Perlukah Vitamin Tambahan Diberikan kepada Bayi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bayi anda memerlukan vitamin yang secukupnya untuk tumbesaran yang sempurna. Mereka tidak akan mendapat vitamin yang secukupnya hanya melalui pemakanan sahaja. Pakar pediatrik mengesyorkan bayi yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun diberi suplemen yang mengandungi vitamin A, C dan D setiap hari.

Di manakah suplemen ini boleh diperoleh?

Suplemen-suplemen ini boleh diperolehi di farmasi ataupun pusat-pusat kesihatan yang telah diiktiraf. Namun harus diingatkan supaya anda berunding terlebih dahulu dengan pakar pediatrik sebelum memberi anak anda apa-apa suplemen bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Sesetengah produk mempunyai kandungan yang lain selain daripada vitamin. Oleh itu anda perlu lebih berhati-hati dan berhubung dengan pakar sebelum membeli. Selain itu juga, jangan beri anak anda dua suplemen sekaligus kerana boleh mendatangkan bahaya. Sebaliknya beri satu jenis vitamin sahaja kepada anak anda pada satu masa.

Vitamin-vitamin yang perlu diambil oleh bayi anda juga mempunyai kategori dan khasiatnya yang tersendiri. Berikut merupakan vitamin-vitamin yang diperlukan bagi menjamin tumbesaran bayi yang sempurna.

Vitamin A

Vitamin A penting untuk bayi yang sedang membesar dan kanak-kanak. Vitamin ini menguatkan sistem imun selain bagus untuk kulit dan penglihatan yang baik. Suplemen yang mengandungi vitamin ini disyorkan untuk diambil oleh bayi dan kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun kecuali jika mereka minum susu formula yang sudah mengandungi pelbagai nutrien yang mereka perlukan.

Selain suplemen, vitamin jenis ini juga terdapat di dalam sumber makanan seperti berikut:

  • Produk tenusu
  • Sayur-sayuran seperti lobak, bayam dan kubis
  • Buah-buahan seperti mangga, tembikai dan betik

Vitamin C

Vitamin C penting untuk kesihatan umum bayi dan sistem umum mereka. Vitamin ini juga membantu badan mereka meresap zat-zat besi yang terdapat dalam menu makanan mereka. Sama seperti vitamin A, suplemen yang mengandungi vitamin C ini juga disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun kecuali jika mereka minum susu formula yang sudah mengandungi pelbagai nutrien yang mereka perlukan.

Vitamin jenis ini juga terdapat dalam sumber makanan seperti berikut:

  • Sayur-sayuran seperti brokoli, tomato dan cili
  • Buah-buahan seperti oren, kiwi dan strawberi

Vitamin D

Vitamin D penting untuk pertumbuhan tulang, gigi serta otot. Vitamin ini seringkali dikaitkan dengan cahaya matahari kerana antara sumber utama vitamin ini adalah cahaya matahari yang meresap ke dalam kulit. Namun suplemen juga perlu diambil kerana bergantung kepada sinaran cahaya matahari sahaja tidak mencukupi untuk memastikan anak anda dapat membesar dengan tulang, gigi serta otot yang kuat.

Bayi yang berumur 1 tahun ke bawah yang menyusu badan seharusnya diberikan suplemen yang mengandungi 8.5 ke 10 mg vitamin D pada setiap hari. Bayi yang diberi susu formula pula tidak perlu diberikan suplemen vitamin D kerana vitamin D dan nutrien lain yang diperlukan terdapat di dalam susu formula tersebut. Kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 4 tahun pula perlu diberi 10 mg suplemen vitamin D setiap hari.

Sebelum memberi apa-apa suplemen berbentuk vitamin tambahan kepada anak anda, harus diingatkan untuk berhubung dan berbincang terlebih dahulu dengan pakar perubatan anda. Ini bertujuan untuk mengelakkan pengambilan suplemen dalam dos yang terlebih yang akan mendatangkan kemudaratan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Ada kajian yang kata bahawa aktiviti menyanyi dan menari mampu kurangkan stres. Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

    Jangan terkejut jika ada orang yang pekak sebelah telinga sahaja kerana ia memang boleh terjadi. Jom kita baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

    Boleh ke rawat buasir dengan memecahkan bonjolan bagi menghilangkan rasa sakit? Bagaimana dengan risiko jangkitan, adakah ia berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    aktiviti fizikal

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata penutup mulut

    Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    Test Image Upload

    Test Image Upload

    Ditulis oleh Billy Tran
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 1 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan