Jangan Pinggirkan Anak Ke-4! Ada 9 Fakta Menarik Tentang ATIH Atau UDA Ibu Ayah Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Biasanya kita terbaca tentang personaliti anak sulung atau si bongsu. Namun, bagaimana pula fakta anak no 4? Mungkinkah ada keperibadian anak keempat yang menarik tapi tak diketahui? Jom bongkar!

Fakta anak no 4

Mengikut pakar psikologi, kedudukan dalam urutan kelahiran anak boleh mempengaruhi sikap dan personaliti mereka.

Namun adakah ia benar atau sekadar rekaan semata-mata?

Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, sudah tentu anda akan dapat menilai sama ada keperibadian diri mereka berbeza mahupun tidak, kan? 

Pastinya anak pertama berbeza daripada yang ke-2 mahupun si bongsu.

Ada yang mengatakan ia kerana terdapat kaitan antara cara ibu bapa berhubung dengan kedudukan kelahiran anak. 

Jika sebelum ini kehidupan dengan hanya seorang anak atau ibu bapa hanya mempunyai anak tunggal, namun apabila keluarga semakin membesar, sehingga 4 orang anak, cabarannya pasti berbeza, kan?

Pun begitu, kebaikan mempunyai keluarga besar dan anak ramai adalah baik untuk kerja berpasukan dan menyimpul ikatan persaudaraan yang lebih kuat.

Anak daripada adik-beradik yang ramai ini dikatakan saling mendorong, membantu dan bersikap tanggungjawab antara satu sama lain.

Malah ada kajian mengatakan, semakin ramai bilangan adik-beradik dan kurang jarak perbezaan umur, kesan tekanan yang dialami akan berkurangan.

Jadi mungkinkah keperibadian anak keempat ini lebih mesra dan ramah kepada individu di sekelilingnya disebabkan sudah terbiasa dengan bilangan ahli keluarga yang besar?

9 fakta anak no 4 yang menarik

Untuk mengenali dan memahami watak seorang kanak-kanak adalah perkara yang sukar. 

Yang pastinya anak sulung atau anak pertama mesti mempunyai perbezaan dengan anak kedua hingga keempat dan seterusnya.

keperibadian anak keempat

Berikut dikongsikan beberapa fakta yang mungkin tidak anda ketahui mengenai mereka yang menjadi anak keempat atau dipanggil Atih ini (ada yang menggelarnya Uda).

Sama ada benar atau sebaliknya, anda tentukanlah, okay?

1# Peramah dan suka bergaul

Fakta anak no 4 yang pertama adalah mereka ini dikatakan individu yang ramah dan mudah diajak untuk berborak.

Ia mungkin disebabkan anak keempat mempunyai 3 adik-beradik lain di atasnya, sama ada abang atau kakak.

Sikap peramah dan suka bergaul yang wujud dalam diri anak yang di tempat keempat ini membuatkan diri mereka disukai ramai.

2# Berdikari

Keperibadian anak keempat dikatakan sebagai individu yang tidak gemar menyusahkan pihak lain.

Selagi termampu, mereka akan cuba melakukan segalanya dengan sendiri. Dalam erti kata lain, seorang individu yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan.

3# Seorang penghibur

Menjadi penghibur tidak bermakna perlu menjadi artis, kan?

Jika ada ahli keluarga atau rakan yang sedang bersedih, mereka akan dihiburkan dengan keletah anak keempat dengan gurau sendanya. 

Maka, jika ada pihak yang berhati walang, nombor 4 pasti dicari.

4# Hati tisu

Tidak kira lelaki atau wanita, mereka yang digelar Atih ini dikatakan sebagai seorang yang sensitif. 

Bahkan adakalanya terlalu sensitif. Eh, betul ke fakta anak no 4 ini? Ada yang setuju tak?

Mereka mudah salah faham sebelum mengetahui perkara sebenar dan sering berasa seperti ada pihak lain sedang memperkatakan tentang dirinya. Baik selidik dulu, ya anak keempat?

5# Pendengar setia

Keperibadian anak keempat dianggap sebagai seorang pendengar yang setia. 

Ia mungkin kedudukan no 4 dalam keluarga membuatkan mereka menjadi pilihan abang, kakak mahupun ibu untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sejak dari kecil.

Jadi apabila menginjak dewasa, mereka sudah terbiasa untuk menadah telinga menjadi pendengar setia saat diperlukan.

6# Sukar difahami

Alamak, betul ke mereka yang dilahirkan sebagai anak no 4 ini sukar untuk difahami?

Oleh sebab daripada kecil mereka dilayan dengan baik oleh keluarga, makanya hanya individu terdekat dan rapat sahaja yang faham sikap sebenar anak keempat ini. 

Pun begitu, bagi si dia yang menjadi pasangan individu anak keempat, mereka juga dikatakan akan dapat memahami sikap dan perangai Si Atih ini.

7# Kurang sabar

Ini mungkin fakta anak no 4 yang tidak begitu enak didengar. 

Salah 1 kekurangan anak keempat ini yang tidak digemari individu di sekeliling adalah sikap kurang bersabar. 

Ia mungkin kerana dalam keluarga, biasanya anak keempat mendapat layanan yang istimewa. Apatah lagi jika bergelar adik. Kena belajar bersabar ye wahai anak no 4!

fakta anak keempat

8# Moody dan pemendam perasaan

Jika anda bersahabat dengan Si Atih ini, hati-hati, jangan bergurau berlebihan, sebab keperibadian anak keempat ini mudah terasa dan senang berubah emosi

Paling teruk, mereka akan pendamkan apa yang dirasai. Jadi anak no 4, kena belajar meluahkan perasaan, takut lama-lama nanti meletup!

9# Seorang yang setia

Beruntunglah jika anda kenal dengan Si Atih. Fakta anak no 4 mengatakan mereka ini seorang yang setia.

Tidak kira dalam persahabatan mahupun hubungan percintaan, anak keempat akan ada bersama tidak kira waktu susah mahupun senang. Wah, bagusnya! 

Jika benar itulah keperibadian mereka yang dilahirkan sebagai anak ke-4, maka ini merupakan ciri paling bernilai yang sukar untuk ditemui pada masa sekarang. Jadi hargailah mereka!

Tentukan sendiri

Jadi bagaimana dengan perkongsian artikel ini? 

Sama ada benar atau tidak personaliti anak keempat yang dikongsikan, hanya mereka yang bergelar anak keempat boleh menentukannya.

Walau apa pun, setiap anak-anak mempunyai keperibadian yang unik dan seharusnya disayangi tanpa berbelah bahagi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Para Ibu, Ketahui Jarak Kehamilan Yang Paling Ideal Untuk Anda!

Jarak kehamilan adalah sesuatu yang anda perlu fikir masak-masak. Jadi, berapa tahun jarak yang paling ideal untuk para ibu, ya? Lanjutkan Hello Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 15/10/2019 . 2 minit bacaan

Ibu Bapa Perlu Bijak Dalam Menangani Sindrom Anak Sulung!

Sindrom anak sulung mungkin akan terjadi selepas dia menerima kehadiran adik baharu. persoalannya, bagaimanakah ibu perlu menanganinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 06/10/2019 . 4 minit bacaan

Anak Berdikari, Aspek Penting dalam Kehidupan

Pernahkah anda menerima teguran yang mengatakan anak anda mungkin terlalu manja? Adakah benar si kecil anda terlalu manja dan tidak tahu berdikari?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Tips Keibubapaan 18/06/2019 . 8 minit bacaan

Adik beradik: Bagaimana Ibu Bapa Menangani Persaingan yang Berlaku

Adik beradik merupakan kawan rapat dan peneman antara anak-anak anda dan pergaduhan antara adik beradik adalah sesuatu perkara yang normal

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Tips Keibubapaan, Kehamilan 07/02/2019 . 8 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

peranan ibu bapa

Ibu Kalau Sayang Anak Jangan Suka Bandingkan, Boleh ‘Koyak’ Mental Si Kecil!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan

Ada Hati Pada Wanita Lebih Tua? Sebelum Menjalin Cinta, Pertimbangkan 7 Perkara ini Dulu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/05/2020 . 3 minit bacaan
peranan-ibu-bapa-membentuk-peribadi-anak

Pentingkah Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Peribadi Anak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/02/2020 . 4 minit bacaan
penghidap sindrom down

Bolehkah Individu Sindrom Down Tinggal Bersendirian?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 21/10/2019 . 2 minit bacaan