Bagaimana Mengajar Anak Anda Mengenai Homoseksualiti?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mutakhir ini, homoseksualiti telah menjadi isu yang dianggap biasa. Hubungan sejenis jantina ini juga malangnya sedang dalam fasa penerimaan masyarakat umum di dunia. Topik ini seringkali dibangkitkan di media dan anak anda pasti akan terdedah juga dengannya. Jadi, bagaimana untuk mengajar anak anda mengenai homoseksualiti?

Berdepan dengan realiti

Pertama sekali, anda perlu menjelaskan bahawa heteroseksual adalah aliran yang betul dan sah di sisi undang-undang negara dan agama. Kemudian, terangkan perbezaannya dengan hubungan homoseksual dan apakah keburukannya. Kini, banyak negara seperti Portugal, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Amerika dan United Kingdom.

Anak anda perlu tahu mengenainya dengan tepat. Pastikan mereka tahu bahawa homoseksualiti bukan satu jantina tetapi satu pilihan atau gaya hidup. Ia juga bukan penyakit yang boleh menjangkiti individu. Ajarkan anak anda bahawa ia adalah keputusan golongan ini sendiri untuk menjadi seorang homoseksual.

Bersikap neutral

Anda tidak boleh meracuni fikiran anak anda dengan menyatakan pandangan anda sendiri mengenai isu ini kerana kanak-kanak adalah ibarat kain putih dan mudah terpengaruh. Jangan terlalu menghina golongan ini atau jauh sekali menyokong kerana anak anda cenderung mengikut pemikiran ibu bapa mereka. Anda perlu ingat bahawa tugas seorang ibu bapa adalah untuk membesarkan anak anda sebagai seorang modal insan yang berkualiti tanpa dicemari oleh pemikiran negatif anda.

Hormat mereka sebagai individu

Meskipun perbuatan golongan homoseksual ini adalah sama sekali salah di sisi undang-undang negara dan agama, mereka masih seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Sebagai ibu bapa, anda perlu menerapkan perasaan hormat ini ke dalam diri anak anda agar mereka kelak tidak terlalu cepat menghina dan menghukum individu lain yang dirasakan bersalah. Sebaiknya, ajar anak anak untuk bersikap baik terhadap individu lain agar mereka lebih mudah menerima nasihat, teguran dan ajakan untuk berubah ke arah yang lebih baik.  

Ikut kesesuaian usia

Mengajar isu LGBT kepada kanak-kanak yang masih kecil adalah berbeza dengan mengajarnya kepada kanak-kanak yang lebih besar. Semakin mereka membesar, semakin mereka akan terdedah dengan golongan homoseksual. Mereka sangat mudah terdedah dengan gejala homoseksual kerana ia dipertontonkan merlalui drama, filem, muzik ataupun di sekolah mereka sendiri. Disebabkan itu, kanak-kanak yang lebih besar perlu diberikan lebih informasi mengenai homoseksualiti ini untuk mengelakkan mereka terlibat dengan apa-apa situasi mengenainya.

Memahami persepsi anak anda

Anda juga perlu bertanya kepada anak anda mengenai pendapatnya terhadap isu homoseksual. Jika mereka mula menunjukkan kecenderungan untuk menyokong golongan ini, anda perlu memberi lebih perhatian dan tunjuk ajar kepadanya agar mereka membuka mata dengan betul. Namun begitu, jangan sesekali ajar anak anda dengan kekasaran kerana ia hanya akan membuat mereka berasa ingin memberontak. Sebaliknya, ajar anak dengan lembut agar mereka lebih mudah menerima teguran dan ajakan anda untuk menjadi insan yang lebih baik kelak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Karbohidrat, komponen makanan ini sering dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca obesiti. Tapi, bukan semua makanan berkarbohidrat menggemukkan tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Jerawat berlaku apabila liang pori tersumbat dengan kotoran dan minyak. Pelbagai kaedah telah dicuba bagi merawatnya, termasuk menggunakan soda penaik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Penyakit glomerulonephritis merupakan sejenis gangguan buah pinggang. Penyakit ini berlaku apabila glomeruli terluka atau mengalami inflamasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suara lelaki

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat pada kemaluan faraj

    Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    rawatan skizofrenia

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    bunyi bising

    Anda Risau Bayi Tidur Berdengkur? Ini 5 Punca Lazim Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan