Dalam kehidupan alam keibubapaan, terdapat banyak perkara yang perlu ibu bapa tahu. Salah satunya ialah pemilihan di antara susu segar untuk bayi atau susu formula untuk si comel. Mungkin ibu bapa akan menjadi sedikit pening atau keliru sama ada untuk memberikan si comel mereka susu ibu, susu formula atau susu segar.
Selain penjagaan yang sangat asas dan umum seperti menukar lampin, memandikan bayi atau menidurkan bayi, ibu bapa juga sebenarnya perlu tahu berkenaan penyusuan susu bayi.
Menurut pakar, tidak kiralah susu segar untuk bayi, susu formula atau susu badan, kesemuanya mempunyai potensi masing-masing. Pun begitu, susu ibu lah yang paling terbaik dalam kalangan susu-susu yang lain.
Namun disebabkan kesibukan atau pelbagai faktor-faktor lain, mungkin ada para ibu yang tidak berpeluang menyusukan bayi mereka dengan susu badan.
Jadi, apakah yang boleh ibu bapa lakukan untuk menyelesaikan permasalahan ini?
Dilema pemilihan susu bayi buat ibu bapa
Sebagai pasangan ibu bapa terutamanya yang masih baru dalam alam keibubapaan, sudah pasti anda pernah atau akan terfikir tentang susu apa yang paling sesuai untuk anak anda kelak apabila mereka berpisah susu badan dengan ibunya.
Mungkin ada ibu bapa yang akan mencadangkan susu formula dan ada juga yang akan menyarankan susu segar.
Ya, susu formula dan susu segar untuk bayi sememangnya mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Ini semuanya bergantung kepada ibu bapa dan kondisi bayi mereka sendiri. Faktor kesihatan, pekerjaan, persekitaran, dan gaya hidup anda sekeluarga mungkin akan menjadi kuncinya.
Susu ibu & bayi
Sebelum menjawab persoalan tersebut, anda sebagai ibu bapa perlu tahu semua berkenaan susu ibu terlebih dahulu.
Manfaat yang wujud di dalamnya mungkin akan membuat para ibu berfikir dua kali sebelum memutuskan untuk tidak langsung menyusukan bayi dengan susu ibu.
1001 manfaat susu ibu
Sesungguhnya, susu ibu merupakan makanan atau lebih tepat lagi minuman yang paling sesuai untuk seorang bayi. Ini kerana ia sudah cukup untuk menampung semua keperluan yang diperlukan oleh bayi.
Dalam erti kata yang lain, segala nutrien yang terkandung di dalamnya mampu untuk membuat bayi anda membesar dengan baik kelak.
Artikel berkaitan:
- Jenis Susu Ibu: Beza Kolostrum, Hindmilk Dan Foremilk
- Ada Banyak Mitos Tentang Penyusuan Susu Ibu, Tapi No 2 Yang Paling Ramai Ibu Tersilap
Sebenarnya, susu ibu bukan sahaja bagus untuk bayi bahkan para ibu yang menyusukan si comel mereka dengan susu badan juga akan mendapat manfaatnya yang tersendiri. Selain itu, susu ibu juga akan memberikan pelbagai manfaat yang lain. Berikut merupakan pelbagai manfaat susu ibu:
Manfaat susu ibu untuk bayi:
- Ia membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi
- Ia mengandungi nutrien yang sangat mencukupi buat bayi
- Ia akan berubah-ubah bentuk dan khasiatnya mengikut keperluan bayi yang sedang dalam proses membesar
- Ia menguatkan sistem imuniti bayi anda terutamanya ketika ia sedang dalam bentuk kolostrum
- Ia melindungi bayi dari pelbagai jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru
- Ia membantu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
- Ia mengandungi nutrien tertentu yang amat penting untuk perkembangan otak bayi
- Ia membantu dalam meningkatkan tahap kecerdikan bayi
- Ia tidak mudah tercemar jika hendak dibandingkan dengan pelbagai susu-susu yang lain
- Ia mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa sekali gus menyebabkan ia sangat mudah untuk disediakan
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi
- Ia memberi peluang kepada ibu dan bayi untuk berinteraksi sepenuhnya sekali gus meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi.
Susu segar vs susu formula untuk bayi
Selain susu ibu, susu sebenarnya mempunyai pelbagai jenis antaranya susu segar ataupun susu formula. Disebabkan itu, ramai ibu bapa yang keliru apabila tiba waktu mereka perlu memilih salah satu daripadanya untuk diberikan kepada si comel.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu tahu perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu formula.
#1 Kandungan nutrisi susu segar dan susu formula
Kedua-dua susu segar dan susu formula mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan bayi atau manusia secara amnya, dan lebih kurang sama sahaja kandungan nutrisinya.
Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.
Walaupun kedua-duanya adalah lebih kurang sama sahaja dari aspek nutrisi masing-masing, sudah pasti ada beberapa perkara yang membezakan kedua-dua susu itu, bukan?
#2 Kelebihan susu formula untuk bayi
Antara kelebihan susu formula ialah ia boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu segar tidak mempunyai kelebihan ini.
Susu formula juga tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya.
Artikel berkaitan: