Salahkah Mempunyai Hanya Seorang Anak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pada masa kini, ramai pasangan memilih untuk mempunyai hanya seorang anak. Tetapi, adakah ia dikira mementingkan diri sendiri untuk mengambil keputusan ini? Adalah sukar untuk menilai sama ada salah atau tidak. Dalam artikel ini, anda akan menjumpai beberapa sebab mengapa sesetengah ibu bapa memilih untuk mempunyai hanya seorang anak dan anda mungkin akan mencapai keputusan yang sama.

Membina hubungan yang lebih bermakna

Membina hubungan yang rapat adalah perkara yang penting bagi sesiapa sahaja. Walaupun kanak-kanak lain mempunyai adik-beradik untuk bermain, sebagai anak tunggal, anak anda akan lebih berminat untuk mencari rakan sebagai adik-beradik sekalipun tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka. Bahkan, hubungan ini akan diambil serius dan lebih terjaga. Dan, ini adalah peluang untuk anak anda menjadi lebih matang, peluang yang mungkin tidak dimiliki anak-anak lain .

Merasa kesaksamaan di rumah

Menjadi ibu bapa kepada anak tunggal bermakna bahawa anda bukan sahaja ibu bapa mereka tetapi juga rakan mereka. Ajar mereka cara untuk menghormati orang dewasa dan biarkan anak anda tahu bahawa mereka dihormati juga. Sebagai contoh, anda boleh meminta anak anda memberikan pandangan mereka tentang perkelahan pada hujung minggu atau pilihan hiasan rumah. Anak anda akan merasa seperti mereka juga mempunyai peranan yang penting dalam rumah dan cuba untuk melakukannya dengan betul. Kesaksamaan dalam rumah akan mewujudkan keseimbangan yang membolehkan anda dan anak anda menjadi gembira.

Membina rasa cinta dalam anak anda

Dalam sebuah keluarga besar dengan dua atau lebih anak, anak anda kadangkala merasa bahawa masalah mereka tidak didengari atau mereka tidak disayangi secukupnya. Sedangkan anak tunggal akan mempunyai peluang untuk mendapatkan seluruh kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Selain itu, anak anda tidak akan merasa keliru kerana mereka boleh berkongsi masalah mereka dengan anda. Mereka dapat merasakan kasih sayang anda dan akan melakukan perkara yang sama untuk anda.

Peluang untuk membangunkan imaginasi

Kanak-kanak lain mempunyai adik-beradik untuk bermain, sedangkan anak anda perlu bermain sendirian. Tunggu, jangan bimbang! Apabila bermain sendirian, anak anda boleh membangunkan daya imaginasi kreatif mereka yang mungkin membantu perkembangan kerjaya mereka suatu hari nanti. Mereka juga tidak perlu menjerit dan bergaduh untuk mainan.

Menjadi lebih yakin

Apabila membesar di sekitar orang dewasa, kanak-kanak cenderung untuk menjadi lebih yakin dan sedar diri. Ini kerana mereka tidak perlu bimbang sama ada mereka paling disukai atau sebaliknya dalam keluarga. Mereka juga tidak perlu bergaduh untuk mendapatkan perhatian. Mereka tahu kedudukan mereka dengan ibu bapa mereka dan menjadi lebih selesa untuk membina hubungan dengan orang dewasa.

Menjimatkan wang untuk bajet keluarga

Dengan hanya seorang anak, ibu bapa akan dapat menyimpan lebih banyak wang untuk masa depan mereka. Anak anda akan mempunyai lebih banyak faedah seperti pendidikan yang berkualiti, aktiviti kurikulum, percutian keluarga, dan sebagainya. Dan sudah tentu, ia adalah sesuai untuk golongan ibu bapa berpendapatan sederhana.

Dengan sebab di atas, mempunyai seorang anak sahaja bukanlah satu masalah besar. Tidak ada sebab untuk rasa bersalah apabila anda hanya mahukan yang terbaik untuk anak anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    anak tunggal

    Anak Tunggal Tidak Lemah Daya Sosial

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 29/12/2018 . 2 minit bacaan
    minuman berkarbonat

    Nak Ambil Minuman Berkarbonat Tanpa Gula, Waspada Ia Juga Boleh Mempengaruhi Kesihatan Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 06/04/2018 . 2 minit bacaan