Dalam ketagihan, semakin anda berikan banyak masa dan peluang kepadanya, maka ia akan semakin meminta-minta atau menuntut anda untuk melakukannya dengan kerap.
Bahkan, ia boleh mengubah dan menjejaskan kehidupan anda tidak seperti sebelum anda mengalami ketagihan.
Berbeza dengan minat, minat tidak mempengaruhi anda untuk kerap melakukannya, apatah lagi sehingga mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih buruk.
Sebagai contoh, bagi isu pornografi. Sekiranya anda memerlukan kaedah buatan untuk tujuan rangsangan, ia bukanlah satu minat tetapi penyakit ketagihan.
Minat pula akan mengajar anda bagaimana untuk mendapatkan rangsangan dengan cara yang betul, bukan melalui rangsangan buatan sehingga membuatkan anda kerap melakukannya.
Perbezaan kedua yang membezakan ketagihan dan juga minat ialah, ketagihan akan membuatkan anda sering kehilangan tenaga sehingga menjadikan anda tidak aktif ataupun pasif.
Minat pula memberikan anda lebih banyak tenaga dan semangat dalam melakukan sesuatu perkara. Minat juga menjadikan anda lebih aktif dan cergas.
Hati-hati, ada juga minat yang sihat dan juga yang tidak sihat

Namun, minat yang kelihatan positif ini juga mempunyai jenis yang sihat dan tidak sihat.
Jenis minat yang sihat dicirikan oleh kegigihan yang fleksibel terhadap aktiviti yang diinginkan, yang tidak mengganggu atau menjejaskan aspek lain dalam hidup anda seperti hubungan kekeluargaan atau kesihatan.
Ia juga menjadikan diri anda berada dalam keadaan emosi yang lebih positif.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen