backup og meta

3 Jenis Makanan Yang Bagus Untuk Bayi Usia 1-2 Tahun, Makin Bijaklah Mereka Nanti!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/12/2023

    3 Jenis Makanan Yang Bagus Untuk Bayi Usia 1-2 Tahun, Makin Bijaklah Mereka Nanti!

    Tertanya-tanya apa jenis makanan bayi 1 tahun yang sesuai untuk si kecil anda? Jangan risau! Di sini kami akan sediakan beberapa senarai makanan yang sesuai untuk diberikan buat si manja anda.

    Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis menu bayi 1 tahun untuk si manja anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Daging

    Ayam mengandungi kurang lemak berbanding daging lain. Ini kerana kebanyakan lemak ayam berada pada kulitnya dan boleh dibuang.

    Walau bagaimanapun, ayam yang berkulit mengandungi tinggi lemak berbanding daging dan daging merah lain.

    Daging merah adalah paling baik jika dimasukkan dua atau tiga kali seminggu dalam diet anak anda, kerana ia merupakan sumber terbaik yang sedia menyerap zat besi.

    Keperluan zat besi meningkat apabila tubuh membesar dengan cepat jadi amat penting untuk anda memastikan anak anda mendapat makanan zat besi yang cukup semasa usianya di antara 6 bulan dan 2 tahun.

    Ikan putih seperti ikan haddock dan ikan kod adalah sumber terbaik untuk protein rendah lemak dan mengandungi selenium, kalsium, dan magnesium.

    Makan ikan boleh membantu melawan radikal bebas dan meningkatkan sistem imun badan anak anda.

    Salmon menyediakan sumber baik lemak penting yang menyokong fungsi otak dan sistem imun.

    Ia juga mengandungi asid lemak penting dalam ikan berminyak yang boleh membantu kanak-kanak yang menghidap disleksia atau dyspraxia.

    Ikan berminyak seperti salmon perlu dimasukkan dalam diet sekurang-kurangnya sekali seminggu.

    makanan bayi 1 tahun

    Tenusu dan makanan berkanji

    Keju mengandungi tinggi lemak tepu, yang mana tidak bagus untuk orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia memberikan tenaga yang baik untuk kanak-kanak dan sesuai dijadikan makanan bayi 1 tahun.

    Keju juga merupakan sumber baik riboflavin (vitamin B2), yang penting untuk menukarkan protein, lemak, dan karbohidrat kepada tenaga. Keju adalah sumber baik vitamin B12 untuk mereka yang tidak makan daging.

    Pasta ialah sumber baik karbohidrat kompleks, yang menyediakan kita tenaga berterusan. Inilah sebab mengapa makanan ini amat popular dalam kalangan atlet.

    Cuba campurkan sedikit pasta bijirin penuh dengan pasta biasa untuk makanan bayi 1 tahun anda. Ini dapat meningkatkan kandungan serat dalam hidangan mereka.

    Beras perang juga menyediakan sumber terbaik tenaga, sesetengah protein, vitamin B, dan mineral.

    Beras perang lebih berkhasiat daripada beras putih kerana beras putih kehilangan kebanyakan mineral dan vitamin penting semasa pemprosesannya.

    Kanji dalam beras, terutamanya beras perang, akan diserap secara perlahan, justeru menyediakan pembebasan glukos yang stabil untuk tenaga berterusan.

    Ubi keledek adalah tinggi vitamin A dan C dan merupakan sumber phytochemicals yang kaya, yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit.

    Yogurt juga makanan bayi 1 tahun yang sesuai untuk si manja anda. Ini kerana ia menyediakan sumber baik kalsium, protein, dan fosforus, kesemuanya penting untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

    Bahkan, makanan ini juga lebih mudah dicerna berbanding susu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan