Tip Memilih dan Membuat Janji Temu Dengan Pakar Pediatrik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/06/2020 . 9 minit bacaan
Share now

Dalam bidang perubatan, sebenarnya terdapat banyak kategori doktor pakar yang kadang kala kita sendiri tidak tahu kewujudannya. Antara yang mungkin kita pernah terbaca atau terdengar adalah doktor pakar kardiologi, radiologi, psikiatri, ortopedik, obstretik dan juga pediatrik. Pakar-pakar ini akan berada di hospital dan juga klinik-klinik seperti klinik pakar kulit, klinik pakar gigi, klinik pakar kanak kanak dan di mana-mana pusat perubatan yang lain untuk sedia berkhidmat kepada individu yang memerlukan.

Seperti yang kebanyakan dari kita tahu, doktor pakar pediatrik adalah pakar dalam perihal berkaitan kanak-kanak. Pun begitu, apakah skop tugas sebenar mereka? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.

Apa itu pakar pediatrik?

Pakar pediatrik adalah doktor pakar yang akan menguruskan segala hal atau isu yang berkaitan dengan kanak-kanak. Mereka ini telah dilatih untuk mendiagnosis dan merawat anak anda jika berlaku sebarang masalah tidak kira sekecil atau sebesar mana sekalipun.

Kebolehan dan keupayaan mereka tidak usah anda ragukan kerana pakar pediatrik telah menjalani kursus perubatan berkaitan kesihatan kanak-kanak selama bertahun-tahun di sekolah perubatan. Selain itu, mereka juga pasti telah diiktiraf oleh kementerian atau persatuan kesihatan sesebuah negara sebelum boleh bergelar seorang doktor pakar kanak-kanak.

Apa fokus pakar pediatrik?

Pakar pediatrik akan berfokuskan kepada kesihatan fizikal, mental dan sosial bayi, kanak-kanak atau remaja. Anda tidak perlu ragu-ragu kerana mereka telah dilatih selama bertahun-tahun melalui kursus dan ‘housemanship’ untuk menyelesaikan segala isu yang membabitkan kanak-kanak daripada masalah berkaitan kesihatan atau kelakuan mereka sama ada di rumah atau sekolah.

Dalam erti kata yang lebih mudah, pakar pediatrik atau pakar kanak-pakar adalah individu yang anda akan cari setiap kali anak anda mempunyai masalah berkaitan dengan kesihatan atau kelakuan mereka.

Ini merupakan contoh tugas-tugas seorang pakar pediatrik:

  • Membuat pemeriksaan fizikal kanak-kanak
  • Memeriksa pertumbuhan, kelakuan dan skil kanak-kanak
  • Memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak
  • Mendiagnosis dan merawat sakit, infeksi, nutrisi, kecederaan dan pelbagai lagi masalah kesihatan kanak-kanak
  • Memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai perkembangan kesihatan, keselamatan, nutrisi serta keperluan kecergasan kanak-kanak
  • Menjawab setiap soalan berkaitan dengan tumbesaran kanak-kanak.
  • Merujuk ibu bapa kepada pakar jika mereka beranggapan kanak-kanak memerlukan penjagaan yang lebih rapi daripada pakar

Kategori pakar pediatrik

klinik pakar kanak kanak

Meskipun seorang pakar pediatrik sebenarnya adalah pakar dalam setiap isu kesihatan dan kelakuan kanak-kanak secara umumnya, mereka juga sebenarnya mempunyai bahagian pengkhususan masing-masing. Dalam bidang mereka, terdapat banyak kategori pakar pediatrik dan ini semua bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka, seperti:

Pediatrik Kardiologi

  • Mereka ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan jantung kanak-kanak.

Pediatrik Gastroenterologi

  • Mereka ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan sistem pencernaan kanak-kanak.

Pediatrik Endokrinologi

  • Mereka ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan tumbesaran, akil baligh atau apa-apa gangguan yang berkenaan dengan hormon dan kelenjar yang menghasilkannya dalam tubuh badan seorang kanak-kanak.

Pediatrik Nefrologi

  • Mereka ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan buah pinggang dan sistem urin kanak-kanak.

Pediatrik Pulmonologi

  • Mereka ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan paru-paru dan sistem pernafasan kanak-kanak.

Pediatrik Rheumatologi

  • Mereka ini pakar dalam segala perihal berkaitan dengan sistem autoimun dan imunisasi dalam tubuh badan kanak-kanak.

Pediatrik Hermatologi-Onkologi

  • Mereka ini pakar dalam segala perihal berkaitan dengan sistem darah kanak-kanak.

Pediatrik Neonatal-Perinatal

  • Mereka ini pakar yang akan menjaga dan merawat bayi pramatang dan bayi yang lahir tinggi risiko selepas kelahiran.

Pediatrik Penjagaan Kritikal

  • Mereka ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang sedang kritikal atau tidak stabil akibat penyakit dan kecederaan.

Pediatrik Kecemasan

  • Mereka ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang sedang berada di ruang kecemasan.

Pediatrik Penyakit Berjangkit

  • Mereka ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang menghidapi penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria, virus, kuman, parasit dan lain-lain jangkitan.

Pediatrik Hospital

  • Mereka ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak sepanjang mereka berada di dalam hospital.

Pediatrik Penderaan Kanak-kanak

  • Mereka ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan tidak kira mental atau fizikal.

Pediatrik Kelakuan Kanak-kanak

  • Mereka ini pakar yang akan membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan kelakuan mereka. Ini termasuklah masalah pembelajaran, pemakanan dan ketidakupayaan semula jadi seperti autisme dan cerebral palsy.

Pediatrik Remaja

  • Mereka ini pakar yang akan membantu remaja yang mempunyai masalah terutamanya dalam kehidupan sosial dan akademik mereka. Mereka akan membantu remaja yang berusia sehingga 21 tahun yang mempunyai masalah fizikal, kelakuan dan kesihatan emosi.

Ya, memang agak kompleks, bukan? Namun begitulah hakikatnya kategori-kategori seorang pakar pediatrik. Pun begitu, anda tidak perlu terlalu risau untuk membawa anak anda berjumpa doktor yang tepat dengan masalah anak anda kerana pada dasarnya mereka ini semua juga adalah seorang pakar pediatrik yang bertugas di klinik pakar kanak kanak. Oleh itu, segera rujuk pakar-pakar ini untuk menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan dengan kesihatan dan kelakuan anak anda.

Apa cabaran menjadi seorang pakar pediatrik?

Sebagai seorang pakar pediatrik, sudah pasti terdapat banyak halangan dan rintangannya. Berikut merupakan antara cabaran menjadi seorang doktor pakar kanak-kanak:

  • Pakar pediatrik perlu banyak bersabar, bersikap terbuka dan belajar mencuri perhatian kanak-kanak supaya mereka senang dirawat.
  • Sukar untuk mendapatkan maklumat sejarah perubatan pesakit kerana ia hanya diketahui oleh penjaga atau ibu bapa pesakit.
  • Sukar untuk mendapatkan simptom penyakit dengan lebih tepat.
  • Sukar mendapatkan kepastian dari pesakit kanak-kanak kerana mereka hanya cakap ‘ya’ atau ‘tidak tahu’ saja.
  • Perlu lebih fleksibel dan tekad kerana ada ketikanya kanak-kanak tidak tahu duduk diam ketika menerima sebarang rawatan.
  • Komunikasi dengan ibu bapa sangat penting untuk membuat sebarang keputusan ketika anak mereka sedang dirawat.

Tip memilih pakar pediatrik

klinik pakar kanak kanak

Dalam kebanyakan situasi, pakar pediatrik sering sibuk dengan pesakit, jadi anda mungkin hanya boleh bertemu dengan jururawat di hospital, klinik atau mana-mana pusat perubatan yang lain. Sebenarnya, anda perlu melakukan janji temu bersama mereka menerusi staf pendaftaran terlebih dahulu untuk memudahkan kesemua pihak.

Sebelum anda ingin membuat keputusan memilih doktor pediatrik terbaik untuk anak anda, berjumpa secara bertentang mata dengan doktor pediatrik tersebut terlebih dahulu kerana ia adalah penting apabila pertama kali anda berada di pusat perubatan tersebut. Dengan perjumpaan tersebut, ia mungkin dapat membantu anda membuat keputusan apabila memilih pediatrik untuk anak anda.

Apa yang perlu anda perhatikan?

Waktu menunggu adalah lebih baik jika digunakan untuk anda memandang sekeliling kawasan klinik atau hospital berbanding jika anda menghadap telefon pintar anda. Perhatikan perkara-perkara berikut:

Kebersihan: Ini adalah kriteria pertama yang perlu anda perhatikan. Ruangan menunggu perlu bersih dan teratur. Jangan lupa untuk memerhatikan bilik pemeriksaan untuk melihat sama ada ia selamat dan menepati piawaian kebersihan.

Kemesraan: Faktor ini terpulang kepada anda kerana setiap ibu bapa mempunyai jangkaan mereka sendiri terhadap sikap dan ciri-ciri seorang doktor. Sesetengah ibu bapa mungkin inginkan seseorang doktor yang mesra dan banyak bercerita. Sementara, ada juga ibu bapa yang mencari doktor sebaliknya, iaitu yang lebih berterus terang dan profesional.

Personaliti kakitangan: Bagi sesetengah ibu bapa, sikap dan personaliti staf di klinik atau hospital tersebut adalah penting. Jadi, anda boleh melihat cara staf berinteraksi dengan doktor dan cara pendekatan mereka kepada anda di situ.

Lokasi: Jangan memandang remeh kepentingan lokasi klinik/ hospital kerana ada masanya anda perlu segera menghantar anak berjumpa doktor semasa dia sakit. Jadi, klinik atau hospital yang dekat dengan rumah anda adalah lebih baik berbanding dengan anda memilih doktor yang jauh dari tempat tinggal anda.

Masa menunggu: Lihat bilangan kanak-kanak yang masih menunggu di klinik tersebut. Ini boleh membantu anak melihat sama ada mereka terlebih pesakit ataupun tidak.

Apa yang perlu ditanya kepada pediatrik?

Sebelum memilih doktor pediatrik, anda perlu menyenaraikan dahulu soalan-soalan untuk ditanya kepada doktor tersebut, contohnya:

  • Berapa lama pengalaman doktor merawat kanak-kanak?
  • Apa pengkhususan/ kepakaran doktor?
  • Berapa lingkungan usia kanak-kanak yang doktor rawat?
  • Bila hari cuti doktor di klinik tersebut?
  • Adakah doktor hanya melakukan pemeriksaan penuh kanak-kanak untuk hari-hari atau masa-masa tertentu?
  • Sebagai pediatrik, apakah kebimbangan terbesar doktor tentang kesihatan kanak-kanak?
  • Apakah doktor berpengalaman merujuk kes-kes seperti kanak-kanak lewat bertutur, kelewatan motor halus atau kasar, kebimbangan memproses-sensori, dan kelewatan kognitif kepada pakar lain?
  • Apakah cara terbaik untuk saya hubungi doktor jika ada sebarang persoalan yang bukan-kecemasan?
  • Adakah doktor mempunyai anak dan bagaimana pengalaman sebagai doktor membantu atau menghalang kerja doktor dalam perubatan?
  • Doktor ada bertugas di hospital lain?
  • Apa pendapat doktor tentang kesihatan dan penyembuhan semula jadi?
  • Adakah doktor berpengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas atau yang mengalami kecederaan teruk?
  • Apakah bentuk bantuan dan sokongan yang doktor boleh tawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dengan masalah tingkah laku?

Tip membuat janji temu dengan pakar pediatrik

klinik pakar kanak kanak

Selain pakar pediatrik, anda juga perlu mengetahui beberapa perkara yang asas berkenaan dengan proses membuat janji temu dengan mereka. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesulitan atau kesukaran ketika/semasa/sebelum/selepas janji temu anak anda bersama doktor mereka.

Berikut merupakan tip membuat janji temu dengan pakar pediatrik:

#1. Jadualkan janji temu pada waktu pagi atau tengah hari

Anda perlu melakukan ini kerana kebanyakan doktor selalunya akan menepati tepat masa, jadi anda dapat menjimatkan masa anda menunggu. Dan jika boleh, elakkan janji temu pada hari Isnin dan Jumaat yang merupakan hari paling sibuk bagi setiap tempat kerja.

#2. Manfaatkan perjumpaan anda

Sudah lumrah seorang doktor akan meluangkan masa bersama pesakit mereka kurang daripada 10 minit. Jadi, tanyakan pada doktor mengenai perkara atau masalah yang paling penting dahulu. Jangan terlalu malu untuk membangkitkan apa-apa persoalan atau kebimbangan. Sebaiknya, berterus terang dengan mereka untuk mendapatkan jawapan yang akan memuaskan hati anda. Jika anda memerlukan perbincangan yang lebih lama dan mendalam, minta doktor anda untuk menyediakan slot yang lebih panjang dan lama untuk anda dan anak anda.

#3. Bawa sendiri permainan

Ya, ia memang akan disediakan di setiap penjuru klinik pakar kanak kanak. Pun begitu, kebanyakannya sudah terlalu lama, lusuh dan kotor. Jadi, ia sudah pasti mempunyai pelbagai kuman yang anda tidak mahu dari menjangkiti anak anda. Selain itu, sediakan juga pelbagai barangan yang lain seperti lampin, snek, jus, buku dan lain-lain untuk persediaan. Jika anda sudah tahu bahawa lawatan berjumpa doktor itu akan memberi tekanan kepada anak anda, ingat untuk bawa mainan patung kegemaran anak anda untuk memastikan mereka kekal tenang.

Jadi, anda sebagai ibu bapa sendiri perlu bersedia sebelum membawa anak anda berjumpa doktor bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan kepada semua pihak. Pastikan anda berjaya menemui seorang doktor pediatrik yang hebat dan bersemangat untuk menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapi oleh anak anda.

Sehubungan dengan itu, pihak Hello Doktor amat berharap artikel ini dapat membantu anda dalam doktor pakar pediatrik yang terbaik buat anda. Dengan ini juga, pihak kami menyenaraikan sedikit sebanyak klinik pakar kanak kanak yang terdapat di kawasan utama di Malaysia.

Klinik pakar kanak kanak di Malaysia

klinik pakar kanak kanak klinik pakar kanak kanak

Di seluruh Malaysia, terdapat banyak klinik pakar kanak kanak yang menyediakan khidmat pakar pediatrik yang terbaik. Pun begitu, agak mustahil untuk pihak Hello Doktor menyenaraikan kesemua klinik pakar kanak kanak yang terdapat di Malaysia. Jadi, berikut merupakan senarai klinik pakar kanak kanak yang terdapat di sekitar kawasan Lembah Klang dan juga Shah Alam:

Senarai klinik pakar kanak kanak di sekitar Lembah Klang

Klinik Kanak kanak Ong Sdn Bhd

Alamat: No 34, Jalan Mamanda 7 Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang

Klinik Kanak kanak Pauline

Alamat: 42 Jalan Hujan Rahmat 2, Overseas Union Garden, 58200 KL

Dr. Chin’s Children Specialist Clinic

Alamat: 3-18, Jln Desa 2/2, Desa Aman Puri, 52100 Kepong

Baby and Beyond Clinic (Bangsar)

Alamat : 3F-5, Level 3, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 KL

Klinik Pakar Kanak kanak Chye

Alamat: 41, Jalan USJ 10/1F, USJ 10, 47620 Subang Jaya

Klinik Pakar Kanak-Kanak & Keluarga Liang

Alamat: Unit G02, Block A, Perdana Condominium No 15, Jalan PJU8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 PJ

Klinik Pakar Kanak kanak Kota Kemuning

Alamat: No. 5G, Jalan Anggerik Vanilla X31/X, Kota Kemuning, Shah Alam, 40460 Shah Alam

Klinik Pakar Kanak kanak Little One

Alamat: No. 5, Jalan Usj 9/3F, 47620 Subang Jaya

Senarai klinik pakar kanak kanak di sekitar Shah Alam

Klinik Ajwa

Alamat :  20, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon: 03-5510 6258

Klinik Soraya

Alamat:  6, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon: 03-5519 2976

Klinik Dr. Arisah

Alamat: Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon: 03-7859 6816

Klinik Pediatrik Adek

Alamat : Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon: 03-5880 7694

Klinik Pakar Kanak kanak Denai Alam

Alamat: 25-1 Jalan Elektron J, U16/J Seksyen U16 Denai Alam 40160 Shah Alam

Nombor telefon: 03-7832 3364

Klinik Pakar Kanak kanak Izzu @  Izzu Child Specialist Clinic

Alamat: NO. 3-G, 06, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon: 03-7831 1181

Klinik Pakar Kanak kanak Dr Toh

Alamat: 13, Jalan Setia Prima A U13/A, Batu 5 1/2, 40170 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon: 03-3344 2281

Clinic Children Son

Alamat: 41A, Jalan BRP 1/3, Bukit Rahman Putra, 47000 Shah Alam, Selangor

1 SALAM Shah Alam Specialist Hospital

Alamat: 2, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon: 03-5543 4000

Hospital Umra

Alamat: No. 14-18,Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Shah Alam, Selangor, 40100

Nombor telefon: 03-5518 4319

AVISENA Specialist Hospital

Alamat: 4, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon: 03-5515 1888

KPJ Selangor Specialist Hospital

Alamat: Jalan Singa 20/1, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon: 03-5543 1111

Columbia Asia Extended Care Hospital

Alamat: Lot 2, Jalan Baung 17/22, Section 17, Section 17, 40200 Shah Alam, Selangor

Nombor telefon : 03-5541 7833

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mudah Saja Nak Dapatkan Prostat Yang Sihat, Salah Satunya Kena Banyak Minum Kopi- Kajian

    Mungkin ada yang menganggap kelenjar prostat sebagai organ yang tidak penting, namun peranannya dalam hubungan seksual dan sistem reproduktif manusia...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Prostat 03/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selepas Donald Trump, Kini Elon Musk Pula Sahkan Dijangkiti Wabak Covid-19?

    Ya, pandemik covid 19 ini masih belum tamat dan telah menjangkiti ramai orang tanpa mengira siapa. Terkini, Elon Musk pula dikatakan dijangkiti wabak ini..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 03/12/2020 . 2 minit bacaan

    Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

    Pernahkah anda terfikir dan tertanya alat sulit lelaki membesar sampai bila? Jom klik artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 02/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Cara Nak Tahu Ketuat Yang Tumbuh Pada Badan Normal Atau Sebab Sakit Kelamin!

    Masalah kulit seperti kutil biasanya tidak berbahaya dan boleh hilang dengan rawatan, tetapi ia mampu menjejaskan penampilan dan boleh jadi menyakitkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Penyakit Kulit, Pusat Kesihatan 02/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Ditaja oleh
    penyusuan susu ibu

    Mahu Cuba Bercerai Susu, Tapi Takut Si Manja Tak Bersedia? Cuba 5 Tip Memudahkan Proses Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 5 minit bacaan
    gigi rongak

    Gigi Anak Hitam & Rongak? Mak Ayah Usah Biarkan, Ini Bukan Hal Biasa Walaupun Gigi Susu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental orang kelainan upaya

    Cuba Sensitif, Golongan OKU Juga Berdepan Dengan Cabaran Mental, Sokongan Kita Bawa Perubahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit wanita

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan