Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah satu tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami. Jom ketahuinya.

Bukan mudah tugas seorang ibu bekerja

Memegang tugas seorang ibu dan memiliki kerjaya bermakna anda akan berdepan dengan banyak isu tentang anak-anak selain tugasan hakiki kerja, sudah pasti ia menyebabkan tekanan.

Sekiranya ibu bekerja yang sibuk berasa tertekan, ini akan menyebabkan timbul isu kurang fokus dalam pekerjaan. 

Keadaan tersebut pastinya cenderung menurunkan kadar produktiviti.

Tanpa sedar, tuntutan kerja dan tanggungjawab keibuan akan memberikan kesan kepada badan. Selain tekanan, ketidakseimbangan ini boleh sebabkan masalah kesihatan seperti penyakit fizikal. 

Masalah kesihatan mempengaruhi ibu bekerja

Sebagai ibu, pasti anda mahu menjadi yang terbaik buat anak-anak. Tetapi dalam masa yang sama, anda tetap perlu menjaga kesihatan diri.

Berikut 8 masalah kesihatan yang berisiko untuk anda alami:

  1. Sakit belakang

Duduk berjam-jam di meja kerja boleh menyebabkan ketegangan otot leher, belakang dan bahu. Balik ke rumah, perlu mendukung anak pula. Itu antara punca sakit belakang yang anda alami.

Kurangkan risiko anda daripada mengalami sakit belakang dengan bergerak sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya, setiap jam, bangun dan berjalan-jalan di sekitar kawasan kerja anda.

Lakukan regangan pada bahagian bahu dan leher. Untuk meregangkan bahagian belakang, angkat dan pegang antara kedua belah tangan ke belakang badan.

  1. Sakit kepala

Ini antara masalah kesihatan yang paling kerap menyerang. Biasanya disebabkan kurang tidur, tekanan, kurang penghidratan yang banyak menjejaskan ibu yang mempunyai kerjaya. 

masalah kesihatan

Sebaiknya, anda perlu menjaga kadar pengambilan cecair agar mencukupi. Sentiasa pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi.

Jika sakit kepala menyerang sewaktu di tempat kerja, urut dengan perlahan bahagian sisi kepala.

Masih tidak baik? Apa kata anda rehat beberapa minit dengan mencari tempat yang tenang daripada bunyi bising, ini antara pencetus masalah sakit kepala.

  1. Ketidakselesaan usus

Antara masalah kesihatan berkaitan ketidakselesaan usus atau irritable bowel syndrome (IBS) yang sering melanda ibu bekerja adalah seperti sembelit atau cirit-birit.

Ia boleh berlaku disebabkan dehidrasi, tabiat pemakanan yang tidak baik dan sudah tentu, tekanan.

Elakkan masalah ini dengan memperbanyakkan pengambilan probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan serat daripada buah, sayuran dan bijirin. 

Banyakkan minum air sepanjang berada di pejabat dan pastikan anda meluangkan masa beberapa minit untuk berehat daripada menghadap skrin.

  1. Kegelisahan 

Memikirkan banyak tugasan kerja dan rumah yang perlu dilakukan akan membuatkan anda berasa terbeban dan gelisah.

Keadaan tersebut boleh mengakibatkan badan sukar berehat dan menjejaskan proses pencernaan.

Kerja dan tugas seorang ibu tidak akan pernah terhenti. Jadi berikan sedikit masa untuk diri anda sendiri.

Anda boleh biarkan si kecil bermain di laman rumah sambil anda menikmati minum petang bersama pasangan. 

Untuk elakkan wujud rasa gelisah ketika di tempat kerja, senaraikan isu penting yang perlu diutamakan dan letakkan had untuk perkara lain. 

  1. Saluran susu tersumbat

Bagi ibu yang lakukan penyusuan eksklusif, mungkin sukar untuk mengepam susu pada waktu bertugas. 

Payudara yang tidak dikosongkan dengan betul boleh sebabkan masalah bengkak susu, saluran susu tersumbat dan masititi iaitu jangkitan bakteria pada tisu buah dada.

risiko-masalah-kesihatan-ibu-bekerja

Berbincanglah dengan pihak pengurusan tempat kerja anda tentang keperluan anda untuk memperuntukkan masa mengepam susu atau ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Jika masalah bengkak berlaku di tempat kerja, urutkan payudara sekitar saluran susu tersumbat

  1. Sakit pelvis

Otot ligamen serta tisu penghubung yang meregang semasa proses bersalin mengambil masa lama untuk pulih kepada keadaan asal dan boleh sebabkan kesakitan.

Keadaan itu pastinya menyebabkan ketidakselesaan buat ibu bekerja yang perlu duduk di meja kerja selama berjam-jam. 

Hindari masalah kesihatan ini dengan meluangkan 10 minit untuk melakukan senaman Kegel dan senaman abdomen bagi menguatkan otot bahagian tersebut.

  1. Sindrom terowong karpal

Carpal tunnel syndrome berlaku apabila tisu penghubung menjadi longgar.

Ia boleh menjejaskan keseluruhan badan. Buat ibu yang menyusu, anda akan lebih terdedah untuk mengalami masalah ini. Biasanya sindrom ini wujud kesan daripada pergerakan berulang, seperti menaip.

Kurangkan risiko dengan elak meletak pergelangan tangan di papan kekunci semasa menaip. Perbuatan itu memerlukan anda melentur pergelangan tangan ke atas.

masalah kesihatan

Sebaliknya biarkan pergelangan tangan anda berada pada kedudukan yang sama di atas meja dan letakkan pelapik jika perlu. 

Jika perlu semasa di tempat kerja, pakai pembalut pergelangan tangan untuk memastikan ia berada pada kedudukan neutral semasa menaip.

  1. Kekurangan nutrien

Kekurangan nutrien seperti zat besi dan vitamin B12 buat ibu bekerja boleh menyebabkan keletihan. Keadaan ini akan lebih kronik buat ibu menyusu badan dan berkerjaya.

Disarankan untuk anda memperbaiki diet pemakanan harian anda atau mengambil suplemen multivitamin dengan zat besi setiap hari.

Sentiasa menjadi yang terbaik 

Setiap ibu yang bekerja akan menghadapi cabaran unik. Sudah tentu sebagai ibu, anda mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga.

Tidak salah jika anda sentiasa cuba bahagikan masa, tenaga, serta pemikiran antara tanggungjawab di rumah dan tempat kerja dengan sebaiknya.

Namun ibu-ibu semua, kesihatan diri tetap perlu diutamakan, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Stres Bukan Semuanya Tidak Baik, Ada Yang Bagus Jika Rasa Tertekan, Ini Manfaatnya!

Semua individu pernah rasa stres. Namun tahukah anda bahawa kadangkala terdapat juga kebaikan stres? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2020 . 3 minit bacaan

BAHAYA Ibu Hamil STRES, Boleh Bersalin Bayi Pramatang, Si Manja Pula Berdepan Risiko Sakit

Sepanjang tempoh kehamilan, perubahan emosi ibu mengandung perkara biasa. Tetapi jika berlebihan, ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

Minum 8 gelas air kosong memang bagus. Namun bagaimana jika terlalu banyak minum air? Jom klik artikel ini untuk tahu apa risiko yang akan berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Penyakit Buah Pinggang, Urologi 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Mestilah warna darah haid merah, kan? Tapi benarkah darah haid hanya berwarna merah? Jaga-jaga, warna berbeza petanda masalah kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
sakit perut

Perut Selalu Rasa Tak Sedap Setiap Kali Datang Bulan, Sering Cirit-Birit Atau Sembelit? Ini Solusinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
alergi kopi

Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
perut buncit

Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Jom Bongkar 3 Hal Yang Dikaitkan Dengannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan