
Anda sebagai orang dewasa mungkin sudah terbiasa dengan puasa, lain halnya dengan anak-anak anda. Bagi mereka, puasa merupakan cabaran untuk menahan rasa lapar dan haus apatah lagi jika melihat makanan kegemaran, membuatkan anak-anak anda tidak tahan berpuasa. Oleh itu, bagaimana untuk membuat anak anda tetap semangat untuk berpuasa? Ini tip yang boleh anda ikuti supaya puasa anak anda berjalan lancar sehingga waktu berbuka.
Bagaimana memastikan puasa anak anda tetap lancar?
Mengenalkan puasa pada anak merupakan tanggungjawab orang tua. Puasa mengajarkan anak anda agar memiliki pola hidup yang disiplin, sabar, sudi berkongsi, serta mengawal diri. Orangtua boleh mula memperkenalkan puasa kepada anak-anaknya seawal usia empat atau lima tahun.
Pengenalan puasa bagi si kecil sebaiknya dilakukan secara bertahap. Sesuaikan dengan daya tahan tubuh dan kemampuan anak anda. Latih anak anda untuk makan sahur bersama dan berpuasa selama beberapa jam, misalnya 2 jam selama beberapa hari.
Semakin mengingkat usia anak anda, tambahkan waktu berpuasanya, contohnya ditambah 2 jam lagi, dan seterusnya sehingga berjaya puasa penuh hingga waktu berbuka. Berikut adalah beberapa tip yang mudah untuk anda cuba bagi membantu anak anda tetap semangat berpuasa.
1. Maklumkan kepadanya tentang tujuan puasa
Puasa adalah kegiatan yang baik, namun anda harus benar-benar memberitahu anak anda manfaat puasa yang sebenarnya. Selain memperkuat keimanan dan mendapatkan pahala, puasa juga dapat menyihatkan tubuh dan belajar berkongsi dengan orang lain.
Jadi, ketika anda menunjukkan manfaat dan tujuan puasa kepada anak anda, dia akan lebih termotivasi. Selain itu, anak anda akan belajar menghargai apa pun yang dimilikinya. Agar anak anda tetap semangat berpuasa, jangan pernah membebaninya dengan puasa. Sebaliknya jadikanlah ibadah puasa sebagai hal yang menyenangkan.
2. Lakukan secara bertahap
Mengajar dan mengajak anak untuk berpuasa pertama kali bukanlah hal mudah. Kesabaran sangat diperlukan dalam mengajarkan anak berpuasa. Selain itu, lakukan secara bertahap terutamanya jika anak anda masih sangat kecil. Anda boleh mula membiasakan anak anda berpuasa setengah hari terlebih dahulu, kemudian naik ke tahap selanjutnya hingga anak anda boleh berpuasa sehari penuh.
3. Penuhi dengan aktiviti menyeronokkan
Jadikanlah puasa menjadi sesuatu yang istimewa, hingga anak anda akan merasakan bahawa puasa adalah hal yang menyeronokkan dan istimewa. Namun, jangan terlalu berlebihan. Hal ini bertujuan agar anak anda bersemangat berpuasa. Contohnya, penuhi waktu dengan menemani anak anda membaca beberapa buku cerita atau mengajaknya membeli juadah berbuka atau persiapan raya. Ini adalah tip berkesan agar puasa anak anda berterusan hingga waktu berbuka.
4. Buatlah menu dan suasana sahur yang menyenangkan
Supaya anak anda semangat berpuasa, ciptakan menu dan suasana sahur yang menyenangkan. Ajar anak makan sahur perlahan-lahan kerana mereka belum terbiasa dengan gaya makan sahur yang menganggu waktu tidur dan makan di tengah malam dalam kondisi belum lapar.
Untuk memudahkan anak anda makan sahur, masaklah menu sahur kesukan si kecil dan hidangkannya semenarik mungkin. Tidak ada salahnya anda bertanyakan terus kepada anak anda, menu apa yang ingin dimakan hingga bertambah semangat sahurnya.
Menu sahur sebaiknya mengandungi semua zat nutrien seimbang sesuai mengikut keperluan anak. Pilih sumber karbohidrat dengan indeks glisemik rendah, seperti beras perang, kentang, atau spagheti supaya merasa kenyang lebih lama. Jangan lupa sertakan buah dan sayur yang juga tinggi serat.
5. Buat menu buka puasa yang menarik
Untuk berbuka puasa, sebaiknya sajikan makanan atau minuman yang manis agar tenaga anak anda cepat kembali, tetapi jangan berlebihan. Elakkan terus mengambil makanan berat seperti nasi, mahupun makanan berempah terlalu tajam seperti terlalu masam atau pedas.
Hidangkan makanan dengan suhu yang sesuai (tidak terlalu panas dan dingin). Makanan buka puasa juga wajib mengandungi zat nutrien seimbang yang diperlukan oleh tubuh anak anda mengikut umur.
6. Beri pujian
Jangan memarahi anak anda jika dia belum mampu berpuasa sehari penuh. Sebaliknya, beri sokongan dan pujilah anak anda supaya termotivasi untuk berpuasa di esok hari. Apatah lagi ibadah puasa merupakan cabaran baru bagi anak anda yang perlu belajar menahan diri daripada makan dan minum. Selain itu, anda juga anda boleh memberikan hadiah jika anak anda berjaya puasa penuh selama sebulan asalkan tidak berlebihan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.