Ramai daripada kita sebenarnya mungkin tidak menyedari bahawa kita menghidap diabetes. Ini kerana kita tidak pernah membuat pemeriksaan diabetes sehinggalah tanda diabetes mula muncul. Bilakah kita sepatutnya membuat pemeriksaan kencing manis ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.
Kadar kekerapan penyakit kencing manis di Malaysia
Berdasarkan kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan sekitar 3.5 juta individu telah disahkan menghidap penyakit diabetes di negara ini.
Ini tidak termasuk mereka yang mempunyai penyakit ini tetapi belum lagi dikesan atau disahkan.
Ini menjadikan sekitar 1 bagi setiap 5 penduduk di Malaysia mempunyai penyakit kencing manis.
Sebelum ini, penyakit diabetes atau kencing manis ini merupakan jenis ‘penyakit orang tua’, kerana kekerapan ia berlaku adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang telah berusia.
Tidak dinafikan bahawa terdapat kes diabetes yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak atau remaja yang berpunca daripada faktor genetik.
Oleh sebab itu, wujud cadangan agar pemeriksaan kencing manis ini dilakukan pada peringkat umur yang lebih awal.
Bagaimana pemeriksaan diabetes dijalankan?
Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan sebagai pemeriksaan kencing manis di hospital atau klinik.
Berikut adalah kaedah pemeriksaan diabetes yang digunakan oleh doktor perubatan:
Pemeriksaan gula darah
Bagi mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit diabetes tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit ini, ujian kapilari darah akan dilaksanakan.
Sekiranya bacaan yang diperoleh itu menunjukkan nilai lebih daripada 5.6, maka anda perlu menjalani satu lagi ujian iaitu ujian plasma glukosa.
Melalui kaedah ini, darah akan diambil dengan kadar yang lebih banyak iaitu melalui urat darah anda.
Ujian gula darah berpuasa atau FBS
Ujian ini akan dilakukan setelah anda diminta oleh doktor untuk berpuasa semalaman atau dalam tempoh 8 hingga 12 jam.
Bagi mereka yang mempunyai diabetes pula, tubuh badan tidak berkemampuan untuk menyeimbangkan paras gula darah ini lalu menyebabkan ia kekal berada pada paras yang tinggi.
Sekiranya bacaan gula darah berpuasa anda melebihi 7.0, maka anda boleh disahkan menghidap penyakit diabetes.
Bagi mereka yang mempunyai simptom kencing manis, satu kali bagi ujian ini sudah mencukupi untuk mengesahkan kewujudan penyakit tersebut.
Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai simptom kencing manis, dua kali ujian FBS diperlukan untuk mengesahkan anda menghidap penyakit ini.
Ujian toleransi gula atau OGTT
Ujian OGTT biasa dilakukan dalam kalangan mereka yang mempunyai bacaan gula darah yang normal ketika berpuasa namun mempunyai beberapa tanda klinikal bagi penyakit diabetes.
Antaranya ialah paras gula yang tinggi dalam air kencing, kerap membuang air kecil dan kerap berasa dahaga.
Melalui ujian ini, sampel darah akan diambil sebanyak tiga kali dan dilaksanakan dengan cara seperti berikut:
- Sampel darah pertama akan diambil ketika anda berpuasa. Tujuannya adalah untuk menilai bacaan gula darah anda sewaktu anda berpuasa
- Sampel darah kedua pula akan diambil setelah anda meminum air glukosa atau air gula yang diberikan oleh doktor. Ia akan diambil dalam tempoh 1 jam selepas anda meminum air gula tersebut
- Sampel darah ketiga pula akan diambil dalam tempoh 2 jam selepas anda meminum air gula tersebut
Praktis pada masa sekarang hanya akan mengambil sampel darah ketika anda berpuasa dan 2 jam setelah anda meminum air gula.
Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk melihat kemampuan tubuh anda menyerap dan mengawal kandungan glukosa dalam tubuh.
Golongan obes, berlebihan berat badan perlu melakukan pemeriksaan diabetes
Awal tahun ini, U.S. Preventive Services Task Force telah mencadangkan satu cadangan baharu berkenaan had umur untuk melakukan pemeriksaan kencing manis.
U.S. Preventive Services Task Force mencadangkan agar umur permulaan bagi menjalani pemeriksaan diabetes dan pradiabetes diturunkan kepada 35 tahun daripada 40 tahun sebelum ini.
Cadangan tersebut melibatkan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau mereka yang obes. Ia juga perlu dilakukan sehingga umur 70 tahun.
Cadangan ini berkait rapat dengan trend semasa yang membimbangkan di mana lebih ramai golongan muda mendapat diabetes di seluruh dunia.
Oleh itu, pemeriksaan diabetes perlulah dilaksanakan lebih awal daripada had umur sebelum ini.
Jangan bertangguh dan lakukan pemeriksaan lebih awal
Jika nilai BMI anda melebihi 30, maka anda dikategorikan sebagai obes.
Kedua-dua golongan ini amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan kencing manis lebih awal memandangkan obesiti adalah faktor risiko bagi penyakit diabetes.
[embed-health-tool-bmi]