Tip Menguatkan Jalinan Antara Bapa dan Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap kali berbicara mengenai jalinan, ia mesti merujuk kepada perasaan kasih dan sayang sesama individu. Bagi ibu bapa, tiada apa yang lebih penting daripada jalinan yang terhubung antara mereka dengan anak-anak. Mungkin bagi seorang ibu, ia lebih mudah kerana mereka lebih banyak meluangkan masa dengan anak mereka. Namun, bagaimanakah bagi seorang bapa?

Ada bapa yang mampu menjalinkan hubungan bersama anak mereka seawal usia bayi mereka lagi. Namun begitu, kebanyakannya memerlukan masa yang lebih lama dan ini adalah normal. Ini kerana sebagai seorang bapa, anda juga memerlukan masa untuk menerima hakikat bahawa isteri anda bukan kepunyaan anda seorang lagi dan anda perlu membantu mereka sepanjang tempoh mereka pulih daripada melahirkan anak. Anda sendiri juga pasti letih dan tidak dapat tidur secukupnya kerana membantu pasangan menjaga anak anda. Oleh itu, anda tidak perlu memaksa kerana jalinan ini akan terjalin juga walaupun agak lambat.

Kajian saintifik mengenai jalinan

Kajian menunjukkan bahawa bapa yang berada di sisi pasangan ketika kelahiran bayi akan mengalami perasaan yang sama seperti dialami ibu. Selepas sahaja bayi lahir, seorang bapa seharusnya terus memeluk dan merangkul bayi agar perasaan kasih sayang itu lahir secara semulajadi.

Banyak kajian terbaharu yang mencadangkan seorang bapa perlu mengekalkan hubungan yang rapat dengan anak mereka ketika berusia awal bulan lagi. Ini akan membuat hubungan mereka dengan anak menjadi lebih rapat dewasa kelak. Oleh itu, seawal bayi masih berada dalam perut lagi, tidak salah untuk berbual dengan anak anda agar mereka dapat mengenali suara anda. Ini juga dapat membina ikatan kepercayaan sesama anda dan bayi.

Antara kajian lain daripada Canada pula mencadangkan bahawa bakal bapa sebenarnya kan mengalami perubahan daripada hormon dan biologi yang akan menyediakan mereka ke alam keibubapaan. Kajian ini mengatakan bahawa testosteron bakal bapa akan menurun manakala hormon prolaktin dan kortisol yang berkait rapat dengan kehamilan, akan meningkat dalam tempoh tiga minggu sebelum bayi dilahirkan.

Ada juga kajian serupa yang menunjukkan kadar prolaktin dalam badan lelaki akan meningkat apabila mereka merangkul bayi. Penemuan ini dapat menyokong kenyataan yang mengatakan terdapat perubahan fisiologi buat bakal bapa.

Tip untuk bapa menguatkan jalinan dengan anak mereka

Bermain bersama

Kajian menunjukkan bahawa ibu dan bapa cenderung untuk membahagikan cara penjagaan ketika bayi mula mencecah awal minggu kehidupan mereka. Peranan ibu selalunya akan lebih cenderung kepada penjagaan yang lembut dan melibatkan mental manakala bapa pula cenderung kepada penjagaan yang lebih bersikap fizikal.

Ini jelas sekali akan menyebabkan anda dan pasangan menjadi stereotaip terhadap anda. Namun, ia juga akan menjadikan anda sebagai ‘teman sepermainan’ mereka. Selalunya, seorang bapa akan menjadi ‘hero’ kepada anak anda. Ini juga merupakan kelebihan kepada bapa kerana anda akan mungkin merupakan individu pertama yang mendengar tangisan bayi.

Rangkul bayi anda dengan erat

Apabila si ibu sedang menyusukan bayi,  mereka akan membawa bayi dekat kepada dada mereka lalu membuat mereka jelas dapat melihat anda. Ketika anda sebagai seorang bapa sedang menyusukan mereka, pegang bayi pada posisi yang sama dan biarkan mata mereka jelas melihat kepada anda.

Ambil tugas pada waktu malam

Beri peluang kepada si ibu untuk mendapatkan tidur yang mencukupi dengan menjadi ‘penyelamat’ pada waktu malam tatkala bayi menangis. Ini akan memberi anda dan bayi masa bersama yang berharga. Anda dinasihatkan untuk selalu menyimpan susu di dalam peti untuk situasi kecemasan begini.

Usap tangisan bayi anda

Anda perlu menjadi seorang bapa yang sentiasa ada ketika bayi menangis untuk mengusap tangisan mereka. Anda boleh cuba memujuk mereka dengan pelbagai cara termasuklah menggunakan puting palsu. Ini dapat memberi mereka petunjuk bahawa bukan hanya si ibu sahaja yang mampu memberikan apa yang diperlukan oleh bayi.

Cuba lakukan urutan bayi

Bayi mudah bergerak balas dengan sentuhan. Cara yang paling mudah untuk merelakskan bayi adalah dengan urutan lembut. Apabila bayi anda sedang gembira, lakukan 10 hingga 15 minit urutan yang lembut pada bahagian kaki, perut, tangan dan leher mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Yang Selalu Ibu Pesan Kalau Sakit Tekak, Banyakkan Minum Air Suam! Berkesan Ke?

    Sebenarnya memang terdapat banyak manfaat air suam termasuklah boleh merawat sakit tekak. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Condong Ke Hadapan Atau Belakang, Mana Satu Posisi Rahim Normal?

    Rahim adalah organ wanita berbentuk buah pear yang memainkan peranan penting dalam proses kitaran haid, kehamilan dan kelahiran bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

    Ada dalam kalangan pembaca yang menggunakan cincin zakar? Bukan tidak boleh guna, cuma kena berwaspada tempoh penggunaan alat ini okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Seksual, Seks Selamat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Kita semua sudah sedia maklum kerajaan Malaysia masih sedang menunggu vaksin virus korona baharu COVID-19 yang bakal dihantar oleh syarikat...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    fenomena kebiruan

    Anak Menangis Sampai Muka Jadi Biru? Mak Ayah Usah Biarkan! Ini Namanya Raungan Senyap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    membasuh tangan

    Tinggalkan Hand Sanitiser Di Dalam Kereta, Masih Boleh Guna Atau Sudah Tidak Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    beli barang

    Perasan Tak, Ada Banyak SALE Bermula Pada Waktu Tengah Malam, Inilah Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 4 minit bacaan
    makanan penghilang stres

    Kalau Nak Kurangkan Stres, Boleh Cuba 7 Jenis Makanan Penghilang Stres Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan