Nama Bayi Yang Popular Di Malaysia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Nama merupakan sesuatu yang sangat penting dan melambangkan setiap individu. Oleh itu nama yang diberikan kepada bayi oleh ibu bapa perlu difikirkan dengan sebaik mungkin. Di Malaysia, pemilihan nama anak-anak oleh ibu bapa dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama adalah pemilihan nama yang moden dan kedua pula merupakan pemilihan nama yang tradisional. Berikut merupakan antara nama yang popular dan sering digunakan oleh ibu bapa di Malaysia berserta maksudnya.

Nama yang popular untuk bayi lelaki

  1. Mohamed/Muhamad/Ahmad

Nama ini merupakan nama yang sangat popular dalam kalangan bayi lelaki di Malaysia. Ini kerana nama ini mencerminkan agama dan tradisi masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Nama Mohamed membawa maksud “yang terpuji”. Ini merupakan nama Nabi yang menjadi pegangan individu beragama Islam. Nama Ahmad dan Muhamad pula merupakan variasi nama ini yang terkenal di Malaysia.

  1. Amar

Nama Amar berasal daripada Arab, India dan Sanskrit. Nama ini bukan sahaja popular di Malaysia malahan di seantero dunia seperti di Amerika dan India. Nama Amar membawa maksud “yang memakmurkan” dalam bahasa Arab manakala dalam bahasa Sanskrit dan India pula, nama Amar membawa maksud “kekebalan”. Variasi yang paling bagi nama ini adalah Amari, Amario, dan Ammar.

  1. Anas

Anas adalah nama sahabat Nabi Muhammad yang merupakan nabi junjungan individu beragama Islam. Nama Anas membawa maksud “persahabatan”.  Pada zaman dahulu, nama Anas tidak begitu popular. Nama ini kian melonjak popular pada masa kini kerana ibu bapa di Malaysia sudah mula mencari nama yang moden dan unik untuk bayi mereka bagi membezakan nama anak mereka dengan bayi-bayi yang lain.

Nama yang popular untuk bayi perempuan

  1. Nor/Nur

Nama Nor sebenarnya berasal daripada India dan merupakan nama yang paling banyak digunakan untuk menamakan bayi perempuan di Malaysia pada dekad ini. Walaupun jarang ditemui, nama Nor juga digunakan untuk menamakan bayi lelaki. Nama Nor membawa maksud “cahaya, “seri” dan “cerah”.

  1. Maryam/Mariam

Selain Aminah, Lana dan Alana, nama Maryam merupakan nama tradisional yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Maryam merupakan nama seorang wanita yang sangat disanjung dalam agama Islam kerana beliau merupakan ibu kepada seorang Nabi dalam kepercayaan agama Islam iaitu Nabi Isa. Nama Maryam merupakan variasi Arab dan Parsi kepada nama Maria. Dalam bahasa Iran, Maryam merupakan nama kepada sejenis bunga. Dalam bahasa Arab pula, nama Maryam membawa maksud “cinta kepada Allah”.

Nama yang popular untuk kedua-dua bayi lelaki dan perempuan

  1. Izz

Nama Izz berasal daripada Arab dan merupakan nama yang melambangkan maruah, kemenangan dan kekuasaan. Nama Izzaldin yang merupakan variasi kepada nama ini pula membawa maksud “kemuliaan agama”  

  1. Iman

Walaupun nama ini selalu digunakan untuk menamakan bayi tanpa mengira jantina, nama ini lebih popular untuk bayi perempuan kerana faktor sejarah nama ini. Nama Iman membawa maksud “kepercayaan”.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Anda ingin hidup gembira sepanjang masa? Jangan khuatir, kerana kami ada 12 cara untuk gembira bagi mewujudkan hidup yang gembira untuk anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    nutrisi diet vegetarian

    Risau Tak Cukup Zat Kalau Jadi Pengamal Vegetarian? Ini Cara Nak Pastikan Nutrisi Anda Mencukupi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan