Apabila Anak Anda Menjalani Pertukaran Jantina

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jika anak anda tidak menganggap jantina kelahiran mereka sebagai identiti asal dan memilih pertukaran jantina, mereka dirujuk sebagai transgender. Proses penukaran dari satu jantina ke jantina lain dipanggil sebagai peralihan. Proses peralihan tidak semestinya bermaksud pembedahan. Peralihan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk.

Peralihan sosial

Peralihan selalunya bermula dengan penukaran cara seseorang itu mempersembahkan dirinya di hadapan orang ramai. Anak anda mungkin mahu memakai pakaian dan gaya rambut yang seiring dengan jantina baru mereka. Selepas itu, mereka mungkin mahukan nama dan panggilan yang lain. Selalunya, perubahan ini bermula di rumah dahulu. Anak anda mungkin memilih untuk menjalani kehidupan dalam identiti jantina baru mereka sepenuhnya.

Peralihan perubatan

Akil baligh adalah waktu yang sukar bagi anak-anak transgender. Ini apabila badan mengeluarkan hormon, menghasilkan bentuk fizikal yang mana akan membuatkan anak anda berasa tertekan. Peralihan perubatan dilakukan dalam bentuk suntikan atau implan untuk menghentikan perubahan sewaktu akil baligh. Campur tangan perubatan ini menghalang anak anda melalui perubahan yang biasanya dilalui semasa akil baligh seperti tumbuh rerambut di muka dan perubahan payudara dan suara. Walau bagaimanapun, sejurus selepas anak anda berhenti mengambil rawatan, perubahan tersebut akan berlaku. Penghalang hormon ini asalnya digunakan untuk kanak-kanak yang mengalami akil baligh terlalu awal.

Hormon jantina bertentangan

Jika anak anda mahukan tubuh mereka berubah dengan cara jantina yang mereka mahukan, mereka mungkin mengambil estrogen atau testosterone secara beransur-ansur. Anak anda mungkin mengambil hormon seumur hidup. Kesan buruk rawatan ini kepada kesihatan anak anda dalam jangka masa panjang masih belum diketahui para doktor. Satu-satunya perkara yang pasti ialah hormon jantina bertentangan akan menyukarkan anak anda mempunyai zuriat. Mereka yang memilih mengambil hormon mungkin akan membekukan sperma atau telur sebelum menjalani peralihan hormon. Mengetahui risiko yang mungkin berlaku daripada pakar perubatan adalah penting jika anak anda bertegas ingin mengambil hormon. 

Pembedahan

Pembedahan adalah langkah peralihan yang terbesar. Jika anak anda sudah melalui akil baligh, mereka mungkin mahu membuang organ seksual atau mengubah karakter muka dan juga suara mereka. Kebanyakan remaja transgender dan yang lebih dewasa mahukan kemaluan mereka ditukar. Pembedahan untuk transgender biasanya hanya boleh dilakukan selepas usia 18 tahun, tetapi pembedahan lebih awal mungkin dilakukan sesetengah individu dengan kebenaran pakar kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: