Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Bulan Ke-14

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anda mungkin menyedari bahawa bayi anda mula mengalami rasa takut dan bimbang. Anak anda menjadi semakin sedar dan sensitif terhadap persekitarannya. Dia mungkin takut kepada suara mesin basuh atau mesin pengisar. Anda harus sedar akan perkara ini dan cuba mencari jalan untuk menenangkan anak anda.

Ketakutan yang yang lain mungkin terhadap tab mandi. Walaupun anak anda dahulunya suka mandi di dalam tab mandi, dia kini mungkin merasakan ia sebagai tempat yang menakutkan. Cuba berikan mandian span selama beberapa hari. Anda boleh cuba membiarkan anak anda duduk di dalam tab mandi tanpa air dan berikan kain lap untuk mereka bermain. Dia akan rasa selesa dan selamat tidak lama kemudian.

Apakah yang anak saya patut bersedia untuk lakukan?

Anak anda mungkin menjadi aktif di luar kawalan. Ini adalah waktu yang baik untuk meletakkan beberapa had bagi anak anda dan memberikan kerja-kerja asas untuk membentuk disiplin. Anda dan suami perlu mempunyai persefahaman yang sama tentang apa yang dibenarkan dan apa yang akan berlaku jika anak anda melebihi hadnya. Ini tidak bermakna anda perlu menjerit. Cara yang terbaik ialah dengan menjadi tegas. Biarkan anak anda tahu apa tingkah laku yang baik dan apa yang buruk. Anak anda akan tahu dengan serta merta jika anda serius melalui perubahan pada ton suara anda.

Waktu bermain adalah sangat penting dalam pembinaan skil motor dan sosial serta keyakinan diri. Oleh itu, sila sediakan peluang dan ruang yang banyak untuk mereka bermain. Anda mungkin melihat anak anda bermain sendirian. Jangan rasa bersalah. Anda harus menggalakkan mereka bermain. Anda boleh memerhatikannya dari jauh. Ini akan menggalakkan mereka berdikari dan menerokai dunia dengan sendiri. Anda akan membantu pembesaran mereka.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Kemungkinan anak anda tidak dijadualkan untuk berjumpa doktor pada waktu ini. Anda harus berbincang dengan doktor jika terdapat perubahan yang mendadak pada pembesaran anak anda. Anda juga harus bertanyakan doktor tentang vaksin.

Apa yang harus saya beritahu kepada doktor?

Doktor mungkin meminta anda untuk cuba berhenti menggunakan botol susu. Jika anda masih belum bersedia untuk melakukannya, pastikan gigi anak anda dalam bentuk yang baik dengan menyimpan susu, susu formula dan jus untuk diberikan semasa waktu makan dan snek. Jika anda merasakan sudah masanya untuk berhenti menggunakan botol susu sepenuhnya, anda boleh melakukannya serta merta atau secara berperingkat. Cara serta merta adalah lebih pantas tetapi akan membuatkan anak anda menangis dan berkemungkinan tidak tidur malam. Langkah berperingkat mungkin pilihan yang lebih baik. Ia mungkin dilakukan dengan menukarkan botol dengan menghirup dari cawan. Anda boleh mula menukar semasa sarapan dan kemudian sewaktu makan tengah hari selepas beberapa hari. Minuman botol sebelum tidur kebiasaannya paling susah untuk dihentikan dan selalu menjadi yang terakhir.

Apa yang diharapkan

Apa yang saya bimbangkan?

Anda mungkin bimbang tentang berat anak anda. Ini adalah normal. Semua ibu akan mengalami kebimbangan ini walaupun anaknya sudah dewasa. Anda harus tahu yang bayi kebiasaannya tidak memerlukan banyak makanan, sekurang-kurangnya tidak sebanyak yang diperlukan oleh orang dewasa. Jika bayi anda seorang yang sangat aktif, dia mungkin mengambil kalori yang lebih sedikit berbanding yang digunakan. Anda hanya perlu risau jika anak anda tidak aktif tetapi hilang berat badan. Ini mungkin petanda kepada masalah yang serius.

Jika anak anda terlebih berat badan, anda harus memastikan dia mengambil snek yang sihat dan kurangkan pengambilan gula. Anda tidak perlu berasa terlalu risau. Sebaik sahaja dia sudah pandai berjalan, dia akan berlari dan menjadi semakin kurus dan tinggi.

Anda mungkin bimbang tentang apa yang ingin diberikan kepada anak anda semasa demam. Kebanyakan demam adalah disebabkan oleh virus dan akan hilang selepas beberapa hari. Cuba elakkan memberi anak anda ubat-ubatan tanpa preskripsi. Ubat-ubatan ini kebiasaannya tidak disyorkan bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun melainkan dipreskrip oleh doktor. Anda harus berunding dengan doktor jika simptom menjadi semakin teruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 16/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 25/07/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

anak

Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan
pergaulan dengan keluarga ipar

Batas Pergaulan Keluarga Besar, Ipar-Duai Jangan Sampai Berlaga Pipi Lain Jantina

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/02/2020 . 4 minit bacaan
wujudkan-hubungan-sihat-dengan-ibu-bapa

Mak Ayah ‘Kaki Kontrol’? Ketahui 7 Tip Wujudkan Hubungan Sihat Dengan Mereka

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/02/2020 . 3 minit bacaan
Rahsia Ibu Tunggal yang Perlu Anda Ketahui

Rahsia Ibu Tunggal yang Perlu Anda Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/09/2019 . 4 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Kekal Cergas? Bagaimana Jika Anda Lakukannya Bersama Ahli Keluarga

Melakukan aktiviti kecergasan fizikal bersama ahli keluarga boleh meningkatkan keyakinan diri anak anda. Apakah kepentingan kecergasan fizikal yang lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Tips Keibubapaan 20/09/2019 . 3 minit bacaan

8 Sebab Kenapa Lagu Kanak-Kanak Seperti ‘Baby Shark’ Penting Untuk Tumbesaran Anak Anda

Lagu kanak-kanak adalah sangat penting buat perkembangan mereka. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 27/07/2019 . 4 minit bacaan

Sekitar 30 Juta Bayi Pramatang dan Sakit Memerlukan Rawatan Setiap Tahun

Kira-kira 30 juta bayi dilahirkan terlalu awal, kecil atau dalam keadaan sakit setiap tahun dan memerlukan penjagaan khusus untuk hidup, menurut laporan oleh satu pakatan global termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Berita, Berita Antarabangsa 14/12/2018 . 2 minit bacaan

Bagaimana Ingin Bercuti Tanpa Stres?

Tahun 2018 bakal melabuhkan tirai dalam 2 minggu sahaja lagi, cuti sekolah juga bakal berakhir. Dengan berbaki cuti yang ada, tentu anda ingin menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan orang ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/12/2018 . 2 minit bacaan