Kanak-kanak Juga Boleh Stres. Ini 8 Tanda Amaran Anak Anda Sedang Tertekan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/11/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Bukan orang dewasa sahaja yang boleh berada dalam tekanan. Bahkan, anak kecil juga sudah pandai stres. Kanak-kanak boleh menjadi tertekan disebabkan hal keluarga, rakan-rakan, sekolah, ataupun perkara lain. Ketahui tanda-tanda anak anda sedang tertekan dan cara mengatasinya.

Mimpi ngeri

Kanak-kanak yang kerap mengalami mimpi ngeri adalah petanda mereka mengalami trauma atau tertekan.

Tindakan anda: Ceritakan pada anak anda tentang kanak-kanak lain yang juga mengalami perasaan yang sama seperti mereka bagi membantu anak anda berasa lebih baik. Cara ini juga membuatkan anak anda tahu yang anda cuba untuk memahami perasaan mereka.

Sukar untuk memberi tumpuan dan menyelesaikan kerja sekolah

Tekanan akademik dan sosial adalah salah satu penyebab utama yang membuatkan kanak-kanak tertekan. Meskipun anak yang terlibat dengan aktiviti kurikulum tambahan adalah bagus, namun jika terlebih aktiviti juga boleh mengundang tekanan kepada si kecil.

Tindakan anda: Sebagai ibu bapa, anda perlu menyeimbangkan jadual aktiviti anak anda dengan meletakkan keutamaan pada aktiviti yang perlu.

Semakin agresif

Sesetengah kanak-kanak, apabila berada dalam tertekan akan bertindak agresif melalui fizikal (menggigit, menendang, atau menumbuk) ataupun melakukan tindakan secara lisan (menjerit). Mereka juga mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan kesabaran.

Tindakan anda: Jika dengan cara bercakap tidak dapat membantu anak anda, maka cubalah untuk menggunakan buku cerita yang mengandungi kisah-kisah seperti kelakuan anak anda supaya dapat menegurnya secara tidak langsung. Atau, anda juga boleh membawa anak berjumpa dengan doktor atau ahli terapi.

Kencing malam

Kanak-kanak yang rasa tidak terjamin atau memikirkan banyak perkara dalam minda mereka boleh membuatkan mereka terkencing malam.

Tindakan anda: Jika ini berlaku, yakinkan anak anda yang anda tidak marah mereka jika mereka terkencing malam. Namun, anda perlu membawa anak anda berjumpa doktor bagi memastikan punca yang menyebabkan anak terkencing malam.

Berkelakuan hiper

Apabila kanak-kanak tidak boleh menangani rasa stres, mereka akan membebaskan tenaga negatif. Menunjuk perangai (tantrum), berlari pergi, atau kerap membantah kata-kata anda adalah cara kanak-kanak menunjukkan bahawa mereka berada dalam masalah.

Tindakan anda: Bantu anak anda mendapatkan tenaga yang positif dengan cara menenangkan diri melalui menarik nafas dalam-dalam, mendengar muzik yang mendamaikan, melakukan regangan, ataupun membuat yoga.

Menyendiri daripada keluarga dan rakan-rakan

Berpindah, penceraian, mendapat ahli keluarga baru, atau dibuli di sekolah boleh menyebabkan kanak-kanak berasa ketinggalan atau ketakutan.

Tindakan anda: Berikan anak anda perhatian yang secukupnya dan kekalkan rutin biasa untuk keselesaannya. Bercakap juga dengan guru anak anda jika anda mengesyaki dia menghadapi masalah dengan rakan-rakan di sekolah.

Gangguan makan atau tidur

Kanak-kanak yang berada dalam keadaan tertekan akan mengalami kegelisahan dan kebimbangan sehingga mengganggu tabiat tidur mereka. Jika anak anda berubah secara tiba-tiba dalam tabiat makannya, sama ada makan sedikit ataupun makan berlebihan, ini juga menunjukkan tanda anak anda sedang stres.

Tindakan anda: Cari punca kebimbangannya dengan membawa anak berjumpa ahli psikologi kanak-kanak atau kaunselor untuk membantu mengurangkan gangguan yang berlaku.

Reaksi berlebihan walaupun masalah kecil sahaja

Adakalanya, tekanan untuk menggembirakan ibu bapa membuatkan kanak-kanak mementingkan kesempurnaan dan sentiasa berada dalam kebimbangan.

Tindakan anda: Bina keyakinan diri anak anda supaya dia boleh berdepan dengan cabaran dan menyelesaikan masalahnya sendiri. Selain itu, yakinkan anak anda bahawa manusia memang ada membuat kesilapan dan tidak sempurna. Jadi, tidak salah jika sesekali anak anda melakukan kesilapan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan