backup og meta

7 Kesan Kekurangan Nutrisi Terhadap Anak Anda, Termasuk Kesihatan Mental!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/05/2023

    7 Kesan Kekurangan Nutrisi Terhadap Anak Anda, Termasuk Kesihatan Mental!

    Ramai orang terutama ibu bapa mungkin tahu tapi kurang ambil berat akan kesan kekurangan nutrisi terhadap anak mereka. Ingin tahu dengan lebih lanjut, terus baca artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apakah yang menyebabkan anak anda kurang nutrisi?

    Kekurangan nutrisi mungkin terjadi akibat makan terlalu sedikit atau terlalu banyak. Selain itu, pengambilan bahan makanan mengandungi lemak, gula dan garam yang tidak mencukupi juga menyebabkan kekurangan nutrisi.

    Tabiat makanan yang tidak seimbang juga akan mengakibatkan kesan negatif teradap kesihatan. Pengambilan protein, serat, vitamin dan sebagainya perlu seimbang bagi menjamin kesihatan individu.

    kesan kekurangan nutrisi

    Apakah kesan kekurangan nutrisi pada kanak-kanak?

    Kanak-kanak yang mengamalkan tabiat pemakanan tidak seimbang berisiko tinggi mengalami pelbagai jenis kondisi kesihatan, antaranya:

    • Osteoporosis
    • Penyakit kardiovaskular. Pengambilan lemak, gula dan garam yang berlebihan akan menyebabkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi serta atherosclerosisas
    • Menyebabkan gangguan pernafasan
    • Obesiti. Kondisi ini disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan komplikasi yang lain. Obesiti disebabkan oleh pengambilan makanan segera yang berlebihan. Kondisi ini juga merupakan punca kepada pelbagai penyakit seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, gangguan pemakanan, masalah imej serta masalah psikologi untuk jangka masa panjang
    • Mempengaruhi mental dan emosi. Kebanyakan kanak-kanak yang membesar dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat cenderung mengalami masalah psikologi yang membimbangkan seperti kegelisahan atau masalah pembelajaran. Kesan kekurangan nutrisi ini juga malangnya boleh mengakibatkan kanak-kanak tidak mencapai kebolehan atau mengasah bakat mereka secara maksimum

    kesan kekurangan nutrisi

    • Menjejaskan pembelajaran. Ia boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti. Mereka juga kebiasaannya tidak mempunyai ramai kawan akibat masalah tingkah laku mereka yang sangat merisaukan ibu bapa.
    • Menyebabkan pelbagai penyakit. Ia dan obesiti juga akan mengakibatkan penyakit kronik yang lain seperti diabetes jenis 2. Kondisi membimbangkan ini boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

    Tip pengambilan nutrien yang seimbang untuk anak anda

  • Makan pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan setiap hari
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam
  • Kurangkan pengambilan air bergula
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan