backup og meta

Adakah Minyak Daun Teh Dan Minyak Lavender Selamat Untuk Kanak-kanak?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/04/2023

    Adakah Minyak Daun Teh Dan Minyak Lavender Selamat Untuk Kanak-kanak?

    Minyak daun teh dan lavender boleh ditemui dalam banyak produk penjagaan diri di rumah kita. Namun begitu, terdapat persoalan mengenai keselamatan minyak lavender untuk bayi atau minyak daun teh ini untuk digunakan oleh kanak-kanak.

    Ikuti artikel ini untuk penjelasan yang lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Kegunaan minyak daun teh dan lavender

    Minyak daun teh atau tea tree oil kebiasaannya digunakan untuk merawat pelbagai infeksi yang berpunca daripada kulat seperti infeksi pada kuku, kaki dan vagina.

    Selain itu, minyak daun teh juga digunakan untuk merawat jeragat, reaksi alahan pada kulit serta penjagaan gigi.

    Minyak pati lavender pula bermanfaat untuk beberapa kondisi kesihatan seperti keguguran rambut, kegelisahan serta kemurungan.

    Minyak ini juga digunakan di dalam rawatan akupuntur, urutan serta manipulasi kiropraktik.

    Mandian menggunakan minyak ini mampu melegakan sengal sendi dan sakit otot.

    Selain itu juga, minyak lavender mampu merawat kondisi kulit seperti luka,infeksi, jeragat, ekzema serta mengurangkan kulit kering dan bersisik. Ada juga yang menggunakannya untuk melegakan sakit selepas pembedahan.

    minyak lavender

    Selamatkah minyak lavender untuk bayi?

    Tidak dinafikan sekarang ini, ramai ibu bapa yang menggunakan minyak pati untuk bayi dan kanak-kanak. Namun, adakah ia benar-benar selamat?

    Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa minyak daun teh dan lavender akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap kanak-kanak. Hah, biar betul!

    Minyak daun teh mampu menyebabkan reaksi alahan jika diminum atau ditelan. Antara reaksi yang mungkin terjadi adalah ketidakselesaan pada kulit dan timbul ruam.

    Selain itu, minyak daun teh juga mampu menyebabkan gejala seperti di bawah ini:

    • Nafas berbau busuk
    • Kurang deria rasa
    • Ulser pada bahagian mulut
    • Selalu mengantuk
    • Cirit-birit
    • Muntah-muntah
    • Kekejangan perut
    • Kepenatan yang melampau
    • Badan menjadi lemah
    • Kemurungan

    Gabungan minyak daun teh dan minyak lavender untuk bayi akan menyebabkan penyebaran ruam pada badan.

    Kajian menunjukkan bahawa minyak daun teh dan lavender boleh menyebabkan pertumbuhan payudara bagi kanak-kanak lelaki.

    Ini kerana minyak-minyak ini mampu menyerupai fungsi estrogen iaitu hormon wanita yang mampu merangsang pertumbuhan payudara.

    Kanak-kanak lelaki mempunyai risiko yang tinggi tumbuh payudara sekiranya mereka menggunakan produk seperti syampu, jel rambut atau losyen yang mengandungi minyak daun teh dan lavender.

    minyak lavender

    Bagaimana cara betul gunakan minyak lavender untuk bayi?

    • Minyak daun teh dan lavender tidak boleh diminum atau ditelan. Sebaliknya, gunakan produk ini sebagai produk sapuan sahaja
    • Gunakan produk yang mempunyai formula selamat untuk kanak-kanak. Dapatkan bantuan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa produk
    • Jangan gunakan produk ini pada bahagian luka yang terbuka
    • Produk yang berasaskan minyak ini mampu menyebabkan pertumbuhan payudara bagi kanak-kanak lelaki. Berhubung dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya

    Meskipun minyak daun teh dan lavender mampu merawat beberapa kondisi kesihatan seperti sakit kulit atau mengurangkan tekanan dan kegelisahan, terdapat juga beberapa implikasi yang negatif terhadap kanak-kanak.

    Berhubung dengan doktor anda  terlebih dahulu sebelum menggunakan produk-produk yang mengandungi minyak-minyak ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan