Risau Susu Badan Tak Cukup? Ini 9 Cara Banyakkan Susu Ibu Boleh Amal, No #7 Paling Senang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Memberi bayi anda dengan susu badan merupakan impian setiap individu yang bergelar ibu. Namun tidak dinafikan, bukan semua individu dapat menyusukan bayi dengan sepenuhnya tanpa memberikan susu formula. Jadi adakah cara banyakkan susu badan? Jangan khuatir, ikuti perkongsian artikel berikut. 

Terdapat sesetengah individu, yang tidak perlu untuk melakukan apa-apa untuk memperbanyakkan kuantiti susu dan memperolehi susu dalam jumlah yang melimpah ruah. Kita boleh anggap ia sebagai rezeki bayi tersebut untuk menyusu sehingga cukup usia 2 tahun.

Namun, tidak dinafikan terdapat sesetengah individu yang mengalami kesukaran untuk memperolehi susu badan. Ia sama ada susu yang keluar hanya dalam jumlah yang sedikit atau mungkin tidak ada susu yang keluar langsung. Sudah tentu perkara sebegini mendatangkan tekanan kepada individu yang bergelar ibu, bukan?

Jangan risau, berikut dikongsikan beberapa petua dan cara banyakkan susu badan yang boleh anda amalkan. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda mengatasi masalah yang anda hadapi sekarang. Selamat mencuba!

9 cara banyakkan susu badan

1. Kerap menyusu

Antara cara banyakkan susu badan yang kerap didengar adalah dengan memastikan anda menyusukan bayi dengan lebih kerap. Jumlah kekerapan yang disarankan adalah dalam lingkungan 10 hingga 12 kali sehari (iaitu dalam tempoh 24 jam). Ini kerana perbuatan ini dipercayai dapat merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

2. Bertenang

Tekanan yang anda alami apabila berdepan kesukaran untuk menyusukan bayi boleh dianggap sebagai punca penghasilan susu terganggu dan berkurangan. Sebaiknya, apabila hendak menyusukan bayi atau sedang menyusukan bayi, pastikan anda dalam keadaan yang bertenang dan sentiasa berfikiran positif. 

cara-banyakkan-susu-badan-menyusukan-bayi

3. Posisi dan kedudukan

Memastikan anda berada dalam posisi dan kedudukan yang betul sepanjang tempoh menyusukan bayi anda juga boleh dianggap sebagai cara banyakkan susu badan. Tentukan posisi anda dan bayi adalah dalam keadaan yang betul dan selesa. 

4. Perbanyakan minum air

Ini merupakan petua dan cara banyakkan susu badan yang paling penting dan wajib untuk dilakukan. Anda perlu memperbanyakkan minum air, jika tidak sudah tentu susah untuk penghasilan susu yang banyak. Air kosong, okay? Bukan air manis atau air berkarbonat.

5. Supply dan demand

Anda perlu tahu apakah maksud supply dan demand dalam konteks penyusuan ini, iaitu semakin banyak susu yang dikeluarkan, bermakna semakin banyak susu akan dihasilkan. Jadi kesimpulan yang mudah, susukan bayi anda sekerap yang mungkin apabila dia mahukan susu. 

6. Ada jadual ke?

Sebenarnya tidak wujud jadual untuk menyusukan bayi, cuma yang ada hanyalah jadual untuk mengepam susu. Jadi susukan bayi anda pada bila-bila masa yang diingininya. Tidak usah mengikut jadual.

7. Pam susu badan

Rajinkan diri anda untuk mula mengepam susu badan seawal ketika masih dalam pantang. Ini untuk membantu memastikan bahawa stok susu akan sentiasa anda. Pastikan susu perahan disimpan dalam peti ais bahagian sejuk beku atau freezer box (jika anda mempunyai kemampuan untuk membelinya). Jangan lupa untuk labelkan dengan tarikh.

Kerajinan anda mengepam susu badan juga dapat membantu mengosongkan payudara. Ini dapat menghindari daripada berlakunya masalah susu bengkak, yang cenderung mengakibatkan ibu mengalami demam atau masalah kesihatan lain. 

8. Pemakanan

Sememangnya susu ibu yang pekat adalah berkualiti dan pastinya dapat membuatkan bayi menjadi lebih kenyang. Untuk cara banyakkan susu badan ini, anda boleh mengamalkan pemakanan yang berfungsi sebagai penggalak susu atau milk booster dalam diet pemakanan seharian anda.  

Walaupun makanan berikut tidak diuji secara saintifik, tetapi tidak salah untuk mencuba. Antara makanan yang boleh anda ambil sebagai penggalak susu adalah seperti kurma dan madu, sayuran berdaun hijau, biji halba, lobak putih dan lobak merah

Setiap hormon dalam badan individu adalah berbeza. Jadi mungkin terdapat makanan yang berfungsi penggalak susu bagi individu tertentu, tetapi tidak berkesan kepada anda. Apa yang penting adalah anda harus mencuba dan melihat dahulu keberkesanan serta kesesuaiannya. 

9. Mengurut

Cara banyakkan susu badan ini mungkin tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Tetapi tidak salah untuk mencuba, bukan? Cara yang boleh anda lakukan adalah dengan mengurut perlahan kawasan payudara dan belakang badan anda. Ia dipercayai berkesan untuk penghasilan susu badan yang lebih baik.

 Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada suami atau ahli keluarga seperti ibu anda untuk membantu mengurut anda jika anda mendapati sukar untuk mengurut sendiri. Jika berkemampuan, anda boleh dapatkan khidmat bidan (midwife) yang tahu dan boleh mengurut. 

cara-banyakkan-susu-badan-menyusukan-bayi

Bersabar

Ada masanya tidak dinafikan, setelah mencuba dan melakukan pelbagai cara dan petua, kita akan berasa putus asa dan tertekan. Bersabarlah dan jangan pernah putus asa. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, bukan? Jika petua dan cara banyakkan susu badan yang dikongsikan masih tidak dapat membantu anda, anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar yang bertauliah. Teruskan mencuba!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mama, Tak Perlu Lagi Guna Produk Milk Booster! Ini 4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

    Selamat ke guna milk booster untuk tambah susu badan? Jika anda nak tahu, ada 4 alternatif semula jadi untuk tingkatkan jumlah susu badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

    Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak yang tumbuh gigi kerana takut digigit oleh mereka. Ini cara untuk berikan susu badan tanpa bimbang akan digigit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke? Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok, Jangan Beri Pada Si Manja

    Bagaimana menentukan perahan susu badan expired atau masih boleh diberikan kepada bayi? Ini 5 tanda tempoh hayat susu ibu telah rosak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

    Ibu yang sedang menyusu badan, perlu berhati-hati sebelum mengambil sebarang jenis ubat. Bagaimana dengan paracetamol ketika sedang demam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara menyusu anak kembar

    Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    menyusukan badan

    Wanita Penghisap Vape, Ada Risiko Jika Anda Menyusukan Bayi, Si Manja Akan Dapat Sakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan