahkan sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kedua ibu bapanya, dia menghidap diabetes.

Pada usia 7 tahun, Muna belajar menghitung karbohidrat dan mengira insulin yang diperlukannya. Dia belajar untuk menghadapi diabetes dengan sokongan daripada keluarganya. Kisah seperti Muna mungkin jarang didengari kerana diabetes jenis 1 hanya melibatkan kira-kira 5-10% daripada semua kes diabetes. Walau bagaimanapun, kejadiannya terus meningkat di seluruh dunia.

Diabetes jenis 1 tetap merupakan masalah kronik yang serius, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dengan kebanyakan kes didapati pada usia 5-7 tahun dan pada masa akil baligh atau sekitarnya. Dikenal dengan dua subjenis, jenis 1A disebabkan oleh reaksi autoimun yang menjejaskan keupayaan pankreas menghasilkan insulin. Sementara yang jarang berlaku, jenis idiopatik atau 1B didapati kebanyakannya berlaku pada individu berketurunan Asia atau Afrika tanpa sebab yang diketahui.

Tahun ini, Hari Diabetes Dunia disambut pada 14 November 2018 – tema ‘Keluarga dan Diabetes’ menyerlahkan peningkatan kadar kencing manis apabila semakin banyak keluarga yang terkesan olehnya di seluruh dunia. Hari Diabetes Dunia adalah kempen kesedaran diabetes terbesar di dunia yang mencapai khalayak global lebih daripada 1 bilion orang di lebih 160 negara. Kempen ini memberi perhatian kepada isu-isu yang amat penting dalam populasi diabetes dan memastikan diabetes diberi perhatian dalam tumpuan awam dan politik.

Dalam zaman peningkatan obesiti, epidemik diabetes jenis 2 sering kali mengaburi implikasi kesihatan dan cabaran diabetes jenis 1. Di Asia Tenggara, keperluan untuk memberi sokongan kepada diabetes jenis 1 sangat terabai.

Dalam meraikan Hari Diabetes Dunia 2018, Hello Health Group, kumpulan platform teknologi kesihatan utama di rantau Asia Tenggara, bekerjasama dengan Action4Diabetics dalam menyampaikan maklumat dan menangani isu-isu sebenar mengenai diabetes jenis 1 kepada orang awam, terutamanya dalam negara rendah sumberdaya.

diabetes jenis 1
Antara salah satu acara mengumpul dana yang dianjurkan oleh A4D, Ogos lepas di Barcelona, berjaya meraih USD71,000 yang akan disalurkan kepada penerima manfaat di negara-negara ASEAN

Charles Toomey, pengasas Action4Diabetics (A4D), menjelaskan “Terdapat kira-kira 400,000 orang yang hidup dengan diabetes jenis 1 di UK. Itu adalah sekitar 1 dalam setiap 160 orang. Sementara pengalaman saya di Myanmar telah mengajar saya bahawa dalam kalangan pakar kesihatan sekalipun, kadar bilangan kanak-kanak dengan diabetes jenis 1 tidak diketahui. “

Didorong oleh idea asas bahawa pesakit dengan diabetes jenis 1 sepatutnya dapat menjalani kehidupan yang memuaskan dan aktif tanpa mengira asal usul mereka, A4D adalah badan amal terkehadapan berkaitan diabetes jenis 1 yang didaftarkan di UK, bertujuan untuk menyediakan penjagaan dan sokongan penting kepada golongan muda dengan keadaan tersebut di Asia Tenggara.

Menyedari keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang keadaan yang selalu diabaikan ini, James Milles-Lambert, Ketua Pegawai Eksekutif Hello Health Group berkata: “Kami komited untuk menyediakan akses kepada maklumat kesihatan berkaitan diabetes jenis 1 ke rantau ASEAN supaya pesakit dan keluarga yang terlibat dapat membuat keputusan yang lebih baik dalam menguruskan keadaan ini. “

diabetes jenis 1
Hello Health Group menerusi Hello Doktor di Malaysia, akan sentiasa berusaha merinits kesedaran dan promosi kesihatan, agar rakyat dapat membuat pilihan terbaik mengenai aspek kesihatan dalam hidup mereka


Selain daripada maklumat mengenai diabetes jenis 1, Hello Health Group juga menyediakan pelbagai kandungan berkaitan lebih 10,000 topik berkaitan Keadaan Kesihatan, Ujian Perubatan, Pembedahan, Ubat, Herba, Pemakanan, Keluarga & Kehamilan dan Gaya Hidup Sihat.

Di Malaysia, Hello Health Group boleh diakses menerusi portal berbilang bahasa (dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia), Hello Doktor di https://hellodoktor.com dan https://hellodoktor.com/ms untuk laman Bahasa Malaysia.

Sementara A4D sedang dalam usaha berterusan untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit diabetes jenis 1 di Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.action4diabetics.org/

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

    Tidak mustahil jika ada yang mengalami reaksi alergi terhadap vaksin COVID-19. Namun, apa yang berlaku jika anda tidak boleh mengambil vaksin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    jenis sakit mata

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan