backup og meta

Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

Ereksi zakar adalah satu perkara normal bagi makhluk yang bernama lelaki.

Ia adalah elemen yang sangat penting dalam aspek hubungan seks dan tanpanya maka hambar serta tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur anda dan pasangan.

Disebabkan itu, segala permasalahan berkenaannya seperti mati pucuk, ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang atau lemah libido mesti diselesaikan dengan kadar segera.

Namun ada satu soalan yang pasti sering bermain di fikiran kita semua terutamanya golongan yang bergelar ibu bapa iaitu umur berapa anak lelaki anda akan mula dapat ereksi zakar?

Anda pun ingin mengetahuinya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu ereksi zakar?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua belajar serba sedikit tentang perkara ini terlebih dahulu.

Ereksi adalah satu keadaan di mana zakar mengeras, mengembang dan menegang tatkala menerima rangsangan seksual.

Ini berlaku disebabkan oleh darah yang memasuki saluran pada alat sulit lelaki dan kekal berada di situ semasa projek asmara berlangsung.

Ia kemudiannya akan beransur kebah dan hilang dengan sendirinya selepas lelaki mencapai puncak orgasma lalu mengeluarkan air mani.

Apa punca ereksi zakar?

Seperti yang kebanyakan kita sudah tahu, ketegangan zakar adalah berpunca daripada rangsangan seksual.

Nafsu syahwat boleh terangsang disebabkan oleh beberapa perkara termasuklah:

  • Sentuhan
  • Pandangan
  • Imaginasi

ereksi zakar

Ini semua adalah punca yang normal namun bagaimana pula jika ia terjadi tanpa sebarang rangsangan yang diperkatakan di atas?

Kadangkala, lelaki pasti perasan zakar mereka mengalami ereksi secara tiba-tiba terutamanya waktu pagi selepas bangun tidur bukan?

Sekiranya ia berlaku kepada anda maka jangan risau kerana ia adalah perkara yang normal.

Pun begitu, ada satu kondisi yang menyebabkan alat kemaluan lelaki naik dan tidak turun sehingga 4 jam atau lebih iaitu priapsm.

Ia adalah satu kondisi yang sangat jarang berlaku dan kebanyakannya dialami oleh lelaki berusia 30 tahun ke atas dan menghidapi anemia sel sabit (sickle cell anemia).

Jadi sila berjumpa doktor jika kalian tidak tahu punca zakar anda menegang tanpa sebarang rangsangan seksual.

Umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya?

Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalami ereksi zakar?

Jawapannya adalah tiada usia spesifik yang boleh ditetapkan untuk mereka kerana sejak dari kecil lagi kanak-kanak lelaki boleh mengalaminya.

Ia adalah normal kerana kadangkala zakar boleh menegang tanpa sebarang rangsangan seksual.

Bagaimana pula dengan umur anak lelaki anda mula mengalami ereksi yang disebabkan oleh rangsangan seksual?

Ia juga sama kerana tiada usia yang spesifik untuk perkara ini kerana ia sangat bergantung kepada umur mereka mencapai akil baligh.

Bila usia normal lelaki akil baligh? 

Sebelum itu, wajarlah untuk kita semua tahu maksud akil baligh terlebih dahulu.

Ia adalah ketika di mana tubuh badan seorang kanak-kanak mula berubah ekoran proses menjadi seorang individu yang dewasa.

Bagi kanak-kanak wanita, buah dada mereka akan mula menumbuh dan membesar serta datang haid.

Bagi kanak-kanak lelaki pula, suara mereka akan berubah menjadi garau serta tumbuh bulu pada tubuh badan.

ereksi zakar

Bagaimana pula dengan aspek umur?

Untuk kanak-kanak wanita, purata usia mereka mencapai akil baligh adalah sekitar 11 tahun.

Untuk kanak-kanak lelaki pula, purata usia mereka mencapai akil baligh adalah sekitar 12 tahun.

Pun begitu, ketahuilah bahawa ia adalah berbeza bergantung kepada individu.

Oleh itu, jangan risau sekiranya mereka mencapai akil baligh pada usia bila sekalipun kerana ia adalah proses yang normal untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 14 tahun.

Ereksi zakar adalah normal dan penting

Sekarang kita sudah tahu bahawa usia anak lelaki anda mula dapat ereksi zakar adalah pada zaman kanak-kanaknya lagi tanpa sebarang rangsangan seksual.

Untuk ereksi yang disebabkan oleh rangsangan seksual pula, ia adalah bergantung kepada usia mereka mencapai akil baligh iaitu sekitar 12 tahun.

Akhir kata, ia adalah keadaan yang normal dan penting untuk perkembangan anak lelaki anda.

Apa yang kalian patut risaukan adalah jika mereka langsung tidak pernah mengalaminya semasa zaman kanak-kanak atau selepas akil baligh.

Jika perkara ini berlaku, sila berjumpa doktor dengan kadar segera!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Normal Erection. https://kidshealth.org/en/teens/normal-erections.html?WT.ac=ctg. Accessed 1 October 2021.
  2. Priapism. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/priapism/symptoms-causes/syc-20352005. Accessed 1 October 2021.
  3. Stages of puberty what happen to boy and girls.https://www.nhs.uk/live-well/sexual-health/stages-of-puberty-what-happens-to-boys-and-girls/Accessed 1 October 2021.
  4. Five penis facts. https://www.holisticplus.org/healthy-penis/Accessed 1 October 2021.
  5. Erection ejaculation. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10036-erection-ejaculation-how-it-occurs#Accessed 1 October 2021.

Versi Terbaru

15/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Manfaat 6 Jenis Vitamin Ini Untuk Nafsu Dan Ereksi, Pasti Stamina Seksual Anda Meningkat!

10 Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Ereksi Lemah, Tiada Lagi 'Tewas' Awal!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan