Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Di Malaysia, dianggarkan kira-kira 3 juta lelaki menghidap masalah disfungsi erektil (mati pucuk). Angka yang memang sangat menakutkan bukan?

Manakan tidak, ia adalah kondisi yang mengakibatkan lelaki hilang kemampuan dan kekuatan zakar untuk ereksi lantas menjejaskan kehidupan seks!

Disebabkan itu, pelbagai cara digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah mencuba melalui perubatan moden dan tradisional.

Ada satu cara lagi yang mungkin ramai lelaki belum tahu iaitu menggunakan minyak kelapa.

Adakah ia berkesan? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Apa itu minyak kelapa?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita belajar serba sedikit mengenainya terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, minyak kelapa adalah sejenis minyak yang diekstrak dari isirung buah kelapa yang telah masak sepenuhnya.

Ia banyak digunakan untuk keperluan harian seperti gris untuk peralatan dapur, penggilap perabot, pelancar zip, pemula api serta bahan asas dalam industri pembuatan produk kulit.

Jangan terkejut jika kami katakan minyak ini juga ada manfaatnya terhadap kecantikan dan kesihatan individu!

Ada kepercayaan yang mengatakan bahawa ia juga boleh digunakan untuk rawat mati pucuk. Benarkah?

Minyak kelapa boleh rawat mati pucuk?

Seperti yang kami katakan pada awal artikel, mati pucuk adalah satu kondisi yang lazim dialami oleh lelaki.

Ia bukan sahaja akan mengakibatkan masalah ereksi malah juga menyebabkan masalah mental ekoran hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kemampuan diri sendiri.

Inilah punca lelaki banyak mengambil ubat sama ada moden atau tradisional tanpa memikirkan kesan sampingan yang mungkin akan terjadi.

Ini termasuklah menggunakan inisiatif termasuklah minyak kelapa.

Untuk pengetahuan anda, minyak ini mengandungi lemak saturasi yang bernama medium-chain triglycerides (MCTs) kira-kira 54%.

minyak kelapa

Lemak inilah yang dipercayai mampu memberi kesan positif terhadap hormon dihydrotestosterone (DHT).

Jika anda baru pertama kali mendengarnya, ia adalah lebih kurang sama dengan hormon testosteron (T).

Ia juga merupakan salah satu hormon yang sangat penting dalam aspek kesihatan seksual seorang lelaki.

Menurut kajian yang pernah dijalankan terhadap haiwan makmal, MCTs dikatakan mampu merawat kondisi kesihatan akibat kekurangan testosteron seperti keguguran rambut.

Pun begitu, kajian lanjutan masih diperlukan untuk mengetahui sama ada ia juga boleh merawat masalah lain seperti mati pucuk dan berkesan sekiranya digunakan terhadap manusia.

Dalam erti kata yang lebih mudah, masih belum wujud kajian yang mengesahkan bahawa minyak kelapa boleh rawat mati pucuk dan ia mungkin cuma plasebo semata-mata.

Apa alternatif lain lelaki boleh cuba?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa minyak kelapa belum dapat dipastikan berkesan atau tidak untuk merawat mati pucuk.

Bagaimana dengan alternatif lain? Apa yang lelaki boleh cuba untuk tingkatkan kadar hormon testosteron dalam tubuh badan secara semula jadi?

#1. Ashwagandha

Tumbuhan yang banyak terdapat di India dan Afrika ini dikatakan boleh meningkatkan kadar hormon testosteron dalam tubuh badan sehingga 17%.

Bukan itu sahaja, ashwagandha juga adalah antara adaptogen yang sangat kuat dan dipercayai boleh mengurangkan tahap kortisol dan stres individu.

Ini adalah bagus untuk meningkatkan peluang lelaki menyelesaikan masalah ereksi mereka namun kajian lanjutan dan konsultasi doktor masih lagi diperlukan.

mati pucuk

#2. Ambil lemak lebih banyak

Kalian harus tahu bahawa tidak semua lemak adalah jahat kerana wujud juga makanan yang mengandungi lemak baik atau high-density lipoproteins (HDL).

HDL ini dipercayai mampu memainkan peranan penting dalam meningkatkan kadar hormon utama dalam tubuh badan termasuklah testosteron.

Menurut kajian, kurang pengambilan makanan berlemak boleh menyebabkan penurunan kadar testosteron sehingga 12%, jadi ini adalah penting.

Selain membantu menyelesaikan masalah mati pucuk, ia juga sangat sesuai diambil oleh mereka yang ada masalah berat badan dan tekanan darah.

#2. Waktu tidur lebih stabil

Selain perubatan dan pemakanan, waktu rehat juga sangat penting untuk meningkatkan kadar hormon dalam tubuh badan.

Kebanyakan pakar percaya bahawa individu dewasa perlu tidur sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam pada setiap malam.

Jika tidak, pelbagai hormon dalam tubuh badan anda termasuklah testosteron akan terjejas dan berkurang.

Menurut kajian, ketidaktentuan waktu tidur boleh menurunkan kadar hormon testosteron sebanyak 15%.

Maka sila jaga waktu tidur anda untuk kesihatan seksual dan tubuh badan secara umumnya yang lebih baik!

Konklusinya, minyak kelapa mungkin tidak akan memberikan apa-apa impak untuk merawat masalah mati pucuk dan ia hanyalah sekadar plasebo semata-mata.

Sebaiknya, sila berjumpa doktor untuk sesi konsultasi bagi menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan kesihatan seksual dan tubuh badan secara umumnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lelaki Yang Ada Masalah MATI PUCUK Boleh Cuba Herba Kambing Ini, BERKESAN!

Mati pucuk (disfungsi erektil, ED) sememangnya masalah kesihatan yang ditakuti dalam kalangan kaum Adam.Ia merupakan keadaan kesihatan di mana lelaki...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Mati Pucuk 03/02/2021 . 3 minit bacaan

Risau ZAKAR MENGECIL Selepas Pembedahan Prostat? Tapi, Ini Risikonya Jika Anda Tidak Buat!

Benarkah pembedahan prostat akan buat saiz zakar semakin mengecil? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapan sebenar kepada persoalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser, Kanser Prostat 27/01/2021 . 3 minit bacaan

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

Masih ada lagi pandangan stereotaip bahawa lelaki tidak boleh lemah atau mudah goyah terutamanya apabila berhadapan dengan kaum Hawa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 13/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara meningkatkan hormon testosteron

Semakin Meningkat Usia, Semakin Menurun Testosteron, Kena Ambil Suplemen Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
tips lelaki

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
makan pedas

Ada Khasiat Makan Pedas Pada Kaum Adam, Katanya Boleh Bantu Rawat MATI PUCUK

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan
ubat mati pucuk

7 Tanda Bahaya Anda OVERDOS VIAGRA, Ada Yang Sampai Sakit Masa Ereksi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 04/02/2021 . 3 minit bacaan