Gangguan hypomania
Hypomania juga adalah satu gangguan yang akan menyebabkan penderita menjadi terlebih bertenaga secara mengejut namun tidak seagresif mania.
Ia juga akan menyebabkan penderita melakukan sesuatu secara berlebihan yang malangnya boleh menjejaskan tahap kesihatan diri.
Gangguan hypomania ini turut boleh berlaku kepada penderita gangguan bipolar 2 yang seterusnya mungkin akan mengakibatkan kemurungan atau kegelisahan.
Perbezaannya, kedua-duanya adalah lebih kurang sama dan akan mengakibatkan penderita lebih bertenaga secara mengejut namun dibezakan dengan tahap keagresifannya sahaja.
Apa simptom mania dan hypomania?
Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, kedua-dua kondisi gangguan emosi ini adalah lebih kurang sama dan begitu juga dengan simptomnya.
Dibezakan hanya dengan intensiti, berikut adalah antara simptom mania dan hypomania:
- Mempunyai tenaga yang lebih daripada kadar normal
- Tidak boleh duduk diam
- Tidak mampu untuk rehat
- Keinginan tidur berkurang
- Keyakinan diri meningkat
- Kemahuan seks meningkat
- Menjadi seorang yang sangat ramah
- Fikiran bercelaru dengan pelbagai perkara
- Fokus mudah terganggu
- Melakukan banyak perkara dalam satu masa namun tidak menyiapkannya
- Melakukan banyak perkara yang berisiko membahayakan nyawa

Semasa melalui simptom-simptom ini, anda sendiri tidak akan mengetahui bahawa diri sedang mengalami mania atau hypomania.
Jika ada individu yang menegur akan kelakuan anda yang berlebihan itu, kalian tidak akan menyangka bahawa ia adalah tidak normal.
Senario paling serius akibat gangguan mood ini
Episod gangguan hypomania mungkin tidak begitu teruk dan akan berakhir dengan diri kembali menjadi normal seperti sediakala.
Pun begitu, episod gangguan mania mungkin boleh menjadi lebih serius yang sekali gus membahayakan tahap kesihatan tubuh badan.
Senario paling serius yang boleh berlaku adalah penderita mungkin akan mengalami simptom psikotik seperti:
Akibatnya, kalian mungkin tidak mampu membezakan realiti dan fantasi yang boleh mengancam nyawa jika tidak mendapatkan rawatan segera.
Adakah anda sendiri pernah mengalami gangguan mood yang sebegini? Jika ya, segera dapatkan rawatan untuk mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen