Berapakah jangka hayat diabetes di Malaysia?
Diabetes atau kencing manis jenis 1 adalah gangguan yang dicirikan oleh paras gula darah yang tidak normal. Dalam diabetes jenis ini, sel khusus dalam pankreas yang dipanggil sel beta berhenti menghasilkan insulin. Insulin mengawal berapa banyak glukosa (sejenis gula) yang dimasukkan daripada darah kepada sel untuk penukaran kepada tenaga. Kekurangan insulin mengakibatkan ketidakmampuan untuk menggunakan glukosa untuk penghasilan tenaga atau mengawal jumlah gula dalam darah.
Fakta mengenai diabetis jenis 1
- Ia menyerang sesiapa sahaja
- Ia tidak boleh diubati, keadaan sepanjang hayat
- Majoriti pesakit didiagnosis antara umur 5 – 15 tahun.
- Sekiranya tidak dirawat, ia membawa kepada komplikasi perubatan serius yang mengancam nyawa, termasuk buta, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf, dan penyakit jantung dan saluran darah.
Kadar kelangsungan hidup bagi diabetes jenis 1?

Pada tahun 1920-an, insulin telah ditemui dan tersedia untuk digunakan. Dengan itu, jangka hayat diabetis jenis 1 naik secara dramatik. Dengan insulin yang lebih baik, pemeriksaan gula di rumah, dan diet rendah karbohidrat, seseorang hidup lebih lama.
Satu kajian daripada Universiti Pittsburgh, yang diterbitkan pada tahun 2012, mendapati bahawa orang yang menghidap diabetes Jenis 1 selepas 1965 mempunyai jangka hayat 69 tahun. Ini berbanding dengan jangka hayat ketika lahir, kira-kira 76 tahun untuk lelaki dan 81 tahun untuk wanita dalam populasi umum di A.S.
Manakala satu kajian baru mengenai kira-kira 25,000 orang dengan Jenis 1 di Scotland mendapati bahawa lelaki dengan diabetes jenis 1 kehilangan kira-kira 11 tahun jangka hayat, dan wanita kira-kira 13 tahun berbanding mereka yang tiada penyakit.
Bagaimanapun, kesemuanya bergantung kepada kawalan gula. Diabetes yang dikawal dengan baik mungkin mempunyai sedikit kesan pada jangka hayat.
Bolehkah penyakit kencing manis sembuh?
Penyakit kencing manis tidak boleh sembuh sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal. Kawalan yang baik melalui pemakanan sihat, senaman, ubat atau insulin boleh membantu pesakit hidup normal dan elak komplikasi.
Dalam sesetengah kes, terutamanya diabetes jenis 2, remisi boleh berlaku iaitu paras gula normal tanpa ubat, tetapi penyakit masih ada secara asasnya.
Diabetes jenis 2 boleh sembuh?
Tidak boleh sembuh secara mutlak, tetapi boleh masuk fasa remisi jika pesakit menurunkan berat badan, jaga diet dan kekal aktif. Remisi bermaksud paras gula darah kembali normal tanpa ubat, namun ia perlu dikekalkan dengan gaya hidup sihat.
Tanda kencing manis terlalu tinggi
-
Kerap kencing, terutama waktu malam
-
Cepat haus dan lapar walaupun sudah makan
-
Penglihatan kabur
-
Badan letih atau lesu
-
Luka lambat sembuh
-
Rasa kebas atau mencucuk pada tangan dan kaki
-
Berat badan menurun tanpa sebab jelas

Kesan diabetes jenis 2
-
Kerosakan saraf (neuropati), terutama di tangan dan kaki
-
Masalah buah pinggang (nefropati) hingga tahap kegagalan buah pinggang
-
Penyakit jantung dan strok
-
Masalah penglihatan termasuk risiko buta
-
Luka lambat sembuh, risiko jangkitan dan potong anggota
-
Masalah seksual seperti mati pucuk atau kurang libido
[embed-health-tool-bmi]