Kunci Jaga Kanak-kanak Istimewa, Sabar! Ini 9 Cara Bantu Kembangkan Skil Anak Autisme Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Membesarkan anak istimewa pastinya 1 cabaran. Ingin tahu cara terbaik bagi ibu bapa untuk mendidik anak autisme di rumah? Berikut 9 cara yang boleh bantu perkembangan anak.

Bolehkah mendidik anak autisme?

Bukan mudah menjaga dan membesarkan anak yang menghidap gangguan spektrum autisme (autism spectrum disorder, ASD).

Wujud rasa rungsing dan bimbang apabila ada mengatakan bahawa anak dengan ASD sukar untuk dipulihkan. Tetapi benarkah?

Jika anda sedang mencari-cari kaedah membantu dan mendidik anak autisme yang sesuai ketika berada di rumah, mungkin artikel ini akan dapat membantu.

Ini kerana terdapat banyak cara untuk bantu perkembangan anak dengan ASD dalam memperolehi kemahiran baru.

Cara mendidik anak autisme

Sempena Autictic Pride Day pada 18 Jun, Hello Doktor akan kongsikan dengan ibu bapa cara untuk membantu anak yang menghidapi autisme bagi mengembangkan kemahiran baharu.

Struktur dan keselamatan

Berikut langkah untuk memudahkan tugasan harian bagi anda dan anak dengan ASD:

  1. Konsisten

Anak ASD sukar mengaplikasi apa yang dipelajari dalam sekolah kepada tempat lain seperti rumah.

Cuba terapkan persekitaran yang sama untuk bantu memperkukuhkan pembelajaran sekali gus bantu perkembangan anak.

Anda mungkin boleh menjalankan terapi di lebih daripada 1 tempat untuk mendorong anak mengaplikasikan apa dipelajari di persekitaran lain. 

Selain itu, anda perlu konsisten dalam cara berkomunikasi dengan si kecil dan cuba tangani tingkah laku yang mencabar.

  1. Rutin sama

Untuk mendidik anak autisme, anda perlu wujudkan 1 jadual rutin yang sama setiap hari.

Ini kerana anak ASD cenderung melakukan yang terbaik apabila mempunyai jadual rutin tersusun.

Sediakan jadual untuk anak berkaitan waktu makan, sesi terapi, persekolahan dan waktu tidur. 

bantu perkembangan anak

  1. Ganjaran

Galakan positif dapat bantu perkembangan anak ASD, jadi sebaiknya cuba untuk memberikan ganjaran setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik. 

Anda boleh memberikan pujian, pelekat atau membenarkan anak bermain permainan kegemaran setiap kali mereka berkelakuan baik.

  1. Zon selamat di rumah

Cipta ruang peribadi di rumah untuk anak boleh berehat dan berasa selamat. Ini melibatkan cara mengatur dan menetapkan had yang mudah difahami anak.

Menggunakan petunjuk visual juga boleh membantu dengan menandakan pita berwarna dan label bergambar.

Kaedah bukan lisan untuk berkomunikasi

Mendidik anak autisme berkomunikasi tidak hanya melibatkan lisan. Tetapi anda boleh berkomunikasi dengan cara melihat mereka, menggunakan nada suara serta bahasa badan.

  1. Fahami isyarat bukan lisan

Jika anda memerhatikan si kecil, anda boleh belajar menggunakan petunjuk bukan lisan yang digunakan kanak-kanak dengan ASD berkomunikasi.

Perhatikan nada suara, ekspresi muka dan pergerakan isyarat yang digunakan mereka sebagai tanda penat, lapar atau mahukan sesuatu. 

  1. Kenal pasti punca sebalik tantrum

Pastinya kita akan berasa kecewa dan sedih apabila berasa diabaikan. Anak autistik juga mempunyai rasa yang sama.

Apabila anak ASD mula tantrum, ia selalu disebabkan ibu bapa tidak dapat memahami atau membaca isyarat bukan lisan mereka. 

Kemarahan yang ditunjukkan adalah cara mereka meluahkan rasa kecewa dan cubaan memancing perhatian anda. 

9-cara-mendidik-anak-autisme

  1. Masa bergembira

Anak  ASD tetap seorang kanak-kanak. Mereka juga perlu untuk mempunyai kehidupan lain selain hanya menghadap terapi semata-mata.

Tetapkan rutin untuk anak bermain. 

Cipta cara menyeronokkan bersama yang boleh menghadirkan senyuman kegembiraan, ketawa serta membolehkan mereka keluar daripada kepompong.

Banyak manfaat boleh diperolehi untuk bantu perkembangan anak apabila anda menemani mereka bermain tanpa sebarang tekanan.

  1. Kepekaan deria anak 

Perhatikan tahap kepekaan dan sensitiviti deria anak ASD. Kebanyakan anak autistik sangat sensitif terhadap cahaya, suara, sentuhan, rasa dan bau. 

Fahami pemandangan, suara, bau, pergerakan atau sentuhan yang boleh memicu tindak balas tingkah laku positif dan negatif kepada anak. 

Wujudkan rawatan autisme tersendiri

Untuk mendidik anak autisme dan bantu perkembangan anak dengan ASD, anda harus menyedari bahawa setiap daripada mereka mempunyai spektrum autisme unik dan tersendiri

Rawatan terapi untuk anak perlulah disesuaikan mengikut keperluan individu. Pastinya anda lebih memahami keadaan anak anda, seperti:

9-cara-mendidik-anak-autisme

  • Fahami kekuatan dan kelemahan mereka
  • Kenal pasti tingkah laku yang kerap mewujudkan masalah dan isu
  • Skil yang kurang pada anak
  • Kaedah pembelajaran terbaik untuk anak – mendengar, melihat atau mempraktikkannya
  • Perkara digemari anak

Harus diingatkan, walau apa pun rawatan pilihan anda, penglibatan anda secara langsung adalah penting untuk memastikan kejayaan. 

Kehadiran anda dapat membantu anak untuk mendapatkan hasil rawatan maksimum.

Dapatkan sokongan

Dalam mendidik anak autisme, sokongan daripada individu sekeliling amat diperlukan. Tidak kira sama ada secara atas talian mahupun bersemuka.

Jika anda memerlukan bantuan, jangan malu untuk memintanya daripada pasangan, ahli keluarga, rakan baik mahupun golongan profesional.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bahaya Isteri Hamil Jika Suami Usia 40-an, Ada 5 Risiko Yang Anda Wajib Tahu!

Orang kata wanita yang berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko dalam kehamilan. Namun, tahukah anda suami lewat usia juga akan memberikan risiko yang sama?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 14/05/2020 . 3 minit bacaan

Suka Kongsi Gambar Anak Tantrum Di Media Sosial? Ini Sebab Anda Perlu BERHENTI Melakukannya

Sharenting merupakan 1 budaya pada masa kini. Namun tidak semua perkara petut dikongsi di media sosial, terutamanya gambar anak tantrum.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 25/02/2020 . 3 minit bacaan

Hubungan Tekanan Ibu Bapa semasa Pranatal dan Tingkah Laku Kanak-kanak

Berdasarkan penyelidikan baru, perjuangan emosi ibu bapa menjangkakan masalah emosi dan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 2 tahun.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 07/08/2019 . 3 minit bacaan

Vaksin Tidak Akan Menyebabkan Autisme, Jangan Mudah Terpedaya!

Apakah kaitan autisme dengan vaksin? Adakah vaksin menyebabkan autisme? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 27/07/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kecederaan kepala

Jadi Genius Selepas Kepala Terhantuk? Tak Mustahil! Inilah Rahsia Di Sebalik Sindrom Savant

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
bayi dalam kandungan

Baby Sudah Pandai Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Sebab Mengapa Tangisan Si Manja Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
tanda autisme

Anak Sering Buat Perangai Berulang-Ulang, Adakah Itu Tanda Autisme? Apa Beza Autisme Dan ADHD?

Ditulis oleh Nurul Nazrah
Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan