Ketakutan dialami kanak-kanak adalah 1 perkara normal. Rasa takut itu menjadikan anak lebih berwaspada. Tetapi ada cara untuk ibu bapa bantu atasi fobia anak.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ketakutan dialami kanak-kanak adalah 1 perkara normal. Rasa takut itu menjadikan anak lebih berwaspada. Tetapi ada cara untuk ibu bapa bantu atasi fobia anak.
Tidak semua ketakutan yang dialami adalah negatif. Malahan, ketakutan dialami kanak-kanak itu berfungsi sebagai 1 dasar batasan kehidupan. Setuju atau tidak?
Menurut Pengarang Freeing Your Child from Anxiety merangkap Pengarah Pusat Kanak-kanak OCD dan Kegelisahan di Plymouth Meeting, Pennsylvania, Dr Tamar E. Chansky, tanpa rasa takut, kita mungkin ‘melompat’ pada tempat tidak sepatutnya.
Chansky menjelaskan, sesetengah ketakutan bersifat evolusi.
Sebagai contoh, ramai individu dewasa dan kanak-kanak terus berasa takut walaupun tidak berpengalaman berhadapan dengan ketakutan mereka.
Contohnya, otak mereka terus berhubung untuk melindungi diri daripada ular walaupun dalam realiti kehidupan mereka tidak pernah berdepan dengan ular, sama ada berbisa atau tidak.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak yang mengalami gangguan kegelisahan. Ia adalah 1 tindak balas emosi kuat terhadap pengalaman penuh ketegangan.
Fobia anak yang dirasai biasanya akan berubah seiring peredaran masa. Berikut adalah antara ketakutan dialami kanak-kanak yang paling biasa dihadapi berdasarkan peringkat usia:
Bayi yang berusia 8-9 bulan, sudah mampu mengenal pasti wajah yang dikenali.
Oleh sebab itu, wajah individu baru sama ada pengasuh baru atau saudara yang jarang ditemui boleh menyebabkan ketakutan kepada mereka.
Manakala kanak-kanak kecil pada usia 10 bulan hingga 2 tahun, sudah mula berasa takut berpisah dengan ibu bapa.
Mereka mungkin tidak mahu ditinggalkan ibu bapa di pusat asuhan atau semasa waktu tidur mereka.
Kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sudah boleh berimaginasi tetapi mereka masih belum dapat membezakan realiti dan sebaliknya.
Bagi mereka raksasa menakutkan sehingga kelihatan seperti wujud.
Apabila mencecah usia 7 tahun, raksasa di bawah katil sudah tidak kelihatan terlalu menakutkan kerana mereka menyedari bahawa ia tidak wujud.
Pada usia ini, ketakutan dialami kanak-kanak sudah berubah. Mereka mungkin berasa takut tentang bencana alam yang mereka dengar.
Malahan mereka juga mungkin takut disakiti atau kehilangan individu yang mereka sayangi.
Kanak-kanak yang mula memasuki alam persekolahan juga akan berasa gelisah tentang tugasan kerja rumah, keputusan peperiksaan atau keupayaan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan.
Pada tahap ini, anak-anak anda mungkin berasa gelisah tentang penampilan dan penyesuaian diri.
Mereka mungkin berasa gelisah atau takut sebelum memberikan buku laporan sekolah, memulakan sesi persekolahan baru atau mengambil peperiksaan utama.
Untuk mengatasi fobia anak, anda boleh membantu dengan melakukan beberapa perkara berikut:
Fobia anak kecil, tidak kira berapa usia mereka, sama ada 5 atau 15 tahun, pastikan anda membantu menghilangkan ketakutan itu dengan rasa hormat.
Jangan pernah memandang remeh ketakutan yang dialami.
Bantu anak berdepan ketakutan dalam rasa yang selesa tanpa keterpaksaan.
Elakkan memperkecilkan rasa takut mereka. Walaupun masih kecil, mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen