Anak Tertangkap Melakukan Onani: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/01/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Onani adalah satu perbuatan merangsang alat kemaluan sendiri untuk tujuan kepuasan. Kanak-kanak mungkin akan menggunakan tangan mereka atau sebarang objek lain untuk melakukannya. Onani bukanlah seperti rutin pemeriksaan alat kemaluan yang selalu dilakukan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah ketika mandi!

Kekerapan kanak-kanak melakukan onani pula bergantung kepada individu itu sendiri sama ada beberapa kali dalam satu hari, seminggu sekali atau lain-lain. Kanak-kanak akan lebih kerap melancap sekiranya mereka berasa mengantuk, tertekan atau stres. Jika anda tertangkap anak anda melakukannya, apa perlu dibuat?

Mengapakah anak anda beronani?

Pada umumnya, melancap adalah satu perbuatan yang normal buat kanak-kanak. Ketika usia ini, mereka dalam proses mengenali tubuh badan mereka, lalu menyebabkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Kanak-kanak juga melakukan onani kerana ia mendatangkan kepuasan buat mereka. Ada juga kanak-kanak yang beronani apabila mereka berasa sedih. Paling penting, ibu bapa perlu tahu bahawa onani bukanlah berpunca daripada apa-apa kondisi kesihatan.

Sampai bilakah anak anda akan beronani?

Apabila kanak-kanak sudah mengetahui apakah itu onani, mereka sendiri mungkin akan kurang melakukannya. Anak anda mungkin tidak akan beronani sekerap seperti dahulu bergantung kepada perkembangan emosi mereka. Kanak-kanak sekitar usia 5 hingga 6 selalunya akan lebih berhati-hati dan hanya akan beronani jika tiada individu lain melihat mereka. Selain kanak-kanak, perbuatan ini juga turut dilakukan oleh individu dewasa kerana didorong oleh hormon dan nafsu.  

Adakah onani akan mendatang masalah kepada kehidupan kelak?

Untuk pengetahuan anda, onani mungkin tidak akan mendatangkan apa-apa kecederaan kepada fizikal, jika ia tidak dilakukan dengan ganas. Namun begitu, jika kanak-kanak yang berumur sekitar 5-6 tahun masih beronani di kawasan yang individu lain boleh lihat, ia adalah abnormal. Ia bukanlah menunjukkan kanak-kanak tersebut adalah seorang yang gila seks tetapi ia mungkin akan membuat ibu bapa mereka marah dan menghukum mereka. Ini seterusnya akan mengakibatkan pelbagai masalah emosi pada kanak-kanak kelak.

Dalam pada itu, terdapat banyak lagi keburukan yang akan berlaku sekiranya anak anda ketagih melakukan perbuatan tidak bermoral ini. Pertama sekali, ia akan memberi kesan terhadap kehidupan seks mereka kelak. Ini kerana kanak-kanak yang terbiasa melancap ini mungkin akan meneruskan tabiat buruk ini sehingga dewasa dan berkahwin kelak. Akibatnya, mereka mungkin tidak dapat menikmati hubungan seks yang menarik kelak. Anda mahu ini berlaku kepada anak kesayangan anda?

onani

Berisiko mati pucuk!

Bukan itu sahaja, ada satu lagi efek negatif yang mungkin terjadi kepada anak anda sekiranya mereka masih meneruskan perbuatan abnormal ini. Ia juga sebenarnya adalah kesan melancap yang paling ditakuti oleh kaum lelaki iaitu mati pucuk!

Ya, untuk pengetahuan anda, terlalu kerap melancap atau melakukan onani mungkin akan menyebabkan berlakunya mati pucuk atau erectile dysfunction (ED).

Ia adalah satu kondisi yang sangat ditakuti oleh para lelaki kerana ia akan menjejaskan kehidupan seks mereka terutamanya buat mereka yang sudah berkahwin. Selain menjejaskan aspek fizikal, mati pucuk juga akan menjejaskan aspek mental. Ini kerana individu yang mengalami mati pucuk akan mula berasa tertekan dan hilang keyakinan diri.

Paling membimbangkan, ia juga merupakan punca utama penceraian bagi pasangan yang sudah berkahwin. Anda pasti tidak mahu anak anda melalui penceraian, bukan?

Jadi, sila cuba untuk tegah anak anda dari melakukan perbuatan yang bakal merosakkan masa depan mereka ini sekarang juga. Mungkin ia tampak tidak berbahaya sekarang. Bagaimana pula ketika masa depan kelak?

Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu?

1. Tetapkan sasaran yang realistik

Sebenarnya, agak sukar untuk menghalang anak anak beronani. Anda perlu menerima hakikat ia adalah normal bagi seorang kanak-kanak. Namun begitu, anda perlu memastikan bahawa anak anda tahu bahawa ia adalah perbuatan yang tidak elok dilakukan oleh individu yang beragama islam.

Anda juga tidak boleh bersikap sambil lewa dan mengendahkan perbuatan mereka ini kerana ia boleh mendorong kepada pemikiran kanak-kanak yang berasakan onani itu boleh dilakukan tanpa mengira waktu dan tempat.

2. Cegah onani ketika waktu tidur

Sebagai ibu bapa, anda perlu kerap melihat atau mengintai kanak-kanak ketika waktu tidur mereka. Pastikan perbuatan ini tidak dilakukan oleh mereka pada waktu ini.

3. Alih perhatian dan disiplinkan mereka

Cuba alih perhatian anak anda dengan apa-apa bentuk permainan. Jika ia masih tidak membuahkan hasil, berterus teranglah dengan anak anda bahawa perbuatan ini mungkin normal namun ia tidak boleh dilakukan sesuka hati tanpa mengira waktu dan tempat selain pastikan mereka tahu ia adalah perbuatan yang tidak elok dilakukan oleh individu yang beragama islam.

4. Cuba berbincang dengan penjaga atau guru mereka di sekolah

Ibu bapa perlu berbincang dengan penjaga atau guru anak anda di sekolah untuk cuba mengalih perhatian anak anda. Selain itu, penjaga atau guru di sekolah juga sebenarnya boleh mengajar anak anda mengenai perbuatan onani ini.

5. Luangkan lebih banyak masa bersama anak anda

Kanak-kanak akan kurang beronani sekiranya mereka mendapat lebih banyak perhatian dari ibu bapa mereka. Pastikan anak anda dan anda meluangkan masa sekurang-kurang 1 jam ketika di rumah bersama anda sebelum waktu tidur.

6. Kesilapan yang biasa

Antara kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh ibu bapa adalah mereka cuba melarang anak anda melakukan onani secara mandatori. Ini hanya akan menyebabkan anak anda mengalami masalah emosi kelak. Kanak-kanak tidak perlu dihukum secara fizikal atau didera secara mental hanya kerana perbuatan ini.

Sebagai ibu bapa, anada perlu berfikir dengan lebih bijak dan cuba cari alternatif seperti menggunakan permainan, meluangkan lebih banyak masa bersama atau berbincang secara aman dengan mereka mengenai perbuatan onani.

Konklusi

Kesimpulannya, onani adalah satu perbuatan yang tidak berakhlak dan berdosa dari sisi agama Islam. Selain itu, ia juga akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada fizikal dan mental individu termasuklah mati pucuk. Sudah pasti ibu bapa tidak mahu anak anda mengalami kesan buruk seperti ini pada masa akan datang kelak, bukan?

Jadi, tegah anak anda dari beronani dari sekarang. Melentur buluh biarlah dari rebungnya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Ayah, Ini Tingkah Laku Seksual Yang TIDAK PATUT Ada Pada Anak Anda, Sila Perhatikan!

    Perkembangan seksual antara aspek tumbesaran yang sukar untuk dikendalikan ibu bapa. Lebih membimbangkan andai wujud tingkah laku anak yang tidak sepatutnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

    Sekiranya anda seorang remaja perempuan, anda mungkin berasa bimbang akan risiko mendapat barah payudara. Persoalannya, bolehkah remaja mendapat kanser itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser Payudara, Kanser 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sebab Hormon Sahaja, Beronani Juga Boleh Jadi Punca Jerawat?

    Melancap ialah sebahagian daripada kehidupan seks, baik lelaki dan wanita. Namun, adakah ia memberi kesan kepada kita? Adakah ia menjadi penyebab jerawat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerja rumah

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    bayi julur lidah

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    ujian kehamilan

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan