Manfaat Probiotik Terhadap Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kesihatan usus dan sistem imun anak anda perlu dititikberatkan dan diberi perhatian seawal usia mereka lagi. Ini adalah penting untuk memastikan mereka kekal cergas dan sihat seperti kanak-kanak lain. Antara usaha yang boleh dilakukan ibu bapa adalah memastikan anak anda dibekalkan dengan probiotik yang secukupnya.

Apakah itu probiotik dan bagaimanakah ia berfungsi?

Terdapat dua jenis bakteria di dalam dunia ini iaitu bakteria “baik” dan bakteria “tidak baik”. Probiotik merupakan bakteria “baik” yang berfungsi menyeimbangkan jumlah bakteria yang terdapat dalam sistem penghadaman kanak-kanak. Sistem penghadaman kanak-kanak mempunyai banyak bakteria di dalamnya yang sangat penting dalam penjagaan usus mereka.

Probiotik dapat membantu anak anda mengekalkan keseimbangan di antara bakteria berfaedah dengan bakteria berbahaya demi menjamin kesihatan saluran penghadaman. Saluran penghadaman yang sihat dapat membantu meningkatkan penghasilan antibodi utama seperti IgA dalam badan anak anda.

Apakah manfaat probiotik?

Umum mengetahui bahawa probiotik mempunyai peranan yang sangat besar dalam memastikan keseimbangan bakteria dalam sistem penghadaman bagi memastikan ia kekal sihat. Probiotik amat membantu dalam merawat penyakit-penyakit seperti berikut:

  • Cirit-birit yang disebabkan oleh antibiotik
  • Infeksi pada perut yang disebabkan oleh virus, bakteria atau parasit
  • Irritable bowel syndrome
  • Inflammatory bowel disease (IBD) atau keradangan pada usus

Probiotik bukan sahaja memainkan peranan dalam membantu dalam merawat penyakit-penyakit berkaitan sistem penghadaman malahan mempunyai pengaruh untuk membantu dalam merawat penyakit pada bahagian tubuh badan yang lain seperti:

  • Penyakit gigi dan mulut
  • Penyakit kulit seperti ekzema
  • Infeksi telinga

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa pengambilan probiotik bukanlah rawatan utama dalam merawat penyakit-penyakit yang telah dinyatakan. Ini hanyalah sekadar panduan dan langkah pencegahan pertama. Oleh itu, berhubunglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian dan rawatan yang lebih terjamin keberkesanannya.

Apakah sumber utama probiotik?

Probiotik sangat diperlukan oleh anak anda dalam menjamin kesihatan usus dan sistem penghadaman mereka. Probiotik boleh ditemui dalam sumber-sumber yang berbentuk makanan dan minuman seperti berikut:

  • Yogurt
  • Kefir
  • Buttermilk
  • Sauerkraut
  • Keju
  • Tempe
  • Jeruk

Anda juga boleh memastikan anak anda mendapatkan probiotik yang mencukupi dengan memberikan mereka suplemen yang berbentuk kapsul, tablet, serbuk atau cecair. Suplemen ini boleh ditemui di farmasi atau mana-mana pusat kesihatan yang telah disahkan. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan anak anda suplemen-suplemen ini untuk memastikan suplemen tersebut asli dan selamat untuk diberikan kepada anak anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Batuk Teruk? Nanti Dulu, Ibu! Jangan Bagi Si Kecil Makan Ubat Batuk Sembarangan, Bahaya!

    Boleh ke saya berikan anak saya ubat batuk jika mereka belum lagi mencecah umur 6 tahun? Jika anda ingin tahu jawapannya, jom baca artikel kami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda penyakit rabies

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    atrofi otot

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan