backup og meta

Pesakit Diabetes Kena Ikut 8 Panduan Ini Kalau Nak Makan Di Luar, Baru Gula Darah Terkawal!

Pesakit Diabetes Kena Ikut 8 Panduan Ini Kalau Nak Makan Di Luar, Baru Gula Darah Terkawal!

Pesakit diabetes mungkin menghadapi sedikit kesukaran apabila hendak makan di luar. Ini kerana, menu makan untuk kencing manis di luar biasanya tidak begitu sesuai dengan keadaan semasa pesakit diabetes. Tidak kira sama ada sarapan, makan tengah hari atau menu makan malam untuk pesakit kencing manis, hampir kesemuanya tidak begitu selamat untuk dimakan.

Jadi apa perlu buat kalau hendak makan di luar?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Tip pilih menu makan untuk kencing manis ketika di luar

Anda tidak perlu risau kerana jika anda tahu apa yang perlu dilakukan, maka anda masih boleh menikmati makan di luar bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Lihat tip di bawah ini:

#1. Rancang lebih awal

Jika anda pergi ke restoran, cuba lihat menu-menu yang ada di restoran tersebut menerusi laman web atau laman media sosial mereka.

Anda boleh melihat beberapa pilihan menu makan untuk kencing manis yang sesuai dengan keadaan penyakit anda.

Apabila tiba di restoran, minta restoran untuk memasak makanan anda dengan kurang kandungan gula, garam dan juga lemak.

#2. Pilih menu yang dimasak dengan kaedah lebih sihat

Sup ayam dengan rendah gula merupakan menu enak yang sesuai untuk pesakit diabetes.
Sup ayam dengan rendah gula merupakan menu enak yang sesuai untuk pesakit diabetes.

Biasanya, kita akan memesan makanan yang bergoreng seperti nasi goreng, mi goreng atau bihun goreng.

Namun, bagi menjaga kesihatan anda, pilihlah menu yang dimasak dengan kaedah kukus, panggang, bakar atau rebus.

Contoh menu makanan untuk diabetes Malaysia ialah ayam panggang, sup ayam atau ikan stim.

Selain itu, minta daging ayam bahagian dada untuk mengurangkan pengambilan lemak dan kurangkan penggunaan minyak dalam hidangan anda.

#3. Pilih makanan dengan saiz kecil

Biasanya, restoran akan menghidangkan makanan dengan saiz hidangan yang agak banyak.

Bagi mereka yang menghidap diabetes, elakkan saiz hidangan sebegini dan cuba ambil hidangan seperti ketika anda di rumah.

Pilih makanan dengan saiz hidangan yang kecil atau anda boleh berkongsi makanan dengan orang lain.

Anda juga boleh cuba untuk makan secara perlahan-lahan agar perut cepat berasa kenyang.

#4. Makan untuk kencing manis: Jangan order add-on

Menu "add on" seperti sos keju akan meningkatkan kalori anda.
Menu “add on” seperti sos keju akan meningkatkan kalori anda.

Pada masa kini, terdapat pelbagai hidangan add-on yang tersedia walaupun di kedai-kedai makan yang kecil.

Elakkan penambahan makanan lain atau sos yang bukan sahaja menambahkan kalori, tetapi juga membahayakan kesihatan anda. 

#5. Ambil air masak sahaja

Walaupun terdapat banyak pilihan minuman di restoran, jangan sesekali untuk mencubanya. Pesan sahaja air kosong sejuk untuk diminum.

Jika mahukan sedikit perisa, anda boleh pesan air limau ais tanpa gula atau teh kosong tanpa gula. 

#6. Makan untuk kencing manis: Ambil buah-buahan sebagai pencuci mulut

Buah-buahan segar membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah tanpa dimakan bersama asam, kicap dan lain-lain.
Buah-buahan segar membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah tanpa dimakan bersama asam, kicap dan lain-lain.

Untuk pencuci mulut pula, elakkan segala jenis pencuci mulut yang manis, tinggi gula dan tinggi lemak.

Gantikan dengan buah-buahan segar tanpa tambahan bahan-bahan lain seperti serbuk asam, susu, gula, kicap dan lain-lain lagi.

Elakkan juga koktel buah viral yang sebenarnya tidak menyihatkan. 

#7. Banyakkan lauk berasaskan sayur

Sayur-sayuran amat penting dalam menu makan untuk kencing manis. Ini kerana, ia tinggi dengan kandungan serat dan membantu dalam mengawal paras gula darah anda.

Pesan hidangan sayur yang dimasak dengan kaedah yang sihat seperi sayur pak choy kukus, sup sayur atau yang digoreng dengan minyak dan garam yang sedikit. 

#8. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Jika boleh, kurangkan pengambilan sumber karbohidrat di kedai makan.

Senarai tersebut boleh diikuti oleh pesakit diabetes untuk membeli belah di pasar raya.
Senarai tersebut boleh diikuti oleh pesakit diabetes untuk membeli belah di pasar raya.

Elakkan pengambilan nasi, mi, bihun atau roti secara berlebihan dan hanya mengikut saiz hidangan yang disarankan oleh doktor sahaja.

Elakkan juga jenis ubi-ubian seperti kentang kerana ia juga tinggi karbohidrat yang boleh menyebabkan paras gula anda meningkat. 

Kesimpulan

Tidak kira sama ada anda makan di rumah mahu pun di luar, anda masih perlu mematuhi tabiat atau rutin pemakanan anda dengan cara yang sama.

Jika makan di luar, anda mungkin perlu lebih berhati-hati kerana anda tidak boleh mengawal kandungan bahan-bahan yang dimasukkan dalam hidangan anda.

Namun, anda masih boleh mengikuti panduan yang kami sediakan di atas apabila hendak makan di luar tidak kira untuk sarapan atau makan malam untuk pesakit kencing manis. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pendidikan Kesihatan Untuk Pesakit Diabetes di Klinik Kesihatan. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Diabetes/Diabetes_education_Flipchart,_2010.pdf. Accessed on January 11, 2022. 

Eating at Restaurants When You Have Diabetes. https://kidshealth.org/en/teens/eating-out-diabetes.html. Accessed on January 11, 2022.

Make Healthy Choices at a Fast-Food Restaurant. https://diabetes.org/healthy-living/recipes-nutrition/eating-well/healthy-choices-fast-food. Accessed on January 11, 2022.

Eating Out with Diabetes. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/out-and-about/eating-out-with-diabetes. Accessed on January 11, 2022.

Diabetes nutrition: Eating out when you have diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/diabetes-nutrition/art-20047665. Accessed on January 11, 2022.

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Demam Diabetes? Ada 3 Sebab Orang Kencing Manis Selalu Alami Demam!

Individu Dengan Kencing Manis Kena Rajin Mandi Air Panas, Ada Manfaat Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan