Malah ada ibu bapa yang berada dalam penafian, mereka cuba meyakinkan diri mereka sendiri bahawa pendedahan awal kepada skrin digital ini boleh mendidik anak mereka. Sedangkan literasi digital yang bermanfaat adalah kesan kurikulum berstruktur, bukannya kartun dan hiburan dalam talinan. Bagaimana anak kecil yang belum berkembang kemahiran sosialnya boleh mendapat faedah dengan gajet jika mereka hanya terpaku di hadapan skrin digital tanpa interaksi fizikal yang sebenar?
Bagaimana membesarkan anak tanpa gajet
Pengasuhan anak memerlukan perhatian, kesabaran dan tenaga yang banyak. Hakikatnya ramai ibu bapa yang bergantung harap kepada skrin digital untuk mengalihkan perhatian anak mereka kerana mereka sudah terlalu penat. Penyelesaian yang bijak sebenarnya ialah dengan membiarkan anak anda bermain sendiri.
Bermain sendiri atau secra bebas bermakna permainan yang dipilih, dimulakan dan diarahkan oleh anak anda sendiri. Apabila anak anda tahu bermain sendiri, mereka akan kurang memerlukan perhatian anda pada setiap masa. Anda bukan lagi menjadi sumber hiburan anak anda. Anda boleh duduk dan hanya memerhatikan apa yang sedang diterokai anak anda. Anda mungkin dapat membaca, menyemak e-mel, bekerja, makan atau melakukan apa sahaja semasa anak anda sedang bermain dan meneroka.
Menggalakkan penerokaan secara bebas dan sendiri bukan sahaja memberikan anda kerehatan yang anda perlukan. Bermain sendiri membina keupayaan emosi, keyakinan, disiplin diri dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen