Si Kecil Takut Dengan Belon? Jangan Biarkan Nanti Sampai Ke Besar Fobia, Ini Cara Atasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap orang mempunyai penyakit fobia tertentu seperti jenis fobia dengan ketinggian atau fobia terhadap tempat yang sempit.

Bagaimana pula jika fobia tersebut berlaku dalam kalangan kanak-kanak seperti takut pada belon?

Globofobia, jenis fobia pada belon

Ada pelbagai jenis penyakit fobia yang boleh berlaku kepada seseorang itu dipengaruhi banyak faktor.

Ada individu yang berasa cemas atau fobia ketika berada di tempat yang tinggi.

Ada juga yang fobia dengan air sehingga tidak mahu berada di kawasan-kawasan seperti pantai, air terjun mahupun kolam renang.

Begitu juga dengan perasaan fobia yang satu ini yang disebut sebagai globofobia. Ia adalah sejenis perasaan fobia atau rasa takut pada belon. 

Globofobia ini berasal daripada perkataan Greek iaitu globo yang bermaksud bentuk bulat belon. Manakala fobia pula bermaksud perasaan takut atau ketakutan yang bersifat mendalam. 

Kebanyakan daripada kita mungkin takut mendengar bunyi belon yang meletup, tetapi keadaan ini lebih buruk bagi mereka yang mempunyai globofobia.

Bagi individu atau mereka yang mempunyai penyakit fobia atau takut pada belon, mereka bukan sahaja takut melihat belon malah takut memikirkannya, menyentuh dan mencium bau belon. 

Simptom bagi globofobia ini bergantung kepada punca ketakutan itu wujud sepertimana jenis-jenis fobia yang lain.

Ada di antara mereka masih mampu berhadapan dengan belon ketika belum ditiup.

Namun, apabila belon tersebut mula ditiup atau diisi dengan angin, mereka mula berasa cemas. 

Punca kepada penyakit fobia terhadap belon

takut pada belon

Secara umumnya, perasaan fobia yang kita alami biasanya bermula saat kita masih kecil atau pada zaman kanak-kanak.

Kita mungkin pernah mengalami sebarang pengalaman negatif berkaitan belon sehingga menyebabkan timbulnya perasaan fobia itu.

Penyakit fobia juga biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan ia biasanya akan mula menghilang seiring dengan usia dewasa.

Namun, ada juga beberapa keadaan di mana ia akan berterusan sehingga seseorang itu dewasa. 

Sebagai contoh, bagi keadaan globofobia, seseorang kanak-kanak tersebut mungkin pernah mengalami situasi di mana belon meletup di hadapan wajah mereka.

Oleh sebab itu, setiap kali kanak-kanak tersebut melihat belon, dia akan mula teringat kembali peristiwa lalu yang menyebabkan perasaan takut atau fobia yang sama.

Akibat daripada pertistiwa seperti ini, anak-anak anda mungkin akan mengelakkan diri daripada menghadiri sebarang acara yang melibatkan penggunaan belon seperti sambutan hari lahir dan sebagainya. 

Selain itu, anda juga pasti tahu bahawa belon akan menghasilkan bunyi bising saat ia meletup. Bunyi letupan belon hampir sama dengan bunyi tembakan senjata dan ia sering berlaku tanpa disangka.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai rasa cemas, keadaan ini adalah satu rangsangan yang amat menakutkan untuk mereka.

Bukan sahaja bunyi letupan belon, malah bunyi decitan belon juga sudah cukup menakutkan mereka.

Anda juga perlu tahu, globofobia juga sering dikaitkan dengan ketakutan atau fobia terhadap badut.

Oleh itu, bagi kanak-kanak yang mempunyai fobia seperti ini, kehadiran mereka ke sambutan hari lahir atau sebarang acara yang melibatkan penggunaan belon dan badut hanya akan lebih menakutkan mereka. 

Simptom-simptom jika anak anda mengalami fobia terhadap belon

takut pada belon

Apabila seseorang kanak-kanak yang mempunya globofobia, mereka akan mengalami perkara-perkara berikut saat mereka terlihat atau terdengar bunyi belon.

Biasanya mereka akan menunjukkan simptom-simptom keresahan seperti:

  • Pernafasan yang agak laju dan pendek
  • Palpitasi yang dapat dirasakan sebagai sakit dada
  • Anak anda mungkin akan menangis, berlari atau menyembunyikan diri mereka. Mereka akan memberikan beberapa alasan untuk tidak berhadapan dengan belon seperti tidak mahu menghadiri sambutan hari lahir
  • Berpeluh, menggeletar dan juga menggigil 
  • Gangguan gastrousus seperti rasa mual atau loya

Cara membantu anak mengatasi rasa takut pada belon

penyakit fobia

Antara perkara pertama yang boleh dilakukan bagi membantu si kecil mengatasi globofobia adalah dengan cara berjumpa dengan ahli terapi.

Ahli terapi boleh membantu anak anda mengatasi fobia yang dialami.

Kedua, cuba atasi fobia anak anda secara berperingkat. Sebagai contoh, tunjukkan kepadanya gambar belon terlebih dahulu.

Jika anak anda memberikan respons yang baik, cuba galakkan si kecil untuk memegang atau menyentuh belon yang kempis.

Kaedah berperingkat seperti ini juga boleh membantu anak anda untuk menghilangkan rasa takutnya pada belon.

Tetapi anda perlu ingat, bagi kanak-kanak yang masih kecil, anda perlu sentiasa membimbingnya untuk mengatasi fobia tersebut.

Mereka mungkin tidak berkemampuan untuk melakukannya sendiri tanpa bantuan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bromidrofobia: Ketakutan Melampau dengan Bau Badan

Tiada siapa yang selesa dan mampu mengekalkan keyakinan diri jika bau badan sendiri mengganggu orang lain. Malah ramai yang memakai minyak wangi berlebihan untuk memastikan tubuh tetap wangi sebelum keluar. Bahkan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/10/2018 . 3 minit bacaan

Fobia: Adakah Sekadar Permainan Perasaan?

Fobia ialah sejenis keadaan kesihatan mental di bawah kategori kegelisahan (anxiety). Ia dicirikan sebagai ketakutan melampau yang tidak rasional terhadap sebarang situasi, objek atau tempat. Mereka yang mengalaminya ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 04/09/2018 . 2 minit bacaan

Agorafobia

Kenali apa itu Agorafobia . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 22/05/2018 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit fobia

Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
ketakutan-dialami-kanak-kanak-dan-cara-atasinya

Anak Takut Gelap, [email protected]? Ketahui Fobia Lazim Bayi, Kanak-kanak & Remaja

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan
fobia

Takut Tinggi? Takut Air? Ini Merupakan Jenis Fobia Yang Mungkin Anda Alami

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 25/10/2019 . 2 minit bacaan
apa itu trypophobia

Apa Itu Trypophobia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/12/2018 . 3 minit bacaan