Nota Pengarang: Susu Ibu Asas Kehidupan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

“Jika penyusuan susu ibu tidak pernah wujud, dan jika ada sesiapa yang menciptanya pada masa kini, sudah tentunya beliau layak menerima Hadiah Nobel dalam perubatan dan ekonomi”Keith Hansen, Bank Dunia.

Kematian 823 ribu kanak-kanak, 20 ribu kematian ketika melahirkan bayi dan kerugian USD 302 billion setiap tahun sudah cukup untuk menggambarkan realiti yang sedang dunia hadapi. Semua ini sudah tentu boleh dielakkan dengan memperkasakan penyusuan susu ibu.

Penyusuan susu ibu bukan sahaja menyelamatkan nyawa malah wang ringgit, ia merupakan asas kepada kehidupan. Pada tahun ini, Minggu Penyusuan Susu Ibu memfokus bagaimana susu ibu dapat membendung malnutrisi di peringkat awal, memastikan keselamatan makanan ketika krisis dan mampu memecahkan kitaran kemiskinan. Minggu ini, kita harus melihat semula kemajuan yang telah kita kecapi dalam memahami isu penyusuan susu ibu di peringkat global.

Pada tahun 2015, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melancarkan ‘Sustainable Development Goals (SDGs)’, sebuah agenda transformasi dunia menerusi pembangunan mampan menjelang tahun 2030. Terdapat perkembangan terutama pada 17 objektif SDG, namun demikian, perkembangan tersebut tidak menepati tanda aras oleh PBB.

Kita harus menggembleng tenaga dan usaha demi mencapai sasaran Agenda tahun 2030 tersebut dan memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam proses transformasi itu. Minggu penyusuan susu ibu dapat membantu objektif tersebut.

Minggu penyusuan susu ibu menyoroti perkaitan di antara objektif SDG untuk memastikan perlindungan, promosi dan sokongan terhadapap penyusuan susu ibu adalah kunci kepada pembangunan mampan. Kekurangan zat makanan, keselamatan makanan dan kemiskinan menjejaskan masyarakat global menghalang pembangunan mampan.

Laporan SDG 2018 menekankan pentingnya memberi tumpuan kepada masalah ini. Kelaparan dunia semakin meningkat, sebahagiannya disebabkan oleh keselamatan makanan dan krisis lain seperti konflik serantau, kemarau dan bencana yang berkaitan dengan perubahan iklim. Obesiti dan penyakit kronik juga semakin berleluasa. Kemiskinan yang paling teruk masih berlarutan dan jurang antara kaya dan miskin semakin meningkat.

Satu bentuk intervensi yang sering diabaikan dalam mengatasi masalah ini adalah penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu yang optimum membantu mencegah kekurangan zat makanan dari peringkat awal lagi dengan kesan positif sepanjang hayat terhadap kanak-kanak dan ibu.

Penyusuan susu ibu adalah keputusan terbaik yang membantu memastikan keselamatan makanan walaupun pada ketika berlakunya krisis. Penyusuan ibu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak serta merupakan asas pembangunan dan masa depan negara. Ia juga boleh membantu menembusi kitaran kemiskinan.

Melindungi, mempromosi dan menyokong penyusuan susu ibu adalah penting untuk kesihatan global. Dengan mengekalkan dedikasi ibu-bayi dan fokus dan mewujudkan kitaran sokongan untuk penyusuan susu ibu, kita boleh mencapai sasaran Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) iaitu sasaran sekurang-kurangnya 50% penyusuan susu ibu eksklusif pada tahun 2025. Ini juga akan membawa kita lebih hampir untuk mencapai SDG.

Kami di Hello Doktor akan terus komited dan berusaha dalam memberi informasi berguna kepada masyarakat umum untuk memahami manfaat penyusuan susu ibu menerusi laman mikro tetap kami iaitu Penyusuan Badan yang diletakkan sebagai sebahagian daripada kandungan keibubapaan (parenting) kami.

Bersama-sama, kita boleh memaklum, membina, melibat dan merangsang penyusuan ibu sebagai asas kehidupan. Setiap daripada kita mempunyai peranan untuk memastikan masa depan yang lebih sihat, lebih bahagia dan mampan.

Pengarang Urusan, Hello Doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Raya Haji Ini Atuk & Nenek Makin Kurang Selera Makan? Ini Puncanya! BAHAYA Jika Dibiarkan!

Penjagaan warga emas turut melibatkan pemakanan sihat. Ini kerana ia amat penting untuk kesihatan warga emas daripada mengalami kekurangan zat dan nutrisi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak yang tumbuh gigi kerana takut digigit oleh mereka. Ini cara untuk berikan susu badan tanpa bimbang akan digigit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penyusuan Badan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke? Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok, Jangan Beri Pada Si Manja

Bagaimana menentukan perahan susu badan expired atau masih boleh diberikan kepada bayi? Ini 5 tanda tempoh hayat susu ibu telah rosak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyusuan bayi

Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
menyusukan badan

Wanita Penghisap Vape, Ada Risiko Jika Anda Menyusukan Bayi, Si Manja Akan Dapat Sakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
tambah susu badan

Mama, Tak Perlu Lagi Guna Produk Milk Booster! Ini 4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan