Susu Badan Keluar Terlalu Banyak? Ini Langkah Yang Ibu Boleh Ambil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Walaupun tidak memiliki susu ibu yang mencukupi adalah sebab utama para ibu berhenti menyusukan anak, memiliki susu badan yang berlebihan juga menyebabkan masalah bagi para ibu. Mengapakah ia berlaku? Bagaimana mengubahnya? Baca untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Mengapakah susu berlebihan berlaku?

Terdapat beberapa sebab mengapa seorang ibu mungkin menghasilkan terlalu banyak susu. Sesetengah ibu mempunyai badan yang bersedia dan menghasilkan susu berlebihan daripada mula. Dalam kes yang lain pula, ini boleh berlaku disebabkan ketidakstabilan hormon atau pengurusan susu badan yang tidak betul yang memberi kesan kepada penghasilan susu. Ini boleh berlaku jika si ibu mengepam susu dengan banyak sebelum menyusukan bayi untuk memperlahankan aliran susu kepada bayi.

Sebab lain ialah kepercayaan bahawa si ibu mestilah memastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu. Memindahkan bayi daripada satu payudara kepada yang lain boleh menyebabkan ransangan yang menyebabkan penghasilan susu yang lebih banyak.

Strategi untuk memperlahankan kadar penghasilan susu ibu

Menyusukan bayi pada satu sisi

Jika bayi anda ingin menyusu lagi dalam masa 2 jam, cubalah untuk memberikan sisi payudara yang sama untuk melihat reaksinya. Payudara anda akan mengurangkan kadar penghasilan susu memandangkan susu tersebut tidak dihabiskan dengan kerap kerana keperluan bayi anda. Apabila anda memastikan bayi menyusu daripada sisi yang sama untuk tempoh masa yang lama, anda telah memastikan bayi anda telah mengosongkan payudara dan mendapat susu dengan lebih kalori.

Anda boleh menekan atau mengepam hanya untuk beberapa saat (20-30 saat) untuk mengurangkan sebarang rasa tidak selesa pada payudara yang lagi satu. Jangan mengepam dengan berlebihan kerana ia akan mengeluarkan isyarat untuk menyuruh payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.

Menggunakan sage

Sage, sejenis daun herba mempunyai kandungan estrogen semula jadi yang boleh mengurangkan hormon prolactin dan mengurangkan bekalan susu anda. Berhenti mengambil sage apabila penghasilan susu anda telah berkurang.

Dermakan susu anda

Cara alternatif ialah dengan menjadi penderma susu ibu. Sebilangan ibu yang mengalami penghasilan susu berlebihan memilih untuk mendermakan susu. Susu ibu yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa dan membaiki kesihatan bayi baru lahir yang ditinggalkan ibu bapa mereka. Ia juga membantu bayi yang ibunya tidak dapat menyusu badan.

Dalam konteks penggunaan di hospital, petugas bertanggungjawab akan memastikan bayi mengambil susu ibu daripada penderma berlainan dengan kuantiti sedikit daripada setiap satu supaya bayi tidak menjadi anak susuan kepada penderma. Sementara itu, anda juga boleh memilih untuk menjadi ibu susuan bayi yang ibunya tidak dapat menyusukan badan.

Kebiasaannya, masalah bekalan susu berlebihan boleh selesai dengan sendiri apabila bayi membesar. Akhirnya badan anda akan dapat menangani aliran susu tersebut dengan lebih baik dan menghasilkan susu cukup untuk bayi anda sahaja. Bersabar dan bertenang. Sepertimana masalah berkaitan kehamilan yang lain, susu berlebihan boleh diselesaikan.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Risau Kesan Pada Bayi Jika Menyusukan Anak Ketika Berpuasa? Cuba Amalkan 7 Tip Iniā€¦

    Adakah menyusu badan ketika berpuasa boleh mendatangkan kesan kepada anak? Bagaimana pula caranya untuk mengekalkan bekalan susu pada bulan Ramadan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 06/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bengkak Susu, Letak Kubis Pada Payudara: Fakta? Jom Bongkar 9 Persoalan Popular Tentang Laktasi

    Pastinya anda pernah mendengar mitos berkaitan ibu menyusu badan. Adakah ia benar berkaitan proses penyusuan atau 1 kepercayaan yang salah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 06/05/2020 . 4 minit bacaan

    Sukar Lakukan Penyusuan Eksklusif Si Manja? 5 Perkara Ini Mungkin PUNCANYA…

    Sedihkan bila sebagai ibu tak dapat menyusukan anak? Tetapi adakah anda tahu punca menyebabkan anda gagal lakukan penyusuan eksklusif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 07/10/2019 . 2 minit bacaan

    Puting Sakit Ketika Menyusu Bayi? Ini 6 Tip Ibu WAJIB Buat Di Rumah, Barulah Tak Sakit Lagi!

    Puting sakit ketika menyusu bayi adalah perkara yang normal dan boleh diatasi. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 15/04/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyusuan bayi

    Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    menyusukan badan

    Wanita Penghisap Vape, Ada Risiko Jika Anda Menyusukan Bayi, Si Manja Akan Dapat Sakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
    menjadi ibu

    Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara-sendawakan-bayi-yang-tertidur-masa-menyusu

    Bagaimana Nak Sendawakan Baby Yang Selalu Tertidur Masa Menyusu? Ini Caranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/06/2020 . 3 minit bacaan