Tidak Salah Untuk Biarkan Anak Anda Bermain Gajet, Namun Kena Kawal!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Pada masa kini, di mana-mana sahaja, situasi kanak-kanak bersama penggunaan gajet boleh dianggap sebagai satu pemandangan atau keadaan biasa.

Kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang sememangnya celik IT.

Seiring dengan peredaran zaman, gajet lebih menjadi pilihan kanak-kanak berbanding permainan atau sesuatu aktiviti yang melibatkan fizikal.

Malah, sungguh mengagumkan apabila melihat seorang kanak-kanak seawal usia 2 tahun dapat mengendalikan dan tahu menggunakan gajet, sama seperti cara seseorang kanak-kanak tahu menggunakan botol susu.

Penyelidikan daripada pakar pendidikan kanak-kanak di Michael Cohen Group mendedahkan bahawa skrin sentuhan telah mengambil alih semua bentuk kegembiraan lain untuk kanak-kanak.

60 peratus (%) ibu bapa dengan anak yang berusia 12 tahun ke bawah melaporkan bahawa anak mereka sering menggunakan skrin mudah alih, sementara 30% sangat kerap menggunakannya.

Dan, sangat menarik untuk diperhatikan bahawa 36% daripada kanak-kanak ini mempunyai peranti mereka sendiri.

telefon pintar

Kawal Penggunaan Gajet Anak Anda!

Jika kanak-kanak pada zaman dahulu hanya tahu bermain lego, baling selipar dan kejar-kejar, kanak-kanak zaman ini lebih advanced dengan YouTube, Facebook dan Instagram.

Tanpa menolak kelebihan yang ada, penggunaannya haruslah diselia dan dikawal khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan ketagihan dan merencatkan kemahiran sosial anak-anak.

Berikut beberapa tip untuk mengawal penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak.

1. Tetapkan masa

Gajet mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah ia boleh merangsang kreativiti anak-anak melalui video dan gambar yang bergerak.

Terdapat juga banyak permainan video yang berbentuk pendidikan.

Di samping kebaikan yang ada, had masa hendaklah ditetapkan agar mereka tidak menjadi ketagih.

Jika anak-anak sudah terbiasa bermain telefon atau iPad, mereka akan sentiasa meminta peranti tersebut dari semasa ke semasa.

Setiap kali anda ingin berikan kepada anak-anak anda, hadkan masa kurang daripada 15 minit pada satu-satu masa.

Sebaiknya, elakkan penggunaan melebihi 30 minit sehari.

2. Pantau penggunaan

Kanak-kanak sangat mudah terdedah kepada pelbagai jenis kandungan tidak sihat di dalam gajet, khususnya pornografi yang semakin menular dan mudah didapati di dalam internet.

Anda perlu memantau anak anda semasa menggunakan gajet.

Lakukan interaksi bersamanya semasa melihat skrin telefon dan tanyakan mereka soalan seperti “apa nama binatang ni?”, “warna apa ni?” atau “macam mana bunyi kucing?”

Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa, tanyakan soalan-soalan yang lebih mencabar seperti “macam mana burung boleh terbang?” atau “kenapa kita perlu makan sayur?”

telefon pintar

Dengan interaksi yang berlaku, hubungan antara ibu bapa dan anak akan lebih erat.

Dalam masa yang sama, minda anak-anak juga akan berkembang.

Anda juga boleh letakkan telefon kepada mod parenting control untuk mengelakkan mereka membuka laman-laman yang tidak sepatutnya.

3. Jangan manjakan anak anda dengan gajet

Sebahagian ibu bapa menjadikan telefon sebagai “ubat penenang” apabila anak-anak mereka menangis atau mengamuk.

Membuka video di YouTube adalah langkah yang sangat mudah untuk memujuk kanak-kanak yang menangis.

Namun, video tersebut hanyalah solusi sementara dan tidak akan menyelesaikan punca sebenar.

Anda seharusnya mencari sebab sebenar anak anda menangis.

Contohnya, jika seorang anak anda menangis kerana mainannya diambil oleh adiknya, anda perlu meminta si adik memulangkan semula kepada si abang kerana itu adalah haknya.

Jika anak-anak terlalu dimanjakan dengan gajet, mereka akan lebih mudah mengamuk dan sentiasa meminta-minta.

4. Elakkan gajet ketika ada ramai orang

Apabila saudara mara pulang ke kampung, gunakan saat itu untuk membiarkan anak-anak anda bersosial bersama sepupu dan saudaranya.

Jika mereka meminta gajet, elakkan daripada menunaikan permintaannya.

Anak-anak perlu belajar bersosial dan berinteraksi dengan persekitarannya.

Ia adalah skil yang penting sebelum melangkah ke alam sekolah dan remaja.

telefon pintar

5. Tiada gajet dalam dua tahun pertama

Terdapat banyak umur yang digariskan oleh pakar yang berbeza berkenaan umur yang sesuai untuk memperkenalkan gajet kepada anak-anak.

Kebanyakan pakar meletakkan umur selepas dua tahun sebelum menggunakan apa-apa gajet.

Umur dua tahun pertama ini adalah waktu yang harus digunakan oleh anak-anak untuk berinteraksi dengan objek-objek fizikal di sekeliling mereka.

Ini adalah penting untuk merangsang deria sentuhan mereka yang gagal didapati melalui gajet.

6. Tunjukkan contoh teladan yang baik

Jika anda mengharapkan anak-anak anda agar tidak terlalu kerap menghadap skrin telefon atau iPad, anda harus memulakannya terlebih dahulu.

Kanak-kanak sangat mudah terikut dengan tingkah laku orang tuanya.

Banyakkan masa bermain dan berborak dengan anak-anak anda.

Elakkan memegang gajet semasa waktu keluarga seperti waktu makan atau berkumpul di ruang tamu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kesan Penggunaan Telefon Pintar Pada Otak Kanak-kanak

Anak anda gunakan telefon pintar milik anda di rumah? Ini kesan penggunaan telefon pintar oleh kanak-kanak yang mungkin tidak anda tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Kesihatan Anak Lain 12/11/2018 . 2 minit bacaan

Gajet: Antara Manfaat dan Mudarat

Gajet sudah menjadi satu keperluan bagi semua orang pada hari ini. Dunia yang sedang bergerak pantas memerlukan penyaluran maklumat yang seiring dengan perkembangan yang ada. Jika dahulu, mungkin memerlukan masa ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Hubungan Yang Sihat, Kesihatan Mental 14/09/2018 . 2 minit bacaan

Bagaimana Membesarkan Anak Tanpa Gajet

Kita semua tahu bahawa penggunaan gajet dan pendedahan kepada skrin elektronik yang berlebihan boleh membahayakan bayi dan kanak-kanak, bahkan boleh memberi kesan kepada anak anda yang lebih dewasa. Pasti tiada ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Kanak-Kanak, Keibubapaan, Perkembangan Kanak-Kanak 20/08/2018 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tip-wujudkan-peraturan-penggunaan-gajet

Tip Wujudkan Peraturan Penggunaan Gajet

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/11/2019 . 3 minit bacaan
pendedahan-gajet-anak

Pendedahan Gajet Beri Kesan Kepada Perkembangan Struktur Otak Anak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/11/2019 . 2 minit bacaan
masalah tidur malam

Hati-Hati Lebih Banyak Masa Dengan Telefon, Lebih Teruk Corak Tidur Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 29/10/2019 . 2 minit bacaan
budak gajet, masa skrin

Anak 5 Tahun Hanya Dibenarkan 1 jam Masa Skrin Sehari? Ketahui Garis Panduan Penggunaan Gajet

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 29/03/2019 . 5 minit bacaan