Fakta yang mungkin anda tidak ketahui, gigi bayi sebenarnya sudah berkembang semasa mereka masih dalam kandungan. Ada 7 aspek berkaitan pertumbuhan gigi bayi yang perlu diberikan perhatian!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Pertumbuhan gigi bayi
Bayi yang baru lahir mempunyai 20 gigi susu yang tersembunyi di bawah gusi mereka. Pertumbuhan ini sangat penting untuk kesihatan dan perkembangan anak. Ia membantu mereka untuk mengunyah, bercakap dan tersenyum.
Ia juga berfungsi untuk menahan ruang pada rahang bagi gigi kekal yang akan muncul di bawah gusi.
Sekiranya gigi susu ini hilang terlalu awal, terdapat kemungkinan akan menimbulkan masalah untuk proses pertumbuhan gigi kekal.
Keadaan tersebut boleh mengakibatkan gigi menjadi jongang atau sesak.
Sebab itu penting memastikan si manja mendapat penjagaan oral yang baik untuk melindungi proses pertumbuhan gigi si manja untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
Perkara penting berkaitan gigi bayi
Berikut adalah 7 aspek penting yang perlu dititikberatkan berkaitan gigi bayi anda.
#1. Pertumbuhan gigi bayi seawal 6 – 12 bulan
Terdapat perbezaan tempoh masa untuk pertumbuhan gigi pertama. Bahkan si manja mungkin tidak akan mempunyai gigi sehinggalah ulang tahun yang pertama mereka!
Sekitar usia 3 bulan, bayi akan mula meneroka mulut dengan memasukkan tangan.
Keadaan ini sering kali menimbulkan persoalan pada kebanyakan ibu bapa, adakah ia bermakna si manja akan tumbuh gigi.
Biasanya gigi yang pertama akan muncul sekitar usia 6 bulan dan ia adalah gigi depan bahagian bawah.
Pertumbuhan gigi biasanya akan selesai apabila si manja berusia 3 tahun.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
#2. Tambahan fluorida dalam diet pemakanan anak 6 bulan
Fluorida adalah mineral yang membantu mencegah kerosakan gigi dengan mengeraskan enamel gigi.
Anda disarankan untuk memasukkan beberapa auns fluorida apabila si manja mula mengambil makanan pejal – sekitar 6 bulan ke atas.
Dapatkan rundingan pakar pediatrik untuk mengetahui sumber fluorida yang terbaik untuk diberikan kepada anak sebagai makanan tambahan.
Baca juga:
Pertumbuhan gigi bayi #3. Mengurut gusi yang sakit
Proses pertumbuhan gigi jarang menyebabkan anak berasa tidak selesa.
Namun, bayi mungkin menunjukkan tanda ketidakselesaan apabila gusi di sekitarnya membengkak dan si manja mungkin mengeluarkan lebih banyak air liur daripada kebiasaan.
Ibu bapa boleh bantu meredakan ketidakselesaan ini dengan mengurut gusi si kecil menggunakan kain atau jari yang bersih.
#4. Elak penggunaan ubat
Anda disarankan untuk tidak menggunakan sebarang ubat bagi mengatasi kesakitan akibat pertumbuhan gigi bayi.
Contohnya seperti racun tumbuhan belladonna dan gel dengan benzocaine.
Walaupun kedua-dua bahan tersebut dipasarkan untuk menghilangkan rasa sakit anak, Food and Drug Administration (FDA) telah mengeluarkan amaran kerana ia mungkin menyebabkan kesan sampingan.
#5. Gosok gigi anak 2x sehari dengan ubat gigi fluorida
Sebaik sahaja anak sudah mempunyai gigi, anda harus memberusnya 2x sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida terutamanya selepas makan atau minum yang terakhir pada hari tersebut.
Pastikan anda tidak biarkan bayi tidur dengan botol susu, kerana ia cenderung menyebabkan kerosakan gigi.
Sebaik sahaja anak sudah mampu memberus gigi sendiri, ajarkan mereka cara untuk berkumur dan membuang lebihan ubat gigi dengan meludah.
Disarankan untuk menggunakan ubat gigi apabila anak mencecah usia sekitar 6 tahun.
Anda juga perlu memantau dan membantu anak menggosok gigi sehingga mereka mencapai usia 7 atau 8 tahun.
#6. Bertanyakan pakar pediatrik
Semasa pemeriksaan kesihatan bulanan, pakar pediatrik akan memeriksa gigi bayi dan gusi untuk memastikan ia berada dalam keadaan sihat.
Mereka juga mungkin akan berkongsi cara dan langkah penjagaan yang betul.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan doktor, okay?
7. Pemeriksaan gigi buat pertama kali
Sebaiknya cuba untuk melakukan pemeriksaan gigi anak apabila ia mula tumbuh gigi pertama dan menjelang setahun kelahirannya.
Doktor gigi pediatrik akan memastikan semua gigi tumbuh normal tanpa sebarang masalah.
Mereka juga akan memberikan nasihat tentang aspek penjagaan gigi yang betul.
Pentingnya penjagaan gigi
Tidak dinafikan gigi susu hanya untuk tempoh sementara. Tetapi ia memainkan peranan penting untuk:
- Menyediakan ruang untuk gigi kekal
- Memberikan wajah penampilan normal
- Membantu proses pertuturan dengan jelas
- Bantu proses penyerapan nutrien – gigi rosak menyukarkan kunyahan sekali gus menyebabkan anak menolak makanan
- Membantu memberikan permulaan yang sihat pada gigi kekal – kerosakan dan jangkitan ketika pertumbuhan gigi bayi boleh mengakibatkan kerosakan pada gigi kekal yang tumbuh di bawahnya